Cari Post lain disini

Friday, June 26, 2009

Cetak Wang Palsu Dalam Kondo

Berita yang dipetik dari Akhbar Berita harian, 20 Jun 2009

Berita yang dipetik dari Akhbar Kosmo, 20 Jun 2009


Berita yang dipetik dari Akhbar Harian Metro, 20 Jun 2009

Thanks KiD sebab bagi tau aku berkenaan cerita wang palsu keluar paper dan macam biasalah aku terus cari guna e-paper :D

Tuesday, June 16, 2009

Khadam Jaga Duit Syiling

Posting kali ni bertajuk Khadam Jaga duit syiling, aku tak berani nak komen lebih-lebih sebab aku sendiri tak ada pengalaman/pengetahuan pasal benda mistik. Aku hanya seorang pengumpul duit syiling/wang kertas lama dan baru...aku bukan pengumpul barangan atau syiling mistik (tak sama langsung). Terima kasih kepada kawan "collector" kita bro Simistri yang SMS bagi tau ada cerita pasal syiling lama keluar dalam Akhbar Mingguan Warta perdana, muka surat 31. Apa lagi...bila dapat tahu terus aku cergas pergi cari dan aku snap gambar (aku buat dekat rumah)untuk berkongsi dengan anda semua. Ada tak pembaca blog aku yang berpengalaman tentang syiling-syiling tembaga dan perak lama yang dikatakan mempunyai Khadam dan ada juga yang boleh dimaharkan sekiranya ada yang berminat. Aku pun kadang-kadang terfikir dan timbul juga pelbagai persoalan berkenaan perkara tersebut, bagaimana pula dengan anda semua?JANGAN BIARKAN HIDUP KITA TERUS DISELUBUNGI MISTERI, ada jawapan untuk persoalan aku?? Anda boleh baca keratan Akhbar dibawah, aku cuma ingin berkongsi saja. Kalau ada persoalan pasal syiling-syiling mistik, jangan tanya aku....nanti aku bagi jawapan TAK TAHU. Aku kalau korang tanya pasal duit syiling/wang kertas lama dan baru.... duit syiling RARE..... wang kertas RARE, insyaallah aku tahu dan dapat membantu.


TAPI....... aku ada juga koleksi duit syiling tembaga lama dan ada diantaranya dikenali sebagai syiling Yasin 7 (tu saja yang aku tahu), aku kumpul pun untuk suka-suka....dah orang bagi dekat aku suruh simpan sebagai koleksi, aku ambil sajalah (rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari). Layan pula koleksi syiling tembaga aku di bawah;


NOTE: Kalau ada pembaca blog my-koleksi yang sudi berkongsi maklumat dan "nama" syiling tembaga yang aku ada bolehlah email mykoleksi@yahoo.com . Aku just nak tahu dan menambah pengetahuan saja (aku bukan peminat syiling tembaga/ syiling mistik) sebab dari pada apa yang aku baca, macam-macam cerita dan nama yang aku dapat... "SHARING IS CARING"

Friday, June 12, 2009

Koleksi lengkap $1 dan 1 RINGGIT dari tahun 1989 - 1996

Duit syiling $1 dan 1 RINGGIT di bawah telah dimansuhkan/tidak diperlakukan sah mulai 7 Disember 2005 oleh BNM kerana duit syiling tersebut banyak dipalsukan. Duit syiling ini direka bertemakan KERIS yang merupakan sejenis senjata tradisi melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan, KERIS juga melambangkan pentadbiran beraja di Malaysia. KERIS pada muka hadapan syiling dikenali sebagai "keris semenanjung" yang diigabungkan dengan motif rekaan songket. Pada tahun 1989 - 1993 syiling ini mengunakan simbol $1 dan pada tahun 1993 - 1996 penggunaan simbol $1 ditukarkan dengan 1 RINGGIT, Kalau dilihat pada senarai syiling yang dilampirkan dibawah, anda boleh lihat pada tahun 1993 terdapat kedua-duannya sekali iaitu yang menggunakan simbol $1 dan 1 RINGGIT.


Anda boleh rujuk koleksi lengkap bergambar duit syiling $1 dan 1 RINGGIT dari tahun 1989 hingga 1996 supaya senang nampak rupabentuk dan perbezaannya.

Rujukan Asal: Sejarah Matawang Malaysia 1957 - 2007, KEKKWA

Duit Syiling Peringatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1971

 
Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan Tunku Abdul Rahmana Al-Haj

Bersempena bagi meraikan 13 tahun Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan duit syiling peringatan pada 30 Ogos 1971 dengan demoninsai 5 Ringgit dan 100 Ringgit.

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Potret Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Muka Hadapan Duit Syiling "5 RINGGIT" & "100 RINGGIT"

Ukiran potret Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berada ditengah-tengah menghiasi muka hadapan duit syiling peringatan "5 RINGGIT" dan "100 RINGGIT', Ianya dikelilingi perkataan "TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ BAPA MALAYSIA" kemuadian berakhir dengan tahun "1971". 

Untuk makluman, Almarhum Tunku memagang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama bermula pada 31 Ogos 1957 sehingga 22 September 1970 dan juga dikenali sebagai "BAPA KEMERDEKAAN".

Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian Belakang Duit Syiling Tunku Abdul Rahman

Pada bahagian belakang duit syiling ini memaparkan bangunan Parlimen dengan latar belakang bulan sabit dan bintang 14 penjuru yang membawa maksud kesemua negeri dalam Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Nilai muka "5 RINGGIT" dan "100 RINGGIT" diukir pada sebelah bawah bangunan Parlimen.

Senarai pengeluaran spesifikasi teknikal duit syiling peringatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

1. 5 RINGGIT - Copper-Nickel B.U

Nilai Muka: 5 RINGGIT
Aloi: Copper-Nickel
Komposisi:  Cu75Ni25
Kualiti: Brilliant Uncirculated (B.U)
Berat: 29.03g
Diameter: 38mm
Ketebalan: 3.2mm
Bentuk Syiling: Bulat
Sisi Syiling: Bergerigi (Milled Edge)
Jumlah Tempaan (Mintage): 2,000,000 keping
Kilang Tempaan: ?
Harga Jualan: ?

2. 5 RINGGIT - Copper-Nickel Pruf

Nilai Muka: 5 RINGGIT
Aloi: Copper-Nickel
Komposisi:  Cu75Ni25
Kualiti: Pruf
Berat: 29.03g
Diameter: 38mm
Ketebalan: 3.2mm
Bentuk Syiling: Bulat
Sisi Syiling: Bergerigi (Milled Edge)
Jumlah Tempaan (Mintage): 500 keping
Kilang Tempaan: ?
Harga Jualan: ?

3. 100 RINGGIT - Emas Bukan Pruf

Nilai Muka: 100 RINGGIT
Aloi: Emas
Komposisi:  Au .917
Kualiti: Bukan Pruf
Berat: 18.66g
Diameter: 27.7mm
Ketebalan: 2.1mm
Bentuk Syiling: Bulat
Sisi Syiling: Bergerigi (Milled Edge)
Jumlah Tempaan (Mintage): 1,000,000 keping
Kilang Tempaan: ?
Harga Jualan: ?

4. 100 RINGGIT - Emas Pruf

Nilai Muka: 100 RINGGIT
Aloi: Emas
Komposisi: Au .917
Kualiti: Pruf
Berat: 18.66g
Diameter: 27.7mm
Ketebalan: 2.1mm
Bentuk Syiling: Bulat
Sisi Syiling: Bergerigi (Milled Edge)
Jumlah Tempaan (Mintage): 500 keping
Kilang Tempaan: ?
Harga Jualan: ?

Ringkasan Spesifikasi Teknikal

Sekian

Wednesday, June 10, 2009

Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-10 Bank Negara Malaysia, 1969

Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-10 Bank Negara Malaysia, 1969

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan duit syiling perigatan sempena ulang tahun ke-10 Bank Negara Malaysia pada 24 Januari 1969 yang merupakan duit syiling peringatan pertama Malaysia. Semasa hari perlancaran, syiling ini telah dijual pada harga nilai muka bagi syiling jenis copper nickel.

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Potret Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah

Pada bahagian hadapan duit syiling ini memaparkan potret Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah yang dikelilingi dengan tulisan "DYMM SBP TUANKU ISMAIL NASIRUDDIN SHAH".

Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian Belakang Duit Syiling 10 Tahun Bank Negara Malaysia

Pada bahagian belakang pula memaparkan tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan tahun "1959-1969" dibawah yang membawa maksud 10 tahun Bank Negara Malaysia. Dominanasi $1 dikelilingi oleh simbol bulan sabit dan bintang 14 bucu yang menggambarkan semua negeri dalam Malaysia termasuk wilayah Persekutuan serta kalungan Bunga Raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

Senarai pengeluaran spesifikasi teknikal duit syiling peringatan sempena ulang tahun ke-10 Bank Negara Malaysia.

1. $1 - Copper-Nickel B.U

Nilai Muka: $1
Aloi: Copper-Nickel
Komposisi:  Cu75Ni25
Kualiti: Brilliant Uncirculated (B.U)
Berat: 20.40g
Diameter: 33.30mm
Ketebalan: 2.63mm
Bentuk Syiling: Bulat
Sisi Syiling: Bergerigi (Milled Edge)
Jumlah Tempaan (Mintage): 1,000,000 keping
Kilang Tempaan: Hamburg Mint, Germany
Harga Jualan: $1 (Jualan oleh BNM)

2. $1 - Perak Pruf 

Nilai Muka: $1
Aloi: Perak
Komposisi: Ag92.5 
Kualiti: Pruf
Berat: 20.40g
Diameter: 33.30mm
Ketebalan: 2.63mm
Bentuk Syiling: Bulat
Sisi Syiling: Bergerigi (Milled Edge)
Jumlah Tempaan (Mintage): 1,000 keping
Kilang Tempaan: Hamburg Mint, Germany
Harga Jualan: ?

Ringkasan Spesifikasi Teknikal

Sekian

Saturday, June 6, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA XXI 2001


Sukan Asia Tenggara

Sukan Asia Tenggara 2001 ke-21 atau Sukan SEA XXI telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 September- 17 September 2001. Perasmian majlis pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maskot sukan SEA XXI

Tumas bermaksud tupai Malaysia. Ia menjadi maskot rasmi Sukan SEA 2001.


Monday, June 1, 2009

Syiling 20 sen 1994 Cacat - RARE

Korang layan gambar dulu......nanti aku tulis cerita pula


Syiling 20 sen 1994 (Normal)


Syiling 20 sen 1994 (Cacat)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute