Menara yang Berdiri Megah
Kali ni aku nak cerita pula apa yang aku buat dengan syiling 50 sen yang aku simpan setahun lepas. Jawapannya, aku buat menara seakan-akan KLCC kononnya tapi siap sebelah saja kerana untuk buat menara sebelah lagi aku perlu simpan lagi banyak syiling 50 sen. Tunggulah nanti kalau ada masa aku bina pula menara lengkap seakan-akan KLCC dengan menggunakan syiling 50 sen sahaja, inilah hasil penat lelah aku pada 11 Disember 2007 lalu. Baru sekarang aku nak postkan dalam blog ni, semua sekali syiling tersebut bernilai hampir RM290.00. Marilah nikmati hasil karya gila aku yang terhasil untuk mengisi masa boring dan tention aku bila penat bekerja. Sebenarnya syiling 50 sen ni aku buat tabungan untuk masa hadapan disamping koleksi.
2 comments:
best gak isi masa lapang, dulu waktu aku sekolah rendah , pernah aku jual sebab duit syiling 20 sen kot , sebab ditawarkan dengan harga 2.50, tetapi x tahu tahun berapa sebab peristiwa itu berlaku sekitar tahun 1989, agak agak tahun berapakah duit itu?
salam...
minta pendapat bro...aku pun ada gak buat benda2 kreatif dari coin,utk mengekalkannya aku pakai super glue.amcam ok tak?or any idea?komen amat dihargai... ;)
Post a Comment