Seposen 1994!!!???.....kenapa aku nak cerita pasal duit syiling 10sen tahun 1994 ni, Apa yang aku lihat sekarang, syiling tersebut susah untuk kita perolehi kerana pengeluarannya adalah sedikit....cuma 7,122,222 sahaja. 10sen tahun 1994 juga boleh dikategorikan sebagai RARE terutamanya oleh pengumpul duit syiling lama dan baru, walaupun jumlahnya lebih 7 juta keluaran jika dilihat dengan mata kasar nampak macam banyak dan mudah didapati, tetapi sebenarnya amat sukar untuk diperolehi sekarang. Kalau korang tidak percaya, cuba korang lihat syiling yang korang simpan atau dapat setiap hari. Adakah duit syiling 10sen tahun 1994 yang disimpan/diperolehi???. Itulah yang aku perasan sejak dahulu lagi kerana aku selalu simpan setiap syiling yang aku perolehi terlebih dahulu, aku mempunyai tabung untuk setiap syiling 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen. Sekiranya ada masa lapang, barulah aku akan memulakan pencarian dengan membelek setiap syiling dalam tabung-tabung tersebut dan itulah caranya aku memperolehi koleksi syiling yang aku ada sekarang. Sila lihat gambar duit syiling 10sen tahun 1994 dibawah;
10sen tahun 1994, gred EF
Diperbuat daripada copper-nickel
Diperbuat daripada copper-nickel
Pesanan aku, menabung sememangnya bagus dan amalan mulia tetapi jangan lupa bank-in/gunakan duit syiling yang selebihnya (yang tidak disimpan sebagai koleksi) supaya syiling tersebut dapat menjalankan rutin hariannya seperti biasa (kesian syiling-syiling yang dibiarkan terkurung didalam tabung, diorang pun nak jumpa juga dengan member-member lain...hehehehe). Tetapi sebelum bank-in atau diguna anda juga boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif yang kadang kala dianggap oleh orang lain membuang masa seperti Tibor Gaal a.k.a T-Boy dan Menara 50sen (my-koleksi Projek). Kalau dah buat tu, jangan lupa ambil gambar /video sebagai kenangan...kalau tak, lagilah sia-sia :D
8 comments:
salam..
aku ada jumpa 4 keping :) gred aku taktau la..nampak cantik aje lagi..takde cacat..walaupon circulation
kau jumpa 4...oklah tu boleh bagi aku sekeping...hehehe. :D
salam bro..
nak tanya sikit pasal syiling yg jadi
gambar avatar tu.. bro ade simpan ke?
anonymous: syiling tu memang aku ada simpan, kenapa?? :D kau ada simpan jg ker?? syiling tu conditionnya tak berapa cantik sgt, biasa2 saja.
p/s: lepas ni guna la nama sendiri atau nickname, tak perlu guna anonymous
yup.. memang aku ada simpan sekeping.
jumpa dalam sungai kat kampung aku dulu
tapi condition cantik sikit dari bro punya
cuma kat belakang nya ada tempek hitam masih tak dapat dibuang sampai sekarang
boleh ceritakan sikit pasal syiling ni?
mana asal usulnya?
macam perli ako jer! biaula dia tersimpan dlm tabung! baru dia tahu dunia luar x selamatutuk diorg kuar (lagi)! hehehheheeh!
nak tahu siapa nak syiling 20 sen 1994 boleh call saya 016-2210659 saya ada 2 keping dan 10 sen 1994 ada 3 keping juga, 50 sen 1969 ada 5 keping. sekian terima kasih. Saya ada buyer offer RM 10 for 1 keping kalau ada lebih tinggi, dia dapat. tawaran open 14 hari okay. dari 30/07/2012 9.30am.
hi siapa nak syiling 10 sen 1994 3 keping, 20 sen 1994 2 keping dan 50 sen 1969 boleh hubungi 016-221 0659, siapa harga tinggi dia dapat sebab ada buyer offer RM 10 sekeping. Tawaran open 14 hari dari 30/07/2012 9.30am, sekian terima kasih.
Post a Comment