Cari Post lain disini

Tuesday, August 19, 2008

Duit Lama Boleh Melengkung

Wang kertas Sukarno atau soekarno yang dikeluarkan pada tahun 1964 amat pelik kerana ianya boleh melengkung dengan sendiri apabila diletakkan pada tapak tangan. hal itu berlaku secara spontan, aku kurang arif berkenaan wang kertas ini dan fenomena yang berlaku. Aku tidak berani untuk mengulas dengan panjang lebar tentang wang kertas tersebut kerana aku tidak mendapat maklumat yang sahih dari sumber yang sahih sebagai contoh buku atau kajian bertulis. Kalau setakat sumber lisan (cerita dari mulut ke mulut), itu tidak boleh dikatakan sumber sahih kerana manipulasi dan tokok tambah berkemungkinan akan berlaku bagi menyedapkan lagi cerita. Saya mohon kepada pembaca dan Bloggers yang mempunyai sumber sahih berkaitan wang kertas Sukarno atau soekarno yang dikeluarkan pada tahun 1964 bolehlah berkongsi dengan saya serta pembaca lain di ruangan ini. Saya sendiri belum mempunyai koleksi wang kertas tersebut tetapi sekarang saya dalam proses untuk memperolehinya dengan bantuan seorang rakan dinegara asal wang tersebut. Dibawah merupakan keratan surat khabar KOSMO ! yang memberikan sedikit gambaran dan "input" berkenaan wang tersebut;



Note: Beruntung en. Rafiuddin Baharuddin


9 comments:

Anonymous said...

pelik tetapi benar, itulah hakikatnya wang kertas soekarno 1964 yang boleh bergulung dengan sendirinya apabila diletakkan di atas tapak tangan. Saya sendiri mempunyai koleksi wang kertas gulung ini dalam simpanan saya iaitu DOMINASI SERIBU RUPIAH, LIMA RIBU RUPIAH & SEPULUH RIBU RUPIAH. Daripada 10 keping duit ini, 5 keping telah pun saya jualkan kepada rakan2 saya yang telah berminat untuk membelinya.

Anonymous said...

derus..kalo ko dpt duit ni aku nk tgk dgn jarak dekat. nk pegang lagi. jgn ko charge rm2 utk pegang dah la ekeke..

Anonymous said...

ok...tak ada hal fitr, tunggu sajalah nanti. takkan aku nak charge RM2, mesti aku charge RM50 la sbb kau yg nak tgk.

:D

Anonymous said...

ada org nak jual duit rupiah nih aku dapat tau kalau kau nak try call dia ismail ishak: 016730121

Anonymous said...

saya mencari duit 10 ribu rupiah tahun 1964, gmbr belakang seorang dewi sedang mengadah tangan a.k.a sedang berdoa.. klu ada, hubungi saya secepat mungkin. no tel:0192523808 (azlan). terima kasih.

Radzami said...

Aku pernah tengok, bukan melengkung mcm tu, bahkan boleh bergulung macam sebatang rokok. Aku difahamkan ade sejenis bahan kimia yang diletakkan pada duit tu, bila kena wap panas tangan manusia jadi melengkung. Aku pernah pegang pun kalau yang melengkung seperti dalam kosmo tu. Kalau tak salah aku, aku pegang yang merah dan yang hijau sekali.

KiD said...

melengkung...
aku letak atas tapak tangan pun melengkung..
katenya sebab duit tu diperbuat dari sejenis kertas atau kulit pokok yang ape namanya ntah..
dan katenya ada duit iraq pun boleh melengkung camtu gak..

so, bagi aku.. ia adalah sebab jenis kertas duit tuh. kertas kan asalnya dari pokok..

p/s: aku rasa macam kenal laa "matzis" kat atas tu.. =)

-pendapat seposen aku je-

duniamistik said...

ia adalah salah satu koleksi mistik yang ada. sila layari: http://duniamistik.blogmas.com/?p=58

Che said...

Salam..

Kalu x silap wang ni ada diniagakan di Amcorp Mall (masa last visit ke sana bulan lalu) rasanya masih ada lagi. blhlah kalu nak cuba nasib. Dia nak RM80



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute