Cari Post lain disini

Tuesday, November 11, 2008

2 versi Syiling 20 sen tahun 1997

Syiling 20 sen tahun 1997 diperbuat daripada Copper-Nickel dan pengeluarannya adalah sebanyak 78 juta lebih. Banyak juga rupanya pengeluaran syiling 20 tahun 1997. Tetapi dalam pengeluran yang sebanyak itu, adakah anda perasan terdapat 2 versi bagi syiling 20 sen....mungkin ada yang perasan dan ada yang tidak, bukan saja tahun 1997 yang mempunyai 2 versi malah ada lagi tahun-tahun lain. Kalau ada masa, nanti aku cari balik dan senaraikan satu persatu berserta gambar (kalau rajin aku snap gambar). Cuba anda perhatikan gambar dan sedikit penerangan dibawah;


Syiling 20 sen yang direka dengan tepi/sisi yang bersegi

Pandangan tepi/sisi




Syiling 20 sen yang direka dengan tepi/sisi yang bulat


Pandangan tepi/sisi

Adakah anda nampak apa-apa perbezaan? kalau nampak, apakah perbezaan yang anda dapat. Perbezaannya hanyalah sedikit iaitu pada tepi/sisi syiling 20 sen, syiling yang pertama direka dengan tepi/sisi yang bersegi, manakala syiling yang satu lagi direka dengan tepi/sisi yang bulat. sekiranya anda mengumpul syiling 20 sen sebagai koleksi, anda perlu mengumpul kedua-dua versi syiling tersebut, barulah anda boleh menganggap koleksi anda lengkap. Syiling seperti ini bagi aku tidak dikategorikan sebagai syiling RARE kerana masih mudah lagi untuk diperolehi. Menarikkan hobi mengumpul duit syiling/wang kertas lama dan baru kerana ianya sangat unik. Bagi mereka yang belum mempunyai hobi, fikir-fikrkanlah untuk mendekati hobi ini.

UPDATES: Syiling 20 sen tahun 1998 pun ada 2 versi

8 comments:

Unknown said...

salam..

ni aku dah prasan lama..tapi aku ingat yg bulat tu sebab dia mint press kuat sgt.. :P

kalu camtu kena carik balik la duit sisi bulat ngan segi tu..ehehe

Anonymous said...

Vonn: cari jgn tak cari, aku rasa senang dapat lagi syiling 20 sen tu....aku ni kalau nampak pelik, biasanya aku simpan....hehehehe

Anonymous said...

Aku perasan syiling 10 sen 1998 pun ada jenis tepi bersegi dan bulat.

Nazri Mokri said...

Perasan tak yang syiling 20sen tahun 2001, bunga rayanya lebih besar daripada 20sen tahun2 lain? Kena masukkan lain-lain kategori tu...

shamlan said...

betul tu naz..20 sen 2001 boleh di katakan lain dari yang lain dlm kelas 20 sen bunga raya..bukat setakat bunga sahaja yang agak besar tetapi perkataan bank negara malaysia, angkanya dan sen juga lebih besar. Pernah aku bandingkan dengan syiling 50 sen dan didapati ia adalah 99% menyerupai saiz syiling 50 sen....

shamlan said...

satu lagi fakta menarik 20 sen 1998 versi tepi/sisi yang bersegi,nombor 8 nye lebih besar jika dibandingkan dengan nombor 199....

Anonymous said...

Assalamualaikum...Nk tny pasal duit syiling 1sen,5sen,10sen dan RM 1.Mna sya bleh dpt information cthnya tahun keluaran dan jumlah keluaran....

Muhammad Zulhilmi said...

shamlan, bukan itu shj. Duit syiling 50 sen tahun 1998 juga mempunyai nombor '8' yang lebih besar jika dibandingkan dengan nombor 199... disebelahnya

salam,
zul5799@yahoo.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute