Cari Post lain disini

Loading...

Sunday, January 11, 2009

Wang kertas RM10 - Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan

Aku rasa dah lama tak menulis topik berkaitan wang kertas, bosan juga bila asyik tulis pasal duit syiling sahaja kan??. Oklah, kali ini aku ingin menulis berkenaan wang kertas RM10 ditandatangani oleh gabenor BNM ke-6 iaitu Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000). Wang kertas tersebut dikeluarkan dalam 2 siri iaitu siri ke-9 dan ke-10, kedua-dua siri wang kertas ini dikeluarkan pada tahun 1999. Ada sedikit perbezaan yang dapat dilihat pada wang kertas tersebut iaitu pada kedudukan tandatangan.

Cuba anda perhatikan wang kertas siri ke-9, kedudukan tandatangan Gabenor BNM terletak pada penjuru kiri bahagian sebelah bawah wang kertas secara melintang. Manakala wang kertas siri ke-10 pula tandatangan gabenor terletak pada sebelah bawah pada tengah wang kertas.


Wang kertas RM10, siri ke-9



Wang kertas RM10, siri ke-10

Wang kertas semestinya dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang bertujuan menghalang pemalsuan, salah satu ciri-ciri keselamatan yang dapat dilihat pada wang kertas tersebut adalah ianya direka dengan Benang Sekuriti. Kalau nak tahu yang mana satu Benang Sekuriti, anda boleh lihat anak panah merah pada gambar bahagian belakang wang kertas diatas. Pada pendapat aku, rekabentuk wang kertas RM10 siri ke-9 dan ke-10 nampak simple dan "kurang selamat" disebabkan rekaan dengan Benang Sekuriti yang kurang menonjol. Aku rasa disebabkan faktor itulah, pada tahun 2004 BNM telah mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan wang kertas RM10 dengan menggabungkan rekaan Benang Sekuriti bersama-sama rekaan keselamatan terbaru iaitu Belang Sekuriti/Keselamatan dan rekaan tersebut telah diguna pakai hingga sekarang oleh BNM. Lepas ini, apa pula ciri-ciri keselamatan terbaru yang akan dikeluarkan oleh BNM?? sama-samalah kita tunggu......


Wang kertas RM10 keluaran tanpa Belang Sekuriti/ Keselamatan di bahagian hadapan sebelah kanan seperti yang kita gunakan dahulu.







Ini pula contoh Belang Sekuriti/ Keselamatan yang digunakan pada setiap keluaran wang kertas bermula pada tahun 2004 hinggalah sekarang.





Gred untuk kedua-dua wang kertas tersebut adalah
Very Fine (VF), Sekarang aku tengah lancarkan misi mencari Wang Kertas Gantian RM10 siri ke-9 dan ke-10, kalau nak ikutkan memang dah jumpa tapi harganya mahal sangat. Aku nak cari yang murah-murah saja...hehehe. Kalau dapat nanti aku update dalam blog untuk dikongsi bersama.

Fakta berkaitan RM10 siri ke-9;
  1. Dikeluarkan pada tahun 1999
  2. Replacement note/ Wang kertas gantian, sirinya bermula dengan ZA xxxxxxx
  3. First Prefix AWxxxxxxx - Prefix AZxxxxxxx
  4. Prefix BAxxxxxxx - Last Prefix BFxxxxxxx

Fakta berkaitan RM10 siri ke-10;
  1. Dikeluarkan pada tahun 1999
  2. Replacement note/ Wang kertas gantian, sirinya bermula dengan ZA xxxxxxx
  3. First Prefix BGxxxxxxx - Prefix BJxxxxxxx
  4. Prefix CAxxxxxxx - Last Prefix CXxxxxxxx

8 comments:

layli said...

May I ask RM10 siri ke-10 Prefix CExxxxxxx how much the value now ?

shahrizansani said...

hang na kcari duit yer apa kat hang cari kat mudah.com.my kat san aku tgk byk gak org nak jual duit nie. select cetogeries hobbies. satu lg mcm mana aku nak add kalau sbg follower hang ..

shahrizansani said...

kau nak cari duit apa kata try tengok kat mudah.com.my bawah cetogeries hobbies, sana byk org jual duit .satu lg mcm mana nak jadi kau nyer follower yer

my-koleksi said...

Salam Ijan...

Aku selalu jg tgk duit/wang kertas lama dan baru dlm mudah.com.my tp harga yg diorg letak kdg2 tak munasabah/tak masuk akal.

vonn said...

salam..

aku ada selai je..prefix CB..hehe

Anonymous said...

salam...aqu ade duit sign Ali a hasan sign tu..rm10,rm2 n rm1//harga bleh d runding..kalo kawan berminat nk beli leh contack aqu d talian//=0102254236 or 0361858861..(ranggi)

Anonymous said...

saya ade duit rm10 siri ke 9 and 10
sye nak jual
plzzz pm me
krult_jr@yahoo.com.my

Mark drag said...

ADE PREFIC CB RM5...LAKU KEW??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute