Embargo : Untuk siaran segera
7 Apr 2003
Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri duit syiling bertema (Thematic Coin Series) di bawah program Pendidikan Melalui Duit Syiling (PMDS). Program PMDS ini adalah bertujuan untuk menggalak minat mengumpul dan menghargai duit syiling di kalangan pelajar sekolah. Satu tema baru dengan 12 keluaran duit syiling akan diperkenalkan setiap tahun.
Siri pertama program PMDS membawa tema Spesis Haiwan Terancam - Haiwan Darat (Animal Living on Land) tahun 2003 yang mengandungi 12 jenis spesis haiwan. Harimau Sumatera dipilih untuk rekabentuk keluaran pertama diikuti dengan 11 spesis haiwan lain. Senarai 12 spesis haiwan dalam siri ini adalah seperti di Lampiran I.
Duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5 setiap satu. Ini merupakan kali pertama Bank mengeluarkan duit syiling dengan nilai muka 25 sen. Spesifikasi teknikal duit syiling ini adalah seperti berikut:
Rekabentuk Duit Syiling
Rekabentuk di sebelah hadapan duit syiling memaparkan satu daripada 12 haiwan terancam tersebut mengikut keluaran Siri Spesis Haiwan Terancam seperti dalam Lampiran I. Ciri-ciri lain termasuk perkataan 'ENDANGERED SPECIES SERIES' di bahagian atas duit syiling. Manakala di bahagian bawah tertera nama haiwan dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan nama saintifik bagi haiwan berkenaan. Di sebelah belakang duit syiling pula tertera nilai muka duit syiling dan gambar hutan sebagai habitat semula jadi haiwan.
Pusat-pusat Jualan
Duit syiling Siri Haiwan Terancam ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Keluaran pertama duit syiling adalah pada 8 April 2003 manakala tarikh keluaran 11 siri berikutnya akan diumumkan kemudian mengikut jadual di Lampiran I. Duit syiling ini boleh didapati di pusat-pusat jualan seperti berikut:
- Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri (Lampiran II)
- Coin Shoppe, The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
- Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, K. Lumpur dan 5 Cawangannya (Lampiran II)
- Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. (Lampiran II)
- Royal Mint Exchange dan Pemegang Francais (Lampiran II)
- Zoo Negara, Hulu Kelang. K. Lumpur; Zoo Taiping dan Zoo Melaka di Air Keroh, Melaka.
- i-everything Sdn. Bhd, noridah@ieverything.net
Lampiran I
Pendidikan Melalui Duit Syiling
Siri Haiwan Terancam
Senarai Siri Haiwan Terancam dan Jadual Keluaran
Lampiran II
1. Senarai Pejabat Pos Negeri
2. Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
1. Lot 49, Persiaran Mewah
Kawasan Perindustrian
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
2. Lot 522, Kawasan Perusahaan Kuala Kangsar
33000 Kuala Kangsar Perak.
3. Royal Mint Exchange
1. No. 18 Tingkat 1
Jalan Tengku Ampuan Zabedah
G9/G Seksyen 9, Shah Alam
2. SS2 Branch
No. 80, Ground loor
Jalan SS2/60 SEA Park
47300 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-78744066
3. Taipan Branch
No. 19, Ground Floor, Jalan 10/1C
Taipan Triangle
47620 UEP Subang Jaya, Selangor
Tel: 03-56328660
4. Shah Alam Branch
G11, Ground Floor, Plaza Alam Sentral
Jalan Masjid Seksyen 14, Shah Alam
Tel: 03-55140218
5. Bandar Baru Klang Branch
No. 8, Ground Floor, jalan Tiara
Bandar Baru Klang
Tel: 03-33428500
6. Bangsar Branch
66, Jalan Telawi
Bangsar Baru, Kuala Lumpur
Tel: 03-22876066
7. K. Terengganu Branch
No. 11A, Ground Floor
Jalan Kota Lama
20300 K. Terengganu
8. Putrajaya Branch
Lot No. 2G(A)/2G(b)
Lanai Pusat Kejiranan
Precint 10, No. 2
Persiaran Seri Perdana, Putrajaya
Tel: 03-88895609 / 5610
4. Bank Negara Malaysia Branches
1. Bank Negara Malaysia
Pulau Pinang
27 Corner Light / Pitt Street
10200 Pulau Pinang
Tel: 04-2627125
2. Bank Negara Malaysia
Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
Peti Surat 000
80720 Johor bahru, Johor
Tel: 07-2240799
3. Bank Negara Malaysia
Jalan Datuk Chong Thain Voon
Peti Surat 11200 88813 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-211211
4. Bank Negara Malaysia
Kuching
Jalan Satok
Peti Surat 682
93720 Kuching
Tel: 082-2522311
5. Bank Negara Malaysia
Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
20990 K. Terengganu
Tel: 09-6220571
5. i-everything Sdn. Bhd
website: noridah@ieverything.net
Bank Negara Malaysia
7 April 2003
Sumber: www.bnm.gov.my
No comments:
Post a Comment