Cari Post lain disini

Saturday, December 17, 2022

Duit Syiling Peringatan dan Buku Ulang ATM Ke-80

Duit Syiling Peringatan dan Buku Ulang ATM Ke-80

Duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-80 ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan mula dijual pada 23 Disember 2013 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Kira dah hampir 9 tahun duit syiling peringatan ini dikeluarkan dan keluarannya terhad dengan rekabentuk yang menarik. Jenis duit syiling ini dikeluarkan adalah Pruf Emas, Pruf Perak dan Emas Nordic.

Contents - Isi Kandungan

Sedikit ringkasan berkaitan ATM, kewujudan ATM bermula dengan pembentukan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933 yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Tentera Malaysia berikutan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.  

Chief of Defence Force

ATM telah berkembang sejak lapan dekad yang lalu daripada sebuah pasukan tentera kepada Angkatan Tentera Serba Lengkap dan Canggih (Full Spectrum Force).

Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-80

Jika anda ingin lebih maklumat duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-80, anda boleh klik pautan dibawah:

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80

Buku khas sempena ulang tahun ATM ke-80 tersebut pula dijual berasingan, menarik cerita dan gambar dalam buku ini. Apa lagi koleksi menarik berkaitan ATM selain duit syiling dan buku, harap anda dapat berkongsi dengan mykoleksi

Yang ada koleksi ATM,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute