Cari Post lain disini

Saturday, November 22, 2008

20 sen Tahun 1994

Beberapa minggu lepas aku mengadakan misi mencari syiling, untuk menengkapkan koleksi duit syiling aku yang masih berlubang. Misi aku kali bertempat di rumah sewa member kerja aku, namanya Mr. Ar (bukan nama sebenar). Kenapa Mr. Ar dan rumahnya terpilih? Sebab utama adalah kerana aku berjaya mengesan yang Mr. Ar mempunyai tabung syiling yang sudah lama disimpan dan belum diusik (masih dara lagi), apa lagi....setelah hari operasi mencari seperti yang telah ditetapkan tiba, aku dan Mr. Ar memulakan operasi tersebut dimana ianya memakan masa selama lebih kurang 3 jam. Pencarian secara endurance tersebut membuatkan aku dan Mr. Ar hampir muntah hijau dan juga mengalami gejala pening lalat yang amat extreme tetapi berkat kesabaran, borak kosong dan ketawa terbahak-bahak sambil kami melayan cerita Bawang putih, Bawang merah. Kami berdua dapat mengesan banyak duit syiling yang hangat dipasaran dan salah satunya adalah duit syiling 20 sen tahun 1994.



Begitulah rupanya duit syiling yang baru dikeluarkan dari tabung Mr. Ar sebelum proses pengasingan dijalankan mengikut nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Banyak betul duit syiling yang disimpan oleh Mr. Ar selama ini, sungguh aku tak sangka Mr. Ar seorang yang suka menabung. "Aku simpan duit syiling ini dah lama, lebih kurang 5 tahun yang lepas dan tidak pernah digunakan langsung" kata Mr. Ar. hehehe......



Inilah hasil yang aku dan Mr. Ar perolehi setelah 3 jam menjalankan proses mengasingkan duit syiling mengikut nilai, anda boleh lihat hasil kejayaan kami yang aku rasa patut dirai dan dibanggakan. Walaupun terasa penat, letih dan sakit pinggang (maklumlah buat kerja atas lantai) tetapi kami rasa berbaloi kerana ada juga hasilnya. Ingatkan boleh dapat sekali duit syiling 10 sen tahun 1971....hmmmmm, nampaknya masih belum ada rezeki kami untuk memiliki duit syiling 10 tahun 1971 dengan cara ini. Rasanya seperti mencari jarum dipadang rumput yang luas, duit syiling 10 sen tahun 1971 tak dapat......tetapi pengubat luka masih ada iaitu duit syiling 20 sen tahun 1994 yang dicari selama ini berjaya aku miliki bersama-sama syiling lain (limited/susah diperolehi) yang menjadi buruan oleh pengumpul duit syiling/wang kertas lama dan baru.




Walaupun duit syiling 20 sen tahun 1994 ini grednya hanya VF, aku tetap gembira dan bersyukur. kerana aku berjaya memilikinya. Oklah, aku beri sedikit info berkenaan duit syiling 20 sen tahun 1994 seperti dibawah;

Pengeluaran: 2,680,339
Berat: 5.66g
Diameter: 23.59mm
Ketebalan: 1.75mm

Tuesday, November 18, 2008

Respek @ Hormat

Malas aku nak ber"intro" panjang-panjang sebab aku tengah bengang sekarang kerana gambar Syiling 50 sen 1988 "Extra DOT" aku telah diciplak dan digunakan oleh seorang forumer bernama/nickname Rizz one bagi topiknya mencari duit syiling 50 sen tahun 1975 (mana ada syiling 50 sen tahun 1975, sampai kucing bertanduk pun kau cari tak jumpa) dalam forum http://www.carigold.com/ . Dah letak watermark my-koleksi pun masih kena ciplak juga, kalau korang tidak percaya boleh lihat screenshot di bawah;


Sila klik untuk besarkan gambar

Aku terjumpa gambar dalam forum tersebut pun secara kebetulan kerana aku join forum tersebut tetapi tidak aktif (sekadar pembaca setia sahaja), nak dijadikan cerita aku ternampak topik pasal syiling 50 sen. Apa lagi, kalau topik forum berkaitan duit syiling/wang kertas lama dan baru aku joinlah. Boleh aku dapat info baru, aku terperasan yang en. Rizz one guna gambar salah satu koleksi aku. Guna gambar satu hal, tidak beri penghargaan/kredit pula pada owner asal (senang cakap, tidak memberi tahu sumber asal gambar tersebut). Main slumber badak saja guna, en Rizz one.....ada kau baca "Copyright" yang aku letak dalam blog my-koleksi dibahagian bawah sekali. Nak tahu apa "Copyright" tu?? aku letak "Copyright" itu disini khas buat kau dan aku siap Bold dan guna warna merah supaya en Rizz one boleh perasan;

Copyright ©2008 http://my-koleksi.blogspot.com. Semua gambar dan kandungan dalam Blog ini adalah hak milik sepenuhnya http://my-koleksi.blogspot.com kecuali yang dinyatakan sumber salinannya, sebarang bentuk penyalinan atau pameran gambar dan kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Jika anda mempunyai masalah sila tinggalkan pesanan diruang komen atau ALOOO!!! atau email ke mykoleksi@yahoo.com untuk tindakan selanjutnya.

Dibawah adalah gambar asal dari blog aku, cuba klik Syiling 50 sen 1988 "Extra DOT"

Klik untuk besarkan gambar

Ini pula gambar yang telah dikecilkan dan digunakan oleh en Rizz one dalam forum tersebut ;

Klik untuk besarkan gambar
(kalau boleh besar lagi lah)

Untuk pengetahuan korang semua, aku dah tulis "visitor messages" kepada en Rizz one tetapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa tindakan diambil oleh en Rizz one. Sila lihat screenshot dibawah;

Sila klik untuk besarkan gambar

Aku sebenarnya malas nak "sound-sound" orang tetapi aku terpaksa berbuat demikian kerana aku ada hak untuk berbuat demikian, en Rizz one mesti belajar memahami hak orang lain dan respek/hormat. Aku berharap en Rizz one dapat terima teguran aku dengan hati yang terbuka dan belajar memberi penghargaan/kredit diatas apa saja yang diambil dari orang lain. Rasanya tidak susah sangatkan nak beri penghargaan/kredit kepada orang lain, dengan meletak link url, sumber bahan atau nama website pun aku rasa sudah memadai. Aku bukan ingin mencari populariti dengan menulis berkenaan hal ini, makluman kepada en Rizz one...blog my-koleksi diwujudkan adalah bertujuan untuk "share" maklumat berkenaan hobi mengumpul duit syiling/wang kertas lama dan baru dengan orang ramai disamping untuk menarik minat mereka mendekati hobi ini. "Share" bukan bermakna en. Rizz one/orang lain bebas untuk menyalin kandungan blog aku sewenang-wenangnya tanpa izin, ada diantara kandungan blog my-koleksi adalah hak milik persendirian dan peribadi. Aku tidak dibayar untuk wujudkan blog my-koleksi tetapi aku rasa perkataan RESPEK/HORMAT sudah cukup untuk menerangkan maksud yang cuba aku sampaikan disini.

Aku RESPEK forum carigold tetapi aku tidak RESPEK dengan en Rizz one, Aku berharap perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

Sunday, November 16, 2008

Apa itu "Replacement Notes"

Apa itu “Replacement Notes” atau “Wang Kertas Gantian”, Jawapannya adalah Wang kertas yang dkeluarkan untuk menggantikan wang kertas yang rosak atau tersalah cetak. Contoh kerosakan yang biasa berlaku diantaranya lebihan warna, kesilapan semasa memotong (potong senget atau terlebih potong), tiada siri nombor dan cetakan pada sebelah bahagian sahaja (contoh berdasarkan yang pernah aku lihat). Wang kertas yang rosak dan salah cetak tersebut akan dimusnahkan oleh bank pusat (Bank Negara Malaysia) dan akan digantikan dengan note/wang kertas baru yang diwakili oleh prefix atau siri nombor khas untuk menandakan ianya Wang Kertas Gantian. Bagi mereka yang bukan pengumpul wang kertas lama/baru, Wang Kertas Gantian dianggap sama dengan wang kertas biasa dan tiada apa-apa yang boleh dianggap istimewa, Sebenarnya nilai Wang Kertas Gantian adalah tinggi bergantung kepada jumlah pengeluarannya. Seandainya semua Wang Kertas Gantian dapat dikumpul dengan lengkap bersama-sama dengan siri wang kertas biasa, ianya boleh dijual dengan harga yang begitu tinggi (sekiranya anda ingin berbuat demikian). Sesetengah Wang Kertas Gantian boleh dikategorikan sebagai RARE dan menjadi buruan oleh para pengumpul termasuklah aku sendiri. Disini aku beri sebahagian contoh Wang Kertas Gantian yang dianggap RARE berdasarkan pemerhatian dan pembacaan aku;
  1. RM10 siri ke-1, Prefix Z/1 xxxxxxxx
  2. RM5 siri ke-2, Prefix Z/1 xxxxxxxx
  3. RM10 siri ke-2, Prefix Z/4 xxxxxxxx
  4. RM5 siri ke-5, Prefix NZ xxxxxxxx
  5. RM10 siri ke-5, Prefix QA xxxxxxxx
  6. RM50 siri ke-5, Prefix WA xxxxxxxx
  7. RM100 siri ke-5, Prefix ZZ xxxxxxxx
  8. RM1000 siri ke-5, Prefix ZZ xxxxxxxx
  9. RM20 siri ke-6, Prefix UZ xxxxxxxx
  10. RM2 siri ke-8, Prefix ZB xxxxxxxx
  11. RM50 siri ke-9, Prefix ZA xxxxxxxx
  12. RM1 siri ke-11, Prefix ZD xxxxxxxx
Rupa-rupanya banyak juga Wang Kertas Gantian yang RARE, masih banyak lagi yang aku belum miliki. Banyak juga modal yang aku perlu keluarkan untuk memiliki semua Wang Kertas Gantian diatas. Oklah, sekarang aku senarai pula semua Wang Kertas Gantian mengikut siri dan Gabenur/Gabenor, Sila lihat carta dibawah;

Carta ringkas Wang Kertas Gantian mengikut siri keluaran
dan Gabenur/Gabenor

Note: Maklumat yang aku perolehi adalah berdasarkan pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku diantaranya A Complete Education Refrence Malaysia Banknotes & Coins dan History of Malaysian Banknotes & Coins. Ada juga maklumat yang aku tambah sendiri kerana ianya masih belum dibukukan sebagai contoh Wang Kertas Gantian siri ke-11 RM1 ZE xxxxxxx, RM10 ZC xxxxxxx dan RM50 ZE xxxxxxx.

Tuesday, November 11, 2008

2 versi Syiling 20 sen tahun 1997

Syiling 20 sen tahun 1997 diperbuat daripada Copper-Nickel dan pengeluarannya adalah sebanyak 78 juta lebih. Banyak juga rupanya pengeluaran syiling 20 tahun 1997. Tetapi dalam pengeluran yang sebanyak itu, adakah anda perasan terdapat 2 versi bagi syiling 20 sen....mungkin ada yang perasan dan ada yang tidak, bukan saja tahun 1997 yang mempunyai 2 versi malah ada lagi tahun-tahun lain. Kalau ada masa, nanti aku cari balik dan senaraikan satu persatu berserta gambar (kalau rajin aku snap gambar). Cuba anda perhatikan gambar dan sedikit penerangan dibawah;


Syiling 20 sen yang direka dengan tepi/sisi yang bersegi

Pandangan tepi/sisi




Syiling 20 sen yang direka dengan tepi/sisi yang bulat


Pandangan tepi/sisi

Adakah anda nampak apa-apa perbezaan? kalau nampak, apakah perbezaan yang anda dapat. Perbezaannya hanyalah sedikit iaitu pada tepi/sisi syiling 20 sen, syiling yang pertama direka dengan tepi/sisi yang bersegi, manakala syiling yang satu lagi direka dengan tepi/sisi yang bulat. sekiranya anda mengumpul syiling 20 sen sebagai koleksi, anda perlu mengumpul kedua-dua versi syiling tersebut, barulah anda boleh menganggap koleksi anda lengkap. Syiling seperti ini bagi aku tidak dikategorikan sebagai syiling RARE kerana masih mudah lagi untuk diperolehi. Menarikkan hobi mengumpul duit syiling/wang kertas lama dan baru kerana ianya sangat unik. Bagi mereka yang belum mempunyai hobi, fikir-fikrkanlah untuk mendekati hobi ini.

UPDATES: Syiling 20 sen tahun 1998 pun ada 2 versi

Monday, November 3, 2008

10 sen Tahun 2003






Mesti korang tertanya-tanya....... apa yang menarik tentang syiling 10 sen tahun 2003, aku saja buat korang semua tertunggu-tunggu lama tetapi sebenarnya aku sibuk dengan kerja lain, sorrylah semua. Aku cuma ingin share disini yang syiling 10 sen tahun 2003 juga susah untuk diperolehi sekarang sama seperti syiling 10 sen tahun 1994. Berapa jumlah keluarannya aku tidak pasti, percaya atau tidak....cuba korang semua cari. Banyak lagi cerita pasal syiling aku belum bongkar, aku rasa lepas ini aku plan buka cerita pasal syiling-syiling lain.

Saturday, November 1, 2008

WANG KERTAS & DUIT SYILING DI EDARAN

Tahukah anda, semenjak tahun 1967, BNM telah mengeluarkan tiga siri wang kertas dan dua siri duit syiling untuk edaran. Dibawah merupakan maklumat ringkas yang aku perolehi dari info perbankan yang dikeluarkan BNM pada 21 januari 2003 kalau tak salah aku, tetapi kalau salah tolonglah betulkan.




Bagi aku, bagus jugalah BNM keluarkan maklumat berkenaan ini kerana mudah difahami, ringkas dan padat. Sebenarnya dari maklumat-maklumat tersebut ada lagi yang perlu dihuraikan.dan perlu diketahui. Aku ambil sebagai contoh adalah duit syiling siri kedua, kalau diterangkan Tradisi dan Perwatakan Malaysia, susah juga nak fahamkan. Cuba korang ingat-ingat kembali, apakah Tradisi dan Perwatakan Malaysia yang ditempa/diukir pada duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1. Ini kira macam aku buat satu ujian, aku rasa ada yang ingat-ingat lupa. selamat mencuba :D
  1. 1 sen = ?
  2. 5 sen = ?
  3. 10 sen = ?
  4. 20 sen = ?
  5. 50 sen = ?
  6. RM1 = ?

Sumber: Maklumat Am Matawang, Bank Negara Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute