Cari Post lain disini

Loading...

Friday, April 29, 2016

Datuk Muhammad Ibrahim - Gabenor BNM Ke-8

Datuk Muhammad Ibrahim telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) ke-8 berkuatkuasa pada 1 Mei 2016 bagi tempoh 5 tahun setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Beliau menggantikan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 30 April 2016, sudah pasti pengalaman Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti selama 16 tahun sebagai Gabenor BNM menjadi pengukur kepada kemampuan Datuk Muhammad Ibrahim dalam mengemudi BNM dimasa hadapan supaya terus gah dan dihormati.

Sebelum ini, terdapat beberapa kontroversi semasa pencalonan dibuat bagi menggantikan tempat Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti. Ada "pihak" yang mencalonkan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Dato' Sri Abdul Wahid Omar dan Datuk Dr. Awang Adek Hussin sebagai Gabenor BNM yang baharu tetapi telah ditolak. Tan Sri Dato' Sri Zeti telah mencalonkan Datuk Muhammad Ibrahim iaitu Timbalan Gabenor BNM ketika itu sebagai pengganti beliau. 

Pada mulanya, mykoleksi ingatkan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti akan melantik Datuk Nor Shamsiah Muhd Yunus yang juga Timbalan Gabenor BNM untuk menggantikan tempat beliau....rupanya tekaan mykoleksi salah.

Tetapi bila mykoleksi fikirkan semula, macam tak logik pula.....takkan Gabenor BNM wanita lagi, ini boleh mendatangkan "jeles" oleh para lelaki. hehehe

Senarai Ahli Lembaga Pengarah BNM yang diambil pada 29 April 2016

Sekiranya kita merujuk kepada senarai Ahli Lembaga Pengarah BNM yang lalu dalam Website BNM sendiri (kemaskini terakhir pada 18 Februari 2016), orang yang paling hampir dengan beliau adalah Datuk Muhammad Ibrahim. Jadi, aura untuk menggantikan tempat beliau sebagai Gabenor BNM ke-8 sangat kuat......hehehe

Ok, dah "confirm" Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor BNM ke- 8.

Sekarang, jom kita lihat biodata ringkas berkenaan Datuk Muhammad Ibrahim

Keratan Akhbar Berita Harian, 28 April 2016


Biodata dah tengok kan? sudah pasti anda ingin tahu bagaimana pula rupa atau bentuk tandatangan Gabenor BNM ke-8. 

Oleh kerana mykoleksi tak mahu pembaca sekelian kecewa.....mykoleksi berusaha sedaya upaya mencari tandatangan beliau dan akhirnya mykoleksi terjumpa tandatangan.......

Tandatangan Datuk Muhammad bin Ibrahim, Gabenor BNM Ke-8

Sorrylah, gambar tandatangan beliau kurang jelas. ini saja gambar tandatangan beliau yang mykoleksi dapat. Kalau nak dapat versi yang jelas, kita tunggu wang kertas dan "certificate" Syiling Peringatan yang ditandatangani oleh beliau nanti.

Persoalannya disini,

Mungkinkah akan ada Wang Kertas Siri Baru dikeluarkan oleh BNM yang ditandatangani oleh beliau? 

atau.......BNM sekadar menggantikan tandatangan beliau pada Wang Kertas yang sedia ada.....dengan erti kata lain sambung prefix terakhir Wang Kertas yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. 

Sudah pasti, Wang Kertas prefix terakhir tandatangan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti dan Wang Kertas prefix pertama yang ditandatangani oleh Datuk Muhammad akan menjadi buruan oleh para pengumpul dan "investor". 

Nampaknya, permulaan cerita Numismatik akan menjadi lebih menarik setelah perlantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor BNM ke-8

Yang kecewa,
Mykoleksi
(Bukan Gabenor BNM ke-8)

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute