Cari Post lain disini

Loading...

Wednesday, February 11, 2009

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 BNM

Sudahkah anda memiliki Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 BNM, Buat masa ni aku dah pun memiliki syiling tersebut yang emas nordic, tu pun aku minta tolong member belikan semalam di BNM sebab aku ada hal lain yang perlu diselesaikan. Member aku bagi tahu, dalam pukul 10 lebih....semua Syiling Peringatan (emas-pruf, silver-pruf dan emas nordic) sudah pun habis dijual di BNM (Ibu Pejabat). Aku sendiri tak pasti sama ada Betul atau tidak apa yang aku dengar dari member aku.....aku tak ada disana masa tu..... kalau Betul, nampak gayanya sambutan terhadap Syiling Ulang Tahun Ke-50 BNM tersebut sangat menggalakkan. Bagi yang tak dapat beli pada sesi pertama-pagi, mereka perlu tunggu sesi ke-2 pada sebelah petang yang bermula pada pukul 2.00pm. Nasib baik aku tak pergi beli sendiri, kalau tak.... gerenti aku masuk opis lambat, dah tentu aku kena beratur panjang untuk beli Syiling Peringatan tersebut. Oklah, korang layan dulu syiling Ulang Tahun Ke-50 BNM emas Nordic dibawah....masih dalam planning untuk aku memiliki yang silver (pruf) pula.....


Rupa bentuk Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 BNM yang sebenar.




7 comments:

Simistri said...

Kalau niat nko nak dapatkan syiling perak peruf, maka aku rasa kena beli dgn dealer atau carik kat ebay, lepastu harganya plak mesti meningkat.....

Semalam, aku sampai BNM kira-kira kul 11 pagi, Jumpa Raymond (peniaga kat Maju Junction) tengah frust giler sebab 3-1 dah sold out. Macam tak percaya ajer yang 3-1 boleh sold out.

Aku plak lekas-lekas beratur, nasib baiklah akhirnya dapat gak syiling peruf perak, tu pun no siri 396.Tapi memang betullah, orang yang beratur kat depan aku semua dok carik 3-1, tak dapat yang tu mrk beli yang duit syiling emas yang harga seribu lebih tu... AKu rasa semalam mungkin syiling peruf dah habis jika melihatkan suasana orang yang datang membelinya.

Aku pun heran gak, sambutan sungguh hangat, mungkin selepas nie BNM perlu memikirkan untuk meningkatkan lagi jumlah penempaan.

my-koleksi said...

Member aku pun bg tau mcm tu jg, yang 3-1 tu cepat betul habis... aku smlm ada hal, tak boleh la nak pergi beli sendiri. Rasa kecewa pun ada, aku memang plan nak beli syiling silver pruf tu sekali semlm. Tgklah nanti mcm mana...aku survey dulu harga dipasaran nanti,ada lagi sorg member aku pergi semlm....aku harap dia beli lebih yg syiling silver pruf tu sbb dia selalu buat mcm tu...hehehe. Kalau ada rezeki aku nanti, dapatlah jg aku memiliki syiling silver pruf tu jg...Insyaallah.

Kalau aku tahu kau pergi smlm...boleh aku kirimkan duit suruh kau tolong belikan untuk aku. :D

Simistri said...

Aku rasa kalau nak beli yang peruf, mungkin nko masih boleh beli yang set 2-1 sebab tempaannya sebanyak 3500 ikut tulisan dalam BNM. Tapi macam tak logik la pulak, tak kan sampai 3500 sedangkan yg singgel silver proof cuma 400 ajer, kalau 350 tu mungkin lah betul, atau BNM salah taip sampai tertaip 3500 atau memang betul tempaannya cecah 3500 .... ntahlah....


Nie andaian dan teori aku ajerlah kenapa syiling nie HOT:-

1) Sebab dah diwar-warkan kat media massa sejak hari ahad dalam tv dan hari Isnin kat dalam surat khabar, jadi banyak orang menyedari kewujudannya, Nie berlawan sungguh dengan keluaran terdahulu iaitu 100 thn st john ambulans bila tak der angin tak der ribut, tiba-tiba dalam kul 11 pagi, mereka war-warkan dalam laman web BNM.

2) sebab sebelum nie wujud pertandingan reka cipta duit syiling nie, jadi sejak pertengahan Januari lagi, para pengumpul sentiasa alert dgn pengeluaran syiling nie...

3) Mungkin, ramai yang dah mula berjinak-jinak dengan hobi nie setelah mendapatkan pelbagai maklumat dalam Internet. Berdasarkan pengalaman aku, sejak aku buat flickr nie, selalu gak aku ditelepon oleh ntah siapa yang dok tanya "berapa mahu jual?" dan "kat mana nak carik?". Jadi aku andaikan bilangan peminat numismatik di Malaysia semakin bertambah.


Cemanapun tu cuma andaian aku ajer yang ntah betul ntah tidak.

Reds said...

Salam perkenalan...saya pun pengumpul syiling & wang kertas tetapi tidaklah terlalu 'serius' seperti tuan. Saya suka tgk koleksi tuan. Sy pun ada berkongsi serba sedikit koleksi sy di blog http://harrisfadzilah.blogspot.com

my-koleksi said...

Salam...

Simistri;
Nanti aku akan usahakan jg untuk memiliki salah satu set pruf Ulang Thun ke-50 BNM.

Reds;
Salam perkenalan diucapkan dan terima kasih kern sudi bkunjung ke blog aku, aku pun kumpul setakat yg termampu saja...kalau nak kumpul semua, modal kena tinggi. Jangan la panggil TUAN, segan pula rasanya...kau...aku pun ok, tak ada hal.

syah said...

Aku Teringin Nak Dapatkan Satu Yang Paling murah.. Budak Baru Belajarlah Katakan. Tuan My-Koleksi, Adakah Stok Yang Emas Nordic Rm10 Tu Lagi..? Emm Siapa Boleh Tolong Yeak..

jantzen_625 said...

simistri
harga duit syiling perak pruf rm138 sebanyak 350keping sahaja..terima kasih



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute