En. Sulaiman Awang
Kenalkah anda dengan wajah diatas? mykoleksi sejujurnya mengakui tidak memgenali beliau tetapi setelah membaca rencana bertajuk "Kenali Penulis Khat Wang Kertas Malaysia" barulah mykoleksi kenal siapa En. Sulaiman Awang. Beliau merupakan Penulis Khat "Bank Negara Malaysia" pada siri wang kertas bermula daripada RM2 hingga RM1000.
Contoh Khat "Bank Negara Malaysia" yang dihasilkan oleh En. Sulaiman Awang
Terima Kasih diucapkan kepada saudari Nurul Ain kerana rencana ini sangat berinfomasi bagi kami yang bergelar Pengumpul Matawang Lama dan Baru Malaysia. Sudah lama kami dahagakan rencana, topik atau artikal sebegini. Harapan mykoleksi, selepas ini dapatlah "korek" pula cerita lain.....mykoleksi cadangkan supaya dapat "korek" cerita siapakah yang merekabentuk/memberi idea/terlibat dalam penghasilan wang kertas dan syiling kita. Sepatutnya mereka tidak perlu "disembunyikan" kerana ramai pengumpul yang ingin mengenali mereka.
Persolannya disini:
Kenapa orang luar sahaja yang bersusah payah atau "terhegeh-hegeh" (bahasa orang utara) mencari info atau "Korek" cerita berkaitan numismatik?
Tidak adakah diantara "orang dalam" BNM yang sudi untuk menghasilkan cerita/rencana yang boleh dijadikan rujukan kepada pengumpul?
Jangan beranggapan yang mykoleksi sengaja nak memperlekehkan "orang dalam" BNM tetapi adalah lebih menarik sekiranya cerita-cerita sebegini dihasilkan oleh "orang dalam" BNM sendiri kerana mereka mudah mendapat maklumat.
Sekiranya "orang dalam" tak berminat untuk menulis, berilah peluang "orang luar" untuk menulis cerita menarik berkaitan numismatik. Caranya adalah dengan memberi kemudahan untuk mendapatkan maklumat daripada BNM supaya "orang luar" dan "orang dalam" BNM mendapat manfaat bersama.
Nak tahu lebih lanjut cerita berkenaan En. Sulaiman Awang, sila baca rencana di bawah:
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenali Penulis Khat Wang Kertas Malaysia
Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 2:00 AM
Persolannya disini:
Kenapa orang luar sahaja yang bersusah payah atau "terhegeh-hegeh" (bahasa orang utara) mencari info atau "Korek" cerita berkaitan numismatik?
Tidak adakah diantara "orang dalam" BNM yang sudi untuk menghasilkan cerita/rencana yang boleh dijadikan rujukan kepada pengumpul?
Jangan beranggapan yang mykoleksi sengaja nak memperlekehkan "orang dalam" BNM tetapi adalah lebih menarik sekiranya cerita-cerita sebegini dihasilkan oleh "orang dalam" BNM sendiri kerana mereka mudah mendapat maklumat.
Sekiranya "orang dalam" tak berminat untuk menulis, berilah peluang "orang luar" untuk menulis cerita menarik berkaitan numismatik. Caranya adalah dengan memberi kemudahan untuk mendapatkan maklumat daripada BNM supaya "orang luar" dan "orang dalam" BNM mendapat manfaat bersama.
Nak tahu lebih lanjut cerita berkenaan En. Sulaiman Awang, sila baca rencana di bawah:
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenali Penulis Khat Wang Kertas Malaysia
Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 2:00 AM
Sulaiman Awang kini menghabiskan masa dengan menulis khat pada batu nisan. Foto IBRAHIM MOHTAR/THESTAR.
BERBAKAT menghasilkan seni tulisan khat nyata membawa tuah kepada insan bernama Sulaiman Awang. Biarpun kenangan itu sudah berlalu hampir 18 tahun, namun memori menulis khat pada wang kertas Malaysia bermula daripada RM2 hingga RM1,000 disifatkan saat berharga yang sukar dilupakan.
"Peluang menulis khat wang kertas Malaysia pada 1997 satu pengalaman yang cukup indah dan sukar dilupakan.
"Saya masih simpan lagi koleksi wang kertas bercantum untuk siri wang kertas RM2 dan RM10 yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di rumahnya di Setiawangsa baru-baru ini.
Antara koleksi wang kertas yang seni khatnya ditulis Sulaiman.
Diajak mengimbau kembali kisah lampau itu, nyata bapa kepada empat cahaya mata ini cukup merendah diri dengan bakat yang dimilikinya.
"Tak ada apa-apa pun yang menarik, semuanya cerita lama dan sudah tidak ada apa yang ingin dibanggakan lagi," kata Sulaiman yang lebih mesra dipanggil Pak Aji.
Menurut Pak Aji yang kini menjangkau usia 73 tahun ini, pada 1997, beliau telah didatangi oleh seorang individu yang juga pemilik syarikat pengiklanan yang dikenali sebagai Hj Mohamad yang memaklumkan mengenai peluang untuk menulis tulisan khat pada wang kertas Malaysia.
"Masa itu Hj Mohamad minta saya tulis perkataan 'Bank Negara' pada kertas biasa dan menghantarkannya kepada Bank Negara untuk masuk tender menulis perkataan 'Bank Negara' dalam jawi.
"Alhamdulillah beberapa minggu selepas itu, Hj Mohamad beritahu dia menang tender tersebut dan saya dikehendaki menulis perkataan 'Bank Negara' dalam ejaan jawi untuk dicetak pada duit kertas Malaysia. Masa itu rasa bangga pun ada juga," ujarnya yang mendapat pendedahan awal mengenai tulisan khat ketika dia menuntut Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah Masjid Tinggi, di Bagan Serai, Perak.
Sulaiman mengambil masa sekitar dua minit untuk menyiapkan satu tugasan.
Beliau berkata, dia tidak ingat berapa helai kertas yang digunakan untuk menulis perkataan 'Bank Negara Malaysia' pada wang kertas, namun apa yang masih segar dalam kotak fikirannya ialah menulis tulisan khat berkenaan pada siri wang kertas bermula daripada RM2 hingga RM1,000.
"Saya dibayar RM10,000 secara lump sum, atas hasil kerja saya. Seronok juga, bila kenang kembali kenangan manis dapat menulis pada wang kertas Malaysia," katanya yang kini menghabiskan masa menulis nama mereka yang telah meninggal dunia pada kertas sebelum ia dicetak pada batu nisan.
Menurut Pak Aji, pada usia emas inilah amal jariah yang dilakukannya untuk membantu mereka yang telah meninggal dunia.
"Sejak pencen pada 1996, saya lebih suka habiskan masa di masjid menyertai aktiviti keagamaan dan bersantai bersama keluarga. Selain itu, inilah hobi saya menulis nama orang yang telah meninggal dunia menggunakan tulisan khat.
"Kadang-kadang itu tak cukup masa sebab banyak sangat tempahan yang perlu disiapkan. Selepas saya tulis pada kertas, ia boleh dipindahkan terus menggunakan teknologi komputer untuk dicetak pada batu nisan," katanya yang memerlukan tempoh sekitar dua minit untuk menyiapkan setiap tempahan dengan bayaran serendah RM10.
Ditanya jenis tulisan khat yang paling sukar untuk dipelajari, Pak Aji berkata, semuanya tidak terlalu sukar namun ia memerlukan ketelitian, kesabaran serta teknik yang betul dalam mempelajarinya.
"Antara jenis tulisan khat yang ada ialah khat nasakh, khat tuluth, riq'ah, khat diwan. Saya sendiri lebih gemar menggunakan pen dakwat yang diperbuat daripada kayu resam beserta dakwat hitam.
"Dengan kemahiran menulis khat ini saya pernah diamanahkan untuk mereka kulit buku teks sekolah dan majalah kanak-kanak seperti Bambino," katanya yang pernah berkhidmat sebagai pegawai seni reka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selama hampir 26 tahun.
Kalung Merah antara koleksi komik yang dilukis oleh Sulaiman.
Ketika berkhidmat di DBP juga tulisannya pernah menghiasi pingat-pingat DiRaja, buku cenderamata pada majlis keraian serta logo bank konvensional satu ketika dahulu.
Selain daripada bakat menulis khat, bapa kepada pelakon Intan Azura ini, turut mempunyai kemahiran bakat melukis komik dan menulis cerpen serta puisi. Antara komik hasil rekaannya ialah Panglima Garang, Gerimis dan Kalung Merah.
Nyata bakat seni Pak Aji turut diwarisi anaknya, apabila dua daripada cahaya matanya mempunyai bakat menulis dan melukis karikatur sejak kecil, hasilnya salah seorang daripada mereka kini bergelar karikatur di sebuah akhbar tempatan.
"Intan Azura pernah menjadi juara pertandingan jawi ketika dia menuntut di sekolah menengah namun tidak mengembangkan bakat yang dimilikinya itu, sementara anak sulung saya Kamarul Kazim kini merupakan karikatur di akhbar Kosmo," katanya yang menjadikan Ustaz Usop Bakar sebagai mentornya dalam tulisan khat.
Mengakui agak payah untuk mengembalikan kegemilangan tulisan khat, Pak Aji berkata, generasi muda pada hari ini perlu meneruskan legasi tulisan khat bagi mengelakkan ia terus pupus ditelan zaman.
"Memang agak payah untuk kembalikan era tulisan khat ketika era kegemilangn akhbar edisi Jawi. Lagipun ia tulisan jawi ini bahasa al-Quran. Kita harus pertahankannya untuk tatapan generasi akan datang," katanya mengakhiri perbualan.
Tags / Kata Kunci:
penulis khat , Sulaiman Awang , Bank Negara
Sumber asal: www.mstar.com.my
Pukul 4.29 pagi, masih berada di Lab dan sedang menjalankan "Testing"
2 comments:
Terbaik baq hang.. Tu yg Aku suka sgt baca blog hang ni.. Infomasi yg sgt berguna..
Terima kasih Tuan King Miharbi, aku masih berhutang cerita dgn hng lg.... :D
Post a Comment