Cari Post lain disini

Loading...

Monday, June 23, 2014

Duit Syiling 1 Sen 1976 Parlimen Berharga RM7000

Duit Syiling 1 Sen 1976 Tembaga

Tekejut aku, anda mesti lagi terkejut? aku bukan tersalah taip tapi ianya adalah SATU KENYATAAN, Tuan punya syiling tidak mahu jual syiling tersebut walaupun harga sudah mencecah RM7000 kerana terlalu sayangnya dan dikhabarkan hanya ada 100 keping sahaja didunia.

Adakah fakta tersebut benar? ok, mari kita sama-sama mencari jawapan. Kalau anda rajin mencari sudah pasti anda akan menemui cerita berkenaan syiling 1 sen 1976 dalam buku dan blog, kawan bogger aku Lunaticg ada menulis tajuk 1 sen melekat magnet atau tidak dan 1976 1 sen now rm3600

Duit Syiling 1 sen 1976 ada 2 jenis;
  1. 1 sen 1976 yang diperbuat daripada "Bronze"
  2. 1 sen 1976 yang diperbuat daripada "Copper Clad Steel"
Syiling yang dikatakan mahal adalah yang diperbuat dengan "Bronze" (rujuk no. 1), ianya tidak melekat pada magnet sekiranya diuji. Sekiranya syiling melekat pada magnet (rujuk no. 2), harganya tak mahal dan senang diperolehi dahulu. Mungkin Tuan syiling tersebut juga sudah merujuk salah satu buku rujukan matawang iaitu Standard Catalogue of Malaysia, Singapore, Brunei Coin dan Paper Money 20th Edition.

Duit Syiling 1 sen 1976 "Bronze" hanya ada kurang daripada 100 keping

Kalau nak sembang bab harga, bagi aku terlalu subjektif kerana ianya bergantung kepada permintaan, penawaran dan gred syiling. 

Sebenarnya, maklumat duit syiling 1 sen 1976 berharga RM7000 aku perolehi daripada cerita animasi Upin dan Ipin. Sila baca betul-betul.....ianya MAKLUMAT TAK RASMI yang dimuatkan dalam cerita animasi Upin dan Ipin bertajuk Barang Silam, malulah kita dengan Upin dan Ipin kalau tak mahu belajar tentang Numismatik sebab mereka dah mula mengenalinya sekarang. Suatu masa nanti sekiranya Les' Copaque rajin nak sambung cerita pasal matawang lama....tak mustahil nanti watak si Kembar akan menjadi seorang "Collector" dan watak Mail akan menjadi orang yang menjual matawang lama (Mail kan otak business), harga matawang yang dia jual masa tu mungkin bukan lagi  2 = Seringgit tetapi 2 = Seribu (tinggi betul imaginasi aku... :D)

Jom layan Animasi Upin dan Ipin dibawah sampai habis, jangan suka buat kerja separuh jalan.....nanti takut sesat pula.

Upin dan Ipin - Barang Silam, tengok dan dengar betul-betul minit 02:22 -04:25  

Cerita Upin dan Ipin sebenarnya untuk kanak-kanak, tak salah kalau "kanak-kanak" macam aku nak layan. Walaupun ada sedikit fakta yang disampaikan kurang tepat tetapi bagi aku tiada masalah sebab animasi Upin dan Ipin merupakan sebuah karya yang bertujuan untuk mendidik. Setidak-tidaknya Les' Copaque ada usaha untuk mengajar kanak-kanak untuk mula mengenali dan menghargai nilai barangan lama khasnya matawang. 

Fakta yang salah tidak menjadi isu besar.....kenapa aku berkata begitu? sebabnya kanak-kanak seusia Upin dan Ipin tak kisah pun berkenaan fakta, apa yang mereka tahu duit syiling 1 sen 1976 adalah syiling lama dan berharga. 

Kanak-kanak tak akan guna bantuan "GOOGLE" untuk dapatkan maklumat atau mencari buku rujukan Matawang untuk mengetahui secara terperinci berkenaan duit syiling 1 sen 1976 bertujuan membuktikan fakta yang Tok Dalang keluarkan benar atau salah. Kalau betul dengan tiba-tiba Upin dan Ipin pergi cari buku-buku rujukan Matawang....mau terkejut juga aku. :D 

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Les' Copaque kerana menyelitkan sedikit cerita berkenaan barang silam/lama khasnya  matawang kepada kanak-kanak. Sedikit sebanyak, kanak-kanak akan mula belajar mengenali warisan negara kita Malaysia terutama sekali Matawang. 

Anak aku sampai dah hafal dialog dalam animasi Upin dan Ipin, diorang juga boleh tiru gaya sama seperti dalam animasi tersebut sambil memegang koleksi duit syiling 1 sen 1976 aku.......dengan tiba-tiba aku telah  diberi watak "Atuk" (Tok Dalang).

Jangan ada pula yang ambil kesempatan dengan meletakkan harga RM7000 untuk sekeping duit syiling 1 sen 1976 dengan alasan Tok Dalang kata syiling tersebut berharga RM7000. Sila faham dan belajar supaya anda tidak dimalukan oleh UPIN dan IPIN suatu hari nanti.

1 comment:

Pengemis Jalanan said...

Terjumpa 1 sen 1976 dalam simpanan. Ada sekeping sahaja.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute