Cari Post lain disini

Loading...

Wednesday, April 27, 2016

Datuk Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor BNM Baharu

Tahniah mykoleksi ucapkan kepada Datuk Muhammad Ibrahim diatas pelantikan beliau sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) ke-8 untuk tempoh 5 tahun bermula 1 Mei 2016. Semoga dengan perlantikan ini, beliau dapat memacu BNM dan juga ekonomi Negara Malaysia kearah yang lebih positif. 

Beliau perlu menunjukkan kemampuan dalam menerajui BNM sebaik mungkin kerana "Benchmark" prestasi beliau akan dinilai atau dibandingkan dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Gabenor BNM ke-7 (akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 April 2016). 

Lebih mencabar lagi, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz juga pernah terpilih sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah..... 

All the best Datuk Muhammad, you can do it.......not just sign "duit" :D

FYI, 1 Mei 2016 (Ahad) kita cuti hari Pekerja/Buruh tapi dibawa cuti ke hari Isnin (2 Mei 2016).....boleh relax-relax dulu. 

3 Mei baru kita mula kerja semula :D


Datuk Muhammad Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016.

Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan sebentar tadi bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 April ini.

Pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan serta memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara," kata Najib dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri juga yakin gabenor baharu itu dapat mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk meneruskan usaha bank pusat membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya.

Jawatan terakhir Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, disandang sejak 2010. 

Beliau memiliki sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat. 

"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Gabenor BNM yang ketujuh," kata Najib. Zeti pula dilantik menjadi Gabenor Bank Negara pada Mei 2000 dan beliau juga adalah wanita pertama menyandang jawatan berkenaan. 

Beliau memulakan kerjaya sebagai penganalisis ekonomi Pusat Penyelidikan & Latihan Bank Pusat Asia Tenggara dari tahun 1979 hingga 1984, sebelum dilantik Timbalan Pengurus Jabatan Ekonomi BNM. 

Kecemerlangan memimpin Bank Negara membolehkan Zeti mendapat pelbagai pengiktirafan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

Sumber:
  1. Bank Negara Malaysia
  2. Datuk Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor Bank Negara
  3. Wanita pertama Gabenor Bank Negara
  4. Zeti Dipilih Antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia
  5. Zeti Akhtar Aziz

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute