Hari itu (27 Jun 2014) TERLALU SANGAT (bukan typo error) bersejarah bagi aku, pelbagai dugaan dan cabaran sanggup aku tempoh semata-mata untuk membeli Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40. Kalau ikutkan hati malas dah aku nak menulis tetapi digagahi juga kerana aku INGIN SANGAT berkongsi pengalaman “MANIS” bak akaq seruntun yang aku perolehi di Sasana Kijang.
Walaupun panjang lebar aku tulis, diharap anda dapat membacanya sehingga ke titisan button keyboard terakhir khasnya kepada PEGAWAI BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) dan POLIS BANTUAN BNM. Kalau ada siapa-siapa yang nak BUKU/FILEM kan kisah ini supaya dapat dikenang dalam lipatan sejarah Malaysia aku sedia membantu…. bolehlah berhubung dengan aku melalui Facebook atau e-mail.....kikiki
Al-kisah bermula perjalanan seorang "Collector" kental untuk memenuhi impian yang dia sendiri tidak tahu apakah yang bakal ditempohnya nanti..........
Beberapa hari sebelum hari kejadian, aku “apply” cuti dan “inform” bos….cuti pun diLULUSkan
Putrajaya Sentral (hujan turun renyai-renyai)
Bermula jam 5.00 pagi aku bergerak dari rumah, tanpa disangka tiba-tiba hujan turun renyai-renyai (faham tak, renyai-renyai tu apa?). Adakah ini satu petanda kurang baik, selalunya orang kata "hujan rahmat". Disebabkan aku naik motosikal, terpaksalah aku tukar rancangan untuk pergi ke Sasana Kijang dengan menaiki ERL, aku rasa itulah satu-satunya cara untuk aku sampai dengan cepat ke destinasi.
Putrajaya Sentral
Aku ingatkan, naik ERL boleh cepat sampai......rupa-rupanya aku salah, terpaksa tunggu sehingga pukul 6.00 pagi barulah ada perkhidmatan pertama ERL ke KL Sental. Sambil melayan lagu "Kalau aku kaya" disulam dengan tidur-tidur panda (ada “hint” yang duit syiling peringatan panda bakal dikeluarkan), aku pun sampai di KL Sentral
KL Sentral (nak pergi Sasana Kijang)
KL Sentral (nak pergi Sasana Kijang)
KL Sentral
Jam menunjukkan 6.35 pagi dan dengan pantas terus mengambil teksi untuk ke Sasana Kijang. Semasa dalam pejalanan ke sana aku sembang-sembang dengan "uncle" teksi. Dipendekkan cerita "uncle" tu ada koleksi wang kertas Uncut dan banyak lagi koleksi lain, rezeki aku pagi tu…….nanti bila-bila senang aku nak pergi jumpa “uncle” yer.
Sasana Kijang (klimax, lawan-lawan, bising-bising, gegar pintu, nak pengsan dan lenguh kaki)
Sasana Kijang (klimax, lawan-lawan, bising-bising, gegar pintu, nak pengsan dan lenguh kaki)
Jam 6.50 pagi di Sasana Kijang
Aku tiba lebih kurang dalam pukul 6.50 pagi, nampaknya orang pun dah ramai tapi bukan dalam barisan tetapi dalam kelompok (bulatan kot)……heran juga aku. Bila aku tanya mana nak beratur, aku diberitahu kena ambil nombor giliran sebelum beratur.
Wahhhh!!! ini sudah bagus.....BNM dah adakan sistem nombor giliran (aku bersangka baik), bila ditanya nak ambil nombor giliran dimana. Diorang suruh aku cari “seorang lelaki” yang mungkin buat dan edar nombor tersebut.....bila aku jumpa lelaki tu, dia kata “nombor dah tak ada bang, nombor terakhir 381.....kalau nak, abang pergi cari dan boleh beratur belakang orang yang pegang nombor 381 atau sambung nombor tu". Tu dia main sambung-sambung nombor pulak dah, perlukah aku ikut arahan mereka?
Bila ditanya dan siasat, rupa-rupanya nombor giliran HARAM tersebut dikeluarkan oleh satu "group" bukan dikeluarkan oleh BNM seperti yang aku sangka. Hmm.....nombor giliran HARAM kembali lagi, sebelum ini ada juga wujud nombor giliran HARAM semasa membeli Duit Syiling Peringatan tapi tak seserius ini.
Kenapa perkara ini boleh berlaku?....sila jawab kepada mereka yang berkenaan
Baik punya (Dafi style), dia suruh aku cari siapa yang pegang nombor 381, gila ke apa nih? ramai kot orang. Disebabkan nombor giliran HARAM aku pula yang kena kerja lebih, memang harulah jadinya sebab tak ada tempat untuk aku beratur langsung. SETERUK-TERUK dulu, ada lagi tempat untuk beratur tetapi kali langsung tak tahu dimana nak mula beratur........pandai-pandai bawa diri.
Mungkin mereka beranggapan, bila dah ada nombor giliran HARAM tak perlu bersusah payah nak beratur. Boleh pergi tidur dalam kereta dulu atau pergi pekena roti canai banjir 2 keping di kedai mamak tanpa memikirkan masalah orang lain.
1. Adakah perkara begini wajar?
2. Dimanakah letaknya timbang rasa mereka?
Wahhhh!!! ini sudah bagus.....BNM dah adakan sistem nombor giliran (aku bersangka baik), bila ditanya nak ambil nombor giliran dimana. Diorang suruh aku cari “seorang lelaki” yang mungkin buat dan edar nombor tersebut.....bila aku jumpa lelaki tu, dia kata “nombor dah tak ada bang, nombor terakhir 381.....kalau nak, abang pergi cari dan boleh beratur belakang orang yang pegang nombor 381 atau sambung nombor tu". Tu dia main sambung-sambung nombor pulak dah, perlukah aku ikut arahan mereka?
Bila ditanya dan siasat, rupa-rupanya nombor giliran HARAM tersebut dikeluarkan oleh satu "group" bukan dikeluarkan oleh BNM seperti yang aku sangka. Hmm.....nombor giliran HARAM kembali lagi, sebelum ini ada juga wujud nombor giliran HARAM semasa membeli Duit Syiling Peringatan tapi tak seserius ini.
Kenapa perkara ini boleh berlaku?....sila jawab kepada mereka yang berkenaan
Baik punya (Dafi style), dia suruh aku cari siapa yang pegang nombor 381, gila ke apa nih? ramai kot orang. Disebabkan nombor giliran HARAM aku pula yang kena kerja lebih, memang harulah jadinya sebab tak ada tempat untuk aku beratur langsung. SETERUK-TERUK dulu, ada lagi tempat untuk beratur tetapi kali langsung tak tahu dimana nak mula beratur........pandai-pandai bawa diri.
Mungkin mereka beranggapan, bila dah ada nombor giliran HARAM tak perlu bersusah payah nak beratur. Boleh pergi tidur dalam kereta dulu atau pergi pekena roti canai banjir 2 keping di kedai mamak tanpa memikirkan masalah orang lain.
1. Adakah perkara begini wajar?
2. Dimanakah letaknya timbang rasa mereka?
Keadaan di Sasana Kijang, anda juga boleh lihat sendiri rupa nombor giliran HARAM yang telah dibuat oleh "Group" tertentu berserta "cop mohor"
Lihatlah keadaan disana antara pukul 7.05 pagi hingga 7.30 pagi, masa ni aku terfikir....
1. Dimanakah Polis Bantuan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Pegawai yang menguruskan hal-hal yang berkaitan denga jualan?
Mereka ada tetapi mungkin mereka tak nampak situasi masa tu.........
2. Tidak adakah persediaan awal dilakukan untuk pembeli beratur seperti dulu?
Paling mudah pun susun kon atau buat laluan untuk beratur...........
3. Apakah yang bakal berlaku nanti ketika jualan bermula?
Keadaan akan bertambah buruk bakal ditempuh nanti.....
dan banyak lagi persoalan bermain dalam fikiran aku apabila melihat suasana yang kalut dan tidak terurus
Kepada mereka yang buat nombor giliran HARAM, aku ada beberapa soalan
1. Siapakah yang telah memberi kuasa untuk wujudkan nombor giliran HARAM?
Aku dimaklumkan yang bukan arahan dari BNM atau Sasana Kijang tetapi ada "group" yang telah bersusah payah mewujudkan nombor giliran HARAM bagi memastikan tidak ada masalah orang potong barisan.
Tapi masalahnya sekarang dengan adanya nombor giliran HARAM tersebut menyebabkan tiada barisan HALAL yang dibuat sehingga menyusahkan orang lain yang tidak mempunyai nombor giliran HARAM. Dah tak ada barisan macam mana nak potong barisan…..ada FAHAM…….
Sesetengah orang beranggapan, apa yang diusahakan oleh “Group” tersebut adalah baik dan terlalu sangat efisen.
2. Kenapa nombor giliran HARAM dibuat separuh jalan sahaja?
Pandangan aku, tujuan sebenar nombor giliran tersebut diwujudkan untuk memastikan “group” mereka (“group” yang buat nombor giliran) dapat membeli Syiling Peringatan dan yang selebihnya barulah diedarkan kepada orang lain. Bagi yang tak dapat nombor giliran HARAM…..boleh pegi MAMPOS (mungkin ini yang mereka fikirkan).
Tetapi mereka lupa yang setiap yang BERMULA mestilah ada AKHIR. Sekiranya mereka faham konsep tersebut…… nombor giliran mestilah dibuat mencukupi dan orang/pembeli lain boleh turut sama memiliki nombor giliran. Sekiranya tidak mampu untuk mengalas tanggungjawab yang diberi sendiri, nasihat aku lagi baik tidak mulakan nombor giliran HARAM dari awal lagi.
3. Bagaimanakah nasib orang/pembeli lain yang tidak ada nombor giliran HARAM?
Sekiranya "group" tersebut boleh berfikir dan tidak pentingkan diri sendiri, perkara tersebut tidak akan berlaku. Apa yang pasti mereka tidak fikirkan langsung hal orang lain, hinggakan membiarkan orang yang tidak ada nombor giliran HARAM tersebut tercari-cari dimanakah hendak mula beratur.
4. Adakah "group" tersebut amanah dalam menghasil/memberi nombor giliran HARAM tersebut?
Kalau mereka amanah, kenapa ada dakwaan menyatakan yang ada orang memiliki lebih daripada 1 nombor giliran HARAM. Apakah tujuan mereka sebenarnya? Dengar cerita, ada yang jual nombor giliran HARAM tersebut kepada orang lain dengan harga RATUSAN Ringgit (lagi "LOW" nombor tersebut, lagi mahal harganya).....tetapi ada yang menafikannya dengan memberi alasan "aku acah-acah saja nak jual". Persoalannya, kalau ada orang nak beli.......kau jual tak?
Lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi, pemegang nombor giliran HARAM disuruh beratur
Gambar diatas menujukkan pemegang nombor giliran HARAM mula beratur dan disusun. ……nampak macam tak tersusun pun. Aku ada merakamkan video gelagat mereka tetapi aku rasa lagi baik kalau kita dapat lihat rakaman penuh daripada CCTV di Sasana Kijang. Mereka lupa yang setiap gerak-geri mereka sedang diperhatikan dan direkod.
Masa ini jugalah aku dan mereka yang tidak memiliki nombor giliran HARAM dihalau daripada beratur dalam barisan, “Group” tersebut SANGAT berkuasa penuh seolah-oleh mereka adalah TUAN RUMAH……yalah, MEREKA mudah lupa :D
Masih tiada orang beratur pada 7.30 pagi - 7.35 pagi, ini adalah satu pertanda buruk
Masih belum ada barisan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.35 pagi, masa ini terdapat 2 kelompok iaitu kelompok yang ada nombor giliran HARAM dan kelompok yang tiada nombor giliran HARAM (termasuklah aku). Berlaku sedikit kekecoh kerana masing-masing tidak mahu mengalah kerana kelompok yang tiada nombor giliran HARAM pun ada yang datang awal juga tapi bila nak beratur mereka dihalang kerana tidak memiliki nombor giliran HARAM.
Apabila aku melihat kekecohan bermula, aku segera pergi berjumpa dengan Polis Bantuan BNM (kalau tak salah aku sebab aku tak nampak pakaian yang dipakai) di lobi hadapan Sasana Kijang dan meminta beliau berbuat sesuatu. Jawapan yang aku dapat sangat HAMPEH!!, boleh pula dia kata “tak boleh buat apa-apa....diorang ada "group" dan diorang dah buat nombor giliran”, dia pula suruh aku dapatkan nombor giliran dengan mereka. Tambah beliau lagi “diorang dah sampai sini pada pukul 9.30 malam (26 Jun 2014) lagi"....pulak.!@#%%^$#
Apakedahnya datang awal sangat, syiling peringatan akan mula dijual lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi (27 Jun 2014). Nampak disini sememangnya ada rancangan awal dari mereka untuk wujudkan nombor giliran HARAM.
Habis apa fungsi beliau berada disitu....Adakah sekadar butakan mata, pekakkan telinga dan bisukan mulut/suara? Berdasarkan jawapan beliau aku dapat mengagak yang beliau sudah tahu berkenaan wujudnya nombor giliran HARAM tersebut. Kenapa tidak berbuat sesuatu dengan menghalangnya dari awal lagi?
Pegawai daripada BNM datang melawat kawasan lebih kurang pada pukul 8.45 pagi
Pegawai BNM datang melawat ke lokasi kejadian, dilihat mereka mengambil beberapa keping gambar dan terus berlalu pergi begitu sahaja. Apakah tujuan gambar tersebut diambil?
Setelah aku melihat Pegawai BNM berkenaan berlalu pergi tanpa sebarang tindakan dengan pantas aku pergi berjumpa dengan mereka di lobi Sasana Kijang dan meminta mereka berbuat sesuatu. Aku pun bagilah sedikit penerangan apa yang telah berlaku supaya mereka faham...bla....bla.....bla.....bla. Pegawai BNM pun pergi meninggalkan aku…… :(
Kalau anda ingat lagi, ada satu kejadian berkaitan isu nombor giliran HARAM yang pernah berlaku semasa ujibakat program reality sehingga menjadi isu hangat suatu masa dahulu. Aku respek dengan tindakan tegas yang diambil oleh TUAN RUMAH, mereka telah mencari dalang nombor giliran HARAM tersebut dan tindakan tegas telah diambil dengan tidak membenarkan DALANG nombor giliran HARAM tersebut menyertai ujibakat program reality pada hari itu.
Tetapi lain pula di Sasana Kijang, mereka/”group” berkenaan tidak diambil tindakkan malah mereka/”group” antara orang yang terawal membeli Syiling Peringatan.
Sepatutnya Pegawai BNM mengambil tindakan terlebih dahulu dengan mencari dalang yang mengwujudkan nombor giliran HARAM tersebut, kenakan tidakkan dengan mengusir mereka daripada membeli syiling peringatan. Selepas semua itu selesai barulah proses pembelian dijalankan, sekiranya ada yang masih berdegil. BNM boleh buat keputusan dengan menagguhkan dulu jualan Syiling Peringatan pada hari berkenaan.
Kesimpulannya, sekiranya kita pergi rumah orang........ kita sepatutnya ikut apa yang TUAN RUMAH tetapkan bukannya buat apa yang kita rasa nak buat macam di rumah kita sendiri.
Jam menunjukkan pukul 8.50 pagi
Suasana tegang belaku lebih kurang dalam 8.50 pagi dimana orang ramai berasak-asak untuk masuk ke Sasana Kijang.
Kekecohan dihadapan pintu masuk Sasana Kijang, nombor giliran HARAM a.k.a nombor "Q"
Suasana kecoh telah berlaku dihadapan pintu masuk Sasana kijang bermula jam 9.00 pagi disebabkan sistem nombor giliran HARAM separuh jalan. Lagi menyedihkan, mereka senang-senang saja menyuruh orang yang tidak ada nombor giliran HARAM disuruh keluar dan pergi balik….terasa ooooo :D
Dengan bangga mereka yang ada nombor giliran HARAM pun mengangkat nombor untuk menarik perhatian Pegawai dan Polis Bantuan BNM untuk membenarkan mereka masuk.
Sekali lagi aku ingin bertanya, Apakah hak mereka untuk berbuat demikian, adakah Sasana Kijang itu milik mereka?
Setelah melihat keadaan semakin tidak terkawal disebabkan oleh nombor giliran HARAM, Pegawai BNM yang bertugas telah membuat pengumuman yang nombor giliran HARAM tidak dikira/dibatalkan dan jualan Duit Syiling Peringatan mengikut "First Come First Serve Basis".......semua orang diminta untuk beratur.......hmmm, kenapa sekarang? :(
Masih ada lagi provokasi dibuat oleh mereka yang mempunyai nombor giliran HARAM mungkin kerana rasa tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Pegawai BNM di saat-saat akhir. Masa ni aku “RESPEK” dengan seorang lelaki India yang berani menyuruh orang ramai beratur.
Pembeli beratur dengan penuh harapan
Lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi baru aku dapat masuk kedalam Sasana Kijang, anda boleh lihat ada ibu mengandung yang turut serta beratur untuk dapatkan syiling peringatan baru.
Aku berterima kasih dengan seorang Polis Bantuan BNM yang menolong aku dengan membuka laluan masuk selepas aku memberitahu yang tangan aku patah.
Ramai lagi orang beratur dibahagian atas
Untuk dijual
- Set of 2 - habis pada pukul 10.50 pagi
- Set of 3 - pada pukul 12.00 tengahari ada lagi lebih kurang 50 set dan habis dijual pada pukul 12.45 tengahari
Suasana di bahagian atas tempat pembelian sekitar jam 12.30 - 1.00 tengahari
Semasa beratur menunggu giliran, pegawai BNM telah buat satu pengumuman....kepada yang ingin beli "single silver" dan emas nordic boleh beratur dibarisan pertama (ni aku bagi nama), bagi yang ingin beli lebih dari 1 set diminta beratur di barisan satu lagi.
Aku rasa tindakan Pengawai BNM tersebut tidak patut kerana mungkin dengan langkah tersebut menyebabkan orang yang sama-sama beratur terlepas untuk membeli "single silver" kerana giliran telah dipotong secara tidak sengaja (harap anda faham maksud aku). Kalau betul nak gunakan cara tersebut baik awal-awal lagi sediakan barisan untuk pembelian mengikut apa yang ingin dibeli.....tak faham boleh TIRU idea dibawah;
BNM boleh buka 6 kaunter untuk masa akan datang untuk mengelakkan perubahan disaat akhir.
Gambar diatas adalah cadangan aku sekiranya BNM ingin menyuruh orang beratur mengikut apa yang hendak dibeli. Nampaknya BNM kena sediakan 12 orang "staf" untuk urusan jualan (1 kaunter = 2 orang "staf"). Sila buat rancangan awal untuk mengelakkan kerja/keputusan disaat akhir kerana boleh mengganggu kelancaran proses jual beli bagi mengelakkan berlaku suasana tegang. Nasib baiklah masa tu semua orang dah penat dan lenguh kaki beratur......hari jumaat pula tu. :D
Diharap lepas ini pihak BNM dapat menyediakan resit pembelian macam dahulu, rasanya kos nak bagi resit tak mahal sangat. Setidak-tidaknya resit boleh dijadikan bukti pembelian sekiranya apa-apa berlaku, sebagai contoh kotak koyak ke....atau syiling calar ke......
Semasa beratur menunggu guliran, ada orang bercerita semula tentang nombor giliran HARAM yang dijual dengan harga ratusan ringgit dan turut didengar oleh seorang Pegawai BNM yang bertugas dibahagian atas. dia minta supaya buat aduan kepada BNM menerusi email bnmtelelink@bnm.gov.my, bila minta namanya untuk dijadian rujukan....beliau menolak. Kenapa? sekiranya benar beliau memandang serius apa yang telah berlaku pada hari tersebut dan inginkan kerjasama dari orang ramai/pembeli, tak salah sekiranya beliau memberi namanya untuk rujukan.
BNM, mohon untuk baca semula topik lama yang aku dah tulis sebelum kerana ianya boleh membantu dalam usaha untuk menambahbaikkan lagi cara membeli Duit Syiling Peringatan.
- Cabaran untuk Mendapat Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-50 Tabung Alam Sedunia (WWF)
- Suasana Semasa Membeli Mata Wang Siri Baharu Malaysia 2012
- Tahniah BNM - Relax Membeli Belah Syiling Peringatan 50 Tahun Muzium Negara
- Syarat Baru BNM untuk Beli Mata Wang Kertas Siri Baharu
- Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40
Akhir sekali, nombor giliran HARAM disimpan sebagai koleksi dan kenangan yang diberi oleh seorang "Auntie" untuk aku abadikan dalam blog my-koleksi. Terima kasih "Auntie", walau pun sakit tulang belakang beliau tetap berdiri dan beratur sehingga akhir.
Nombor Giliran HARAM
Mereka yang mencipta nombor giliran HARAM sepatutnya berasa MALU kerana mereka/"Group" tidak sekuat "Auntie" yang beratur bersama-sama aku......dah la buat nombor giliran HARAM pun separuh jalan.
BNM yang dikasihi, sila ambil perhatian dengan apa yang aku ceritakan disini....baca dan fahamilah kerana ianya PERCUMA. Aku dari awal lagi katakan apa yang aku tulis kali ini adalah perkongsian pengalaman yang telah ditempuhi bagi mendapatkan Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40 sebagai koleksi.
Pengalaman kali ini AMAT... AMAT... AMAT dan AMAT BERHARGA, sekiranya apa yang aku tulis panjang lebar di abaikan begitu sahaja, tidak mustahil pengalamam AMAT... AMAT... AMAT dan AMAT BERHARGA ini bakal aku dan pembeli lain tempuhi lagi di keluaran Duit Syiling Peringatan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment