Cari Post lain disini

Loading...

Wednesday, June 25, 2014

4 Jenis Contengan Yang Akan Menyebabkan Wang Kertas Tiada Nilai, Betulkah?

Hari ini aku ingin berkongsi apa yang aku jumpa secara tidak sengaja semasa berada di "dunia tanpa sempadan" dan aku telah buat olahan ringkas daripada "sumber" tersebut supaya anda mudah faham. AKU TAK MAHU KOMEN APA-APA sebab aku tak pasti dan masih mencari jawapannya..........tapi dulu aku pernah menulis (dengan teknik "copy" dan "paste") dalam blog my-koleksi berkenaan Senarai Kriteria Bagi Wang Kertas Yang Tidak Sesuai Untuk Edaran Semula seperti yang terdapat didalam GARIS PANDUAN - Standard Kualiti Mata Wang Malaysia, BNM. Mungkin juga, apa yang aku baru jumpa kali ini tak ada kena mengena atau tak sama langsung dengan apa yang aku pernah tulis dulu. 

Kesimpulan yang aku dapat daripada "sumber" tersebut, 4 jenis contengan pada wang kertas yang akan menyebabkan wang kertas anda tiada nilai adalah seperti berikut:

1. Conteng muka Agong - derhaka namanya.........

Muka Agong di conteng
Sumber gambar GOOGLE: Conteng 1 (FB) atau Conteng 1

2. Buat kad jemputan

Ilustrasi my-koleksi 
(boleh abaikan sekiranya tidak betul)

3. Ada tulisan berunsurkan keagamaan ataupun politik - hidup UMNO....hidup PAS

Ilustrasi my-koleksi
(boleh abaikan sekiranya tidak betul)

4. Ada lukisan atau tulisan berunsurkan lucah

Ilustrasi my-koleksi
(boleh abaikan sekiranya tidak betul)

Kalau setakat tulis nombor telefon, i love u, u love me, tak ada masalah.......

I Love U dan nombor telefon pada wang kertas RM1
Sumber gambar di FB SeluarKu SoyokRabok

Betulkah semua ini?....katakanlah........!!!!!!


Sekali lagi aku nak bagi tahu, semua maklumat diatas aku terjumpa semasa membuat carian di GOOGLE.........lain yang dicari, lain pula yang aku dapat. Sila buat lawatan ke blog ndferuz atau anda boleh layan video dibawah:

Sumber asal: Youtube - 4 conteng yg pada kertas duit tanda tiada nilai yang telah di"upload" oleh Video Paling Manang

Sumber lain pautan video yang sama adalah di FB Sukan Star TV

Kepada sesiapa yang ada video penuh atau maklumat lain yang boleh membantu untuk memperjelaskan lagi berkenaan perkara ini, harap dapat kongsi dengan aku.

Gambar dibawah, aku nak letak dalam kategori yang mana satu?

Sumber gambar GOOGLE: Ibu duit

Sumber gambar di FB LOVE dan  LOVE

.......tiba-tiba aku rasa LAIN MACAM tapi tak tahulah kenapa ?!#@$!?. OK, nak sambung buat kerja balik 

1 comment:

Wak Gelas said...

kreatif sunguh dorg kann., UHuuu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute