"Objek Hitam Berbentuk Burung"
Sudah lama mykoleksi peram cerita ni dalam draf blog, hari ni terasa ingin berkongsi dengan anda semua. Kisah kali ini adalah berkenaan “objek hitam berbentuk burung” yang ada di penjuru kanan sebelah atas cover The Encyclopedia of the Coins of Malaysia, Singapore and Brunei, 1400-1986 edisi pertama ditulis oleh Mr. Saran Singh.
Rasanya tak ada siapa yang ambil kisah pasal “burung” tersebut, betul tak?
Gambar “burung” itu bukan saja-saja dicetak tetapi ada kisah menarik yang ramai peminat dunia hobi numismatik tidak tahu, mykoleksi dapat tahu cerita ini daripada Mr. Saran Singh sendiri semasa kami sama-sama beratur menunggu giliran untuk membeli matawang siri baharu Malaysia 2012 yang dijual kepada umum pada 22 Disember 2011 di Blok D Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) Kuala Lumpur.
Kiranya rezeki mykoleksi ketika itu kebetulan dapat beratur dibelakang Mr. Saran Singh, peluang tersebut mykoleksi gunakan sebaik mungkin untuk bertanya pelbagai soalan termasuklah bagaimana beliau boleh menulis encyclopedia pertama dan kedua yang menjadi rujukan kita sehingga sekarang. Cuma sayangnya masa tu mykoleksi tak teringat langsung untuk merekod secara digital apa yang kami bincangkan.
"Burung" di penjuru Kanan Sebelah Atas
Tibalah masa mykoleksi bertanya soalan tentang “burung”, ketika Mr. Saran Singh mendengar pertanyaan mykoleksi itu, mykoleksi nampak beliau sedikit terperanjat dan tersenyum apabila mendengarnya. Boleh jadi beliau tidak menyangka yang ada seseorang yang perasan dan akan bertanya tentang “burung”.
Sebenarnya 2 soalan mykoleksi bertanya kepada Mr. Saran Singh
- Objek hitam berbentuk burung itu sebenarnya burung apa?
- Adakah ianya sengaja diletak disitu atau ada sebab tersendiri?
Mr. Saran Singh menjawab soalan mykoleksi sambil tersenyum, boleh jadi ketika itu beliau mengimbau kembali kenapa beliau meletakkan “burung" tersebut. Kisahnya begini, ketika buku tersebut ditulis oleh Mr. Saran Singh dan rakan-rakannya. Beliau agak risau sekiranya buku tersebut tidak laku kerana banyak duit sudah dilaburkan dalam menghasilkannya, sudah tentu mereka mengharapkan buku tersebut dapat dijual dan beroleh keuntungan.
The Encyclopedia of the Coins of Malaysia, Singapore and Brunei, 1400-1986 Edisi Pertama
Pada suatu hari, beliau telah pergi bertemu dengan seorang yang alim untuk meminta pandangan. Orang tersebut telah mencadangkan kepada beliau untuk dapatkan gambar burung Layang-layang atau Walit, kemudian meletakkan gambar tersebut di penjuru kanan sebelah atas pada cover buku.
Senarai yang Terlibat Dalam Menghasilkan Encyclopedia Edisi Pertama Mr. Saran Singh
Beliau difahamkan, burung akan terbang bebas dan secara simboliknya buku tersebut boleh “pergi jauh” dan gambar burung yang sama juga turut diletakkan pada cover encyclopedia kedua tulisan beliau dan rakan-rakan. Sudah hampir 13 tahun mykoleksi simpan cerita ini, sekiranya ada tersalah fakta mykoleksi harap Mr. Saran Singh dapat maklumkan untuk diperbetulkan.
Burung Layang-layang atau Walit
Suatu masa dahulu mykoleksi pernah kongsikan cerita ini dengan seorang blogger numismatik, rasanya beliau ada berkongsi tentang kisah ini juga di blog beliau. Bagi mykoleksi kisah seperti ini sangat menarik untuk dikongsi kepada peminat dunia hobi numismatik, kisah yang tak ramai orang minat nak tahu tetapi sebenarnya RARE.
Yang peram cerita,
mykoleksi
No comments:
Post a Comment