Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0900 pada Khamis, 6 Februari 2003
6 Feb 2003Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali XIII (NAM) yang akan berlangsung pada 20 - 25 Februari 2003 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut:Set of 3 Non-Aligned Movement (NAM)
1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM888 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping sahaja.
2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 925. Beratnya 21.7 gram setiap satu dan dijual pada harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 2,400 keping sahaja.
3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (kilatan istimewa dan peruf)
Duit syiling emas Nordic (Nordic gold) ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling emas Nordic kilatan istimewa boleh didapati secara individu, dengan harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan bagi duit syiling jenis ini adalah terhad kepada 9,400 keping sahaja.
Duit syiling emas Nordic peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1. Duit syiling peringatan set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan emas Nordic. Set ini dijual pada harga RM1,088 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Manakala set duit syiling peringatan 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan emas Nordic. Set duit syiling ini akan dijual pada harga RM168 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti di Lampiran I.
Rekabentuk Duit Syiling
Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera lambing rasmi Sidang Kemuncak NAM XIII manakala di sebelah belakang pula tertera Bangunan Parlimen serta bulan sabit dan bintang melambangkan Kerajaan Malaysia, amalan demokrasi dan tempat di mana polisi-polisi Kerajaan digubal.
Pusat-pusat Jualan
Duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali XIII (NAM) ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit syiling peringatan ini boleh didapati mulai 17 Februari 2003 di pusat-pusat jualan seperti berikut:
Pejabat Pos Besar,
Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri
Coin Shoppe
The Royal Mint of Malaysia,
Kompleks Kilang Wang,
Lot 2, Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40740 Shah Alam.
(Tel no: 603-55191611/2/3)
Muzium Matawang,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur.
(Tel no: 603-26988044)
Lihat juga : Lampiran I, Lampiran II
No comments:
Post a Comment