Cari Post lain disini

Saturday, January 31, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia




**********

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Malaysia . Pengeluaran duit syiling ini adalah untuk memperingati sumbangan Polis Diraja Malaysia kepada negara. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini, 26 Mac 2007. Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya ialah RM1,028 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa. .
  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya ialah RM138 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.
  • Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 20,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf, manakala set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Kedua-dua set tersebut akan dijual masing-masing pada harga RM1,268 dan RM188. Butir-butir terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti dalam Lampiran I .
Reka bentuk Duit Syiling
Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan:
  • Sebelah Hadapan Duit Syiling
    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan simbol jabat tangan untuk menggambarkan hubungan kerjasama yang erat antara pasukan polis dengan orang ramai. Logo rasmi sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia tertera pada bahagian atas simbol jabat tangan tersebut.
  • Sebelah Belakang Duit Syiling
    Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi Polis Diraja Malaysia . Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Gambar sebutir bintang terdapat pada sebelah kiri dan kanan nilai muka duit syiling berkenaan.
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan akan mula dijual pada 26 Mac 2007 di lokasi berikut:
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)
Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Tel. No: 03 - 26988044)
Bank Negara Malaysia
26 Mac 2007

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

antara koleksi yang bernilai, sekarang nie memang tak "terasa" lagi valuenya, tunggulah 10 tahun lagi bila generasi baru dok cari-cari, masa tu mungkin syiling nie sungguh bernilai....

antara koleksi lain seangkatan dengan terbitan nie yang aku ada
ialah

- duit syiling perak peruf
- medallion (lambang 14 lencana polis sejak 200 thn dulu, tapi aku ada satu ajer iaitu zaman Malayan Union,)

boleh lihat kat flickr aku...

setem dan sampul surat hari pertama pun ada dikeluarkan sempeba 200 thn polis

Anonymous said...

Salam Simistri..

Betul apa kau tulis tu, aku sokong sgt. Aku memang ada buat koleksi syiling2 peringatan mcm kau tu tp yg emas nordic saya.....kalau yg peruf tu tak ada langsung. Tp tgklah nanti, aku rasa nak cari juga yg peruf sekali. buat masa sekarang ni aku tengah lengkapkan koleksi wang kertas/duit syiling malaya dan lain2 yg masih blm lengkap.

Alang2 kau dah kumpul.....baik kau teruskan hingga lengkap, aku saja la upkan sekali koleksi syiling peringatan yg aku ada buat tatapan bersama dgn penerangan lengkap. Boleh juga org lain jadikan rujukan, bila aku letakkan dlm satu blog

Simistri....kau memang otai syiling peringatan. Flickr kau tu memang aku selalu masuk....tp lama jg kau tak update kan??

Anonymous said...

hehehehe ...lama tak upload sebab tak der benda nak diuploadkan ....

lainlah kalau ada keluaran baru, adalah jugak bahan baru nak diupload...

sekrang nie tengah cari koleksi yang belum lengkap lagi, kena sabar sampai ada yang sudi jual, kat ebay pun, peniaga disitu jual koleksi yang aku dah ada ajerrrr. Kalau yang aku tak der plak, mereka bubuh harga melampuai bats, tak berbaloi langsung nak beli hehehehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute