Cari Post lain disini

Monday, April 18, 2016

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia Ke-70

Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ke-70. RTM ialah penyiar pertama di Malaysia yang melancarkan siaran radio pada 1 April 1946 dan siaran televisyen pada 28 Disember 1963.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:


1. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)

Duit syiling berwarna pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM212 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10.60 sekeping. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.

Kesemua duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1. Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling pruf perak berwarna dan pruf emas Nordic. Sebanyak 2,000 set akan dijual pada harga RM265 setiap set.

Nota: Harga bagi kesemua duit syiling peringatan termasuk 6% GST

Butiran terperinci mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.


Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:

1. Bahagian Hadapan Duit Syiling

Bahagian tengah duit syiling peringatan ini memaparkan imej ibu pejabat RTM yang ikonik iaitu Angkasapuri. Bangunan ini mempunyai muka hadapan yang unik, dihiasi dengan motif yang berasaskan bentuk lidah. Perkataan RADIO TELEVISYEN MALAYSIA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun 1946 - 2016 yang menandakan ulang tahun ke-70 dipaparkan di bawah perkataan tersebut.

2. Bahagian Belakang Duit Syiling

Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling pula tertera pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling. Logo perayaan bersempena dengan Ulang Tahun RTM Ke-70 dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini.

Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.


Lokasi Jualan

Duit syiling ini akan dijual mulai 25 April 2016 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG), pejabat wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta di cawangan Kuala Terengganu.

Bank Negara Malaysia
16 April 2016

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute