Cari Post lain disini

Friday, October 9, 2015

Trigometric Auction 2 pada 18 Oktober 2015

Katalog Trigometric Auction 2

Trigometric Sdn. Bhd. akan mengadakan Auction buat kali ke dua pada 18 Oktober 2015 (Ahad) bertempat di Hotel PJ Hilton, Kuala Lumpur. Jom kita pergi beramai-ramai, mykoleksi macam biasa akan ada disana sebagai penonton. Rugi kalau tak pergi......ramai awek cun disana :D

Sesiapa yang tidak berkesempatan hadir pada Trigometric Aution yang pertama, anda boleh baca di Trigometric (KN Boon) Auction di Hotel Hilton

Items bidaan pada kali ini boleh dikatakan hebat juga, watak "HERO"nya dipegang oleh wang kertas "Replacement" RM1000 tandatangan Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (ZZ0000002) yang merupakan "ADIK" kepada RM1000 ZZ0000001 (Trigometric 1st Auction) tetapi berlainan "BAPA" (tandatangan....hehehe).

RM1000 Replacement Note (ZZ0000002)

Berapa agaknya harga bidaan untuk wang kertas tersebut? sama-samalah kita tunggu nanti, buat masa sekarang mykoleksi tak mahu komen apa-apa lagi.

Sudahkah anda memiliki katalog Trigometric Auction 2? Bagi yang belum anda boleh download di http://www.3833.com/auction atau kalau nak simpan katalog original, anda boleh pergi ambil di Trigometric Sdn. Bhd. seperti alamat dibawah:

          Lot 327, Amcorp Mall, 18, Jalan Persiaran Barat,
          Off Jalan Timur, 46050, Petaling Jaya,
          Selangor, Malaysia

Senarai item yang menjadi daya penarik mykoleksi dalam Trigometric Auction 2 kali ini:

1. Lot 332 - 1976 Conservation

Lot 332

2. Lot 341 - 1999 Millennium Gold
3. Lot 342 - 2000 Thomas - Uber Cup

Lot 341 dan Lot 342


4. Lot 146 - 50 Ringgit 4th Series Sign Aziz Taha
5. Lot 153 - 100 Ringgit 5th Series Sign Aziz Taha

Lot 146 dan Lot 153

6. Lot 162 - 100 Ringgit 6th Series Jaffar Hussein

Lot 162

7. Lot 166 - 1000 Ringgit 6th Series sign.Jaffar Hussein

Lot 166

8. Lot 183 - 1 Ringgit 10th Series Ali Abu Hassan
9. Lot 194 - 50 Ringgit 12th Series. Zeti Aziz Commemorative

Lot 183 dan Lot 194

Apa pula item yang anda minat? lain orang lain minatnya, betul tak? Selain item diatas, mykoleksi juga berminat nak tahu harga bidaan kupon memandangkan kupon tengah "hot" sekarang. Boleh dikatakan....kalau sembang bab Numismatik, mesti terkeluar cerita kupon punya. "Collector" yang dulu  hanya kumpul wang kertas, syiling dan "coin card" pun sudah mencari kupon sebagai "KOLEKSI" (beli dan jual sebenarnya)

Senarai lot kupon dalam Trigometric Auction 2: 

1. Lot 259 - Federated Malaya States Rubber Coupon
2. Lot 260 - Sarawak 25 Katis Dry Rubber Coupon
3. Lot 261 - Kedah 1 Picul Dry Rubber Coupon
4. Lot 262 - Kedah 5 Piculs Dry Rubber Coupon
5. Lot 263 - Kedah 25 Katis Dry Rubber Coupon
6. Lot 264 - Federated Malaya States 1940 Rubber Coupon
7. Lot 265 - Federated Malaya States 1941 Rubber Coupon
8. Lot 266 - Federated Malaya States 1941 Rubber Coupon
9. Lot 267 - Johore 1940 Rubber Coupon
Maklumat lain berkaitan Trigometric Auction 2 boleh rujuk dibawah atau terus berkunjung ke Facebook Trigo 2nd Auction Malaysia and Foreign Banknote & Coins

Auction Details :

Date : 18.10.15 (Sunday)
Venue : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2)
Time : 9.30 am to 5 pm

Bidder Register :

Date : 03.10.15 - 18.10.15 (Except Monday off)
Venue : Trigometric Amcorp Mall
Time : 10.30 am - 6 pm

Lots Viewing :

Date : 16.10.15 - 17.10.15 (Friday - Saturday)
Venue : Trigometric Amcorp Mall
Time : 10.30 am - 6 pm

Lots Collection :

Date : 19.03.15 (Monday)
Venue : Trigometric Amcorp Mall
Time : 10.30 am - 6 pm

~Live Internet Bidding may be made on http://www.liveauctioneers.com/

Ada sedikit ralat, minta tolong Trigometric check semula item yang telah dimasukkan dalam "liveauctioneers page". Semasa mykoleksi "view" item, ada gambar dan "description" item tersalah masuk, Sila rujuk Lot 194 sebagai contoh:

Lot 194 - 50 Ringgit 12th Series. Zeti Aziz Commemorative, gambar dan "description" tersalah masuk.

Selamat membida, buatlah bidaan dengan bijak

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute