Banyak juga "respond" yang aku dapat berkenaan tajuk Syiling 50 sen Tahun 1976 – Realiti atau Mistik dan aku terima pula satu komen yang suruh aku huraikan berkenaan syiling 50 sen tahun 1975, mudah saja aku nak jawab….sekiranya tiada bukti sahih dari buku dan BNM yang menyatakan syiling tersebut dikeluarkan, tolonglah abaikan walaupun ada gambar yang disertakan kerana seperti yang telah aku tulis dahulu, berkemungkinan “syiling – syiling” yang dicari atau ditanyakan itu tidak pernah dikeluarkan dan kalau ada pun berkemungkinan PALSU.
Sekarang anda boleh uji sendiri syiling yang ada dalam koleksi untuk mengetahui samaada PALSU atau tidak, caranya mudah dengan menggunakan MAGNET, rasanya itulah cara paling mudah untuk menguji syiling palsu yang aku jumpa setakat ini. Lepas ni bolehlah uji pada syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen sekali. Aku mengetahui cara ”simple” ini adalah melalui artikal dalam mStar online bertarikh 22 Jun 2006, dalam artikal tersebut ada ditulis ”Syiling yang tulen tidak akan bertindak terhadap magnet, manakala yang palsu adalah sebaliknya kerana duit syiling tiruan diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang lebih murah, seperti besi”
Aku harap tak ada lagi yang suruh aku terangkan atau huraikan lagi pasal syiling-syiling lain yang tak pasti sahih kewujudannya. Kalau ada orang cakap dapat dari alam ghaib tu... aku tak mahu komen apa-apalah sebab bagi aku jawapan ”alam ghaib” terlalu subjektif dan umum.
Sama juga jawapan yang aku boleh berikan untuk “mereka” yang mencari syiling-syiling lain seperti 10 sen tahun 1972 (syiling berdarah??), harap anda semua faham. Bukan tak nak jawap tapi jawapanya sudah ada dan sama macam yang aku huraikan untuk Syiling 50 sen Tahun 1976 – Realiti atau Mistik dan Magnet Cara Mudah Untuk Uji Syiling Palsu.
7 comments:
my koleksi,info menarik.
Salam bro, setahu aku, sama la mcm nko bro, tak ujud duit 50sen 1976. Sebenarnya perkara ini ditimbulkan oleh tukang-tukang tarik duit. nak mengaku tak tau buat, malu. so suruh cari benda yang tak ujud.
lagi satu hal, mereka semua ni percaya memang 50sen tahun 1976 tak dikeluarkan oleh BNM, tapi mereka dakwa duit ini datang dari bank "orang ghaib". Sebab tu mereka cari . kononya orang dalam ingin kan duit itu kembali dan sebagai pertukaran akan mendapat ganjaran berjuta-juta.
Kononya kita akan memasuki dunia mereka dengan memakai minyak dan jampi tertentu untuk berjumpa raja "mereka". bila sampai di alam sana, pertukaran akan dibuat.
Salam buat my koleksi dari saya duacongkak. Semoga my koleksi teruskan beri informasi berguna buat semua pengunjung
Kalau sudi kunjungilah koleksi saya dalam:-
http://www.duacongkak.wordpress.com
radzami,menarik juga cerita cara tarik duit ni.baru lah aku faham.
Salam buat pngasas blog serta para pembaca.. Memang amat menarik perhatian tntg artikel syiling2 ni kerna perkra dah heboh.. Oleh itu sya sndri selaku kolektor bnda pelik juga mahu brkongsi pndapat.. Bagi sya syiling 50sen 75,76, 10sen 72 brdarah tu mmg wujud.. Dan ianya asli.. Knpa sya cakap mcm tu ? Dgr org ckap ke atau tukang tarik duit ? Jwpan nya adalah TIDAK!!! Krna bnda2 ini semuanya ada pda sya dan telah di uji keaslian.. Pda magnet memang xmelekat.. Tnpa tukul sana sini.. Ianya asli dan alami.. Tetapi bukan berasal drpd alam nyata..tetapi drpd alam jiran kita yakni ALAM GHOIB .. Percaya atau Tidak... Terpulang, namun ianya kenyataan nyata dan boleh di saksikan sendiri jika benar2 berhajat. Hub aja saya kat number 0128387280.. Skian trma ksh
cuma nak bagi peringatan jer...berhati hati dengan mereka yg mengaku ada duit syiling yg pelik2 seperti 50 sen 1976...10 sen 1975, 50 sen 1975 dan mcm mcm lagi..especially yg dari sabah dan sarawak...dia orng selalu claim ada duti tu siap ngan gambar..ramai yg dah kene tipu especially mudah.my dan lelong...
Salam
Terima kasih en Anony diatas komen anda, kebanyakkan yg mengaku ada syiling pelik2 adalah dr Sabah n Sarawak. mcm2 lagi yg diorg claim....ada yg cakap syiling ni dr alam ghaib la dan semua mengaku yg syiling tersebut tulin, bila email atau bg komen suruh hntr gmbr dan nk jmp...x ada pula yg nak membalasnya. Kalau boleh jmp dgn pemilik syiling pelik2 ni, boleh aku ajak pg BNM utk pengujian ketulinan syiling tersebut..biar semua puas hati....malas aku nak layan, aku anggap seperti cakap kosong.
TQ
Post a Comment