Cari Post lain disini

Loading...

Thursday, July 10, 2008

Syiling 50 sen 1979 "EXTRA DOT"

Syiling 50 sen 1979 dikategorikan "RARE" dan aku tidak pasti berapakah jumlah keluarannya. Ini adalah sebahagian syiling yang mesti dimiliki oleh pengumpul-pengumpul wang/duit/syiling lama dan baru. Anda boleh nilai sendiri keadaan syiling 50 sen ini dan boleh bagi komen ada, dah lama sangat aku tidak menerima komen. Nak tahu nilai syiling ini?....hehehehe, lain kali sajalah.



Sila lihat anak panah merah

6 comments:

Simistri said...

Bro, aku cadangkan agar kau tak simpan duit syiling guna holder macam nie ..... bukan aper, aku dulu pun simpan duit syiling guna holder macam nie. Tapi ada satu peniaga tu kata holder mcm nie sekadar sementara sahaja. Kualiti syiling tu cepat rosak --- tu kata dialah.

Baik nko gunakan berbentuk kapsul agar kualitinya terjaga...

sorry bro bukan nak kondem, cuma kita bertukar maklumat.

my-koleksi said...

ya ka simistri, betul kata kau tu.....sebenarnya aku simpan pun sementara saja sbb blom ada holder lain, holder lama dah penuh tp aku rasa holder lama aku tu pun tak elok jg nak simpan syiling2 aku tu. Kau ada suggestion tak holder mcm mana yang ok.....Thanks sbb berkongsi, mcm ni la aku nak sbb masih banyak yang tahu. holder yang mcm aku guna tu memang tak elok sbb akan merosakan bahagian tepi dan permukaan syiling. Aku harap kau boleh email cara kau simpan syiling di mykoleksi@yahoo.com, sharing is caring.

Simistri said...

capsule yang aku maksudkan tu bentuknya macam nie ...

try copy paste...boleh tak

http://www.designerbadges.com/coins/Dscn0039.jpg

ataupun benda nie ....

http://www.colonialacres.com/cgi-bin/dispitem.cgi?item=cpscapsule_ndol

nko gi kat amcorp mall, carik kedai kat tingkat 2 ker tingkat 3 aku pun dah lupa, tapi kat kedai tu jual pasal world banknotes dan setem, memang nampak ekslusiflah kedai tu, nak masuk pun kena tekan loceng...

biasanya ader awek Melayu kat kaunter tu, nko tanya kat dia nak KAPSUL untuk simpan duit syiling, pastikan nko bawak syiling atau tahu ukuran syiling (diameter)sebelum beli KAPSUL tu, tak silap aku ada 60 saiz kapsul... harga KAPSUL tu pun satu dalam 2-3 ringgit ajer.

cubalah

my-koleksi said...

ok....thanks bro, aku tau kedai tu. kedai tu ala2 galeri a.k.a muzium (eksklusif sgt), kau selalu ker pg sana? kedai tu kan penah masuk majalah 3, bekas tu aku tahu tp tak tahan dgn harganya mahal siot. tak mampu aku beli lagi, nantilah aku beli....kena tgk budget dulu. Buat sementara ni aku letak dulu la dlm bekas tu tp kena jaga betul la....

http://mata2duitan.blogspot.com/ said...

aku pun ada koleksi duit2 lama ni sapa bekenan nk tgk boleh masuk and jgn lupa ksi komen ok...

http://mata2duitan.blogspot.com/

farz zull said...

hehe, nice one for this collection...1979 lagi susah mau cari dari 1988..:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute