Cari Post lain disini

Tuesday, August 31, 2010

Sindiket Antarabangsa Palsukan Bon Tumpas


**********

ACP Noor Azam Jamaluddin (tengah) bersama pegawai penyiasat menunjukkan sebahagian bon dan wang palsu yang dirampas sewaktu sidang media di IPD Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 27 Ogos - Satu sindiket penipuan antarabangsa yang menghasilkan bon dan plat emas Rizab Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat palsu bernilai ratusan juta ringgit tumpas selepas empat anggotanya diberkas di sebuah hotel ternama di sini awal pagi ini.

Dalam serbuan yang dilakukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Shah Alam kira-kira pukul 1.45 pagi itu, ratusan keping bon dan wang kertas Amerika Syarikat (AS) palsu serta pelbagai barangan lain dirampas.

Sindiket tersebut dipercayai membuat bon dan plat emas secara haram untuk mencari mangsa yang terdiri daripada para pelabur di negara ini dengan menjanjikan pelaburan dalam beberapa projek pembinaan seperti hotel dan prasarana lain di Malaysia.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, serbuan dibuat di dua buah bilik di hotel tersebut hasil maklumat dan risikan pihaknya.

Beliau berkata, hasil serbuan di bilik pertama, dua lelaki warga Jepun berusia 62 tahun dan 68 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun diberkas.

Menurut beliau, serbuan di bilik kedua pula menemui seorang wanita warga Indonesia berusia 31 tahun bersama sebuah beg bimbit yang mengandungi bahan bukti.

"Antara bahan bukti yang dirampas adalah 114 keping kertas coklat tertera tulisan 'Federal Reserve Bond', tujuh keping platinum bertajuk 'United States of American Department of Treasury Bank Memorandum', 50 keping mata wang Jepun dan 150 keping plat emas bernilai AS$100,000 bagi setiap keping.

"Turut dirampas, 50 keping bon AS bernilai 1 juta bagi setiap keping, empat syiling emas, lima kad hijau bertajuk Federal Reserve Bond serta beberapa lagi barangan lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noor Azam memberitahu, modus operandi sindiket itu adalah menggunakan lelaki rakyat tempatan sebagai pemegang amanah untuk mencari pelabur-pelabur sebagai mangsa.

Kata beliau, siasatan awal pihaknya juga mendapati lelaki tempatan yang diberkas, amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di wilayah Indiana, Amerika Syarikat kerana terlibat dalam jenayah penipuan.

Tambah beliau, pihaknya akan merujuk lelaki itu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk siasatan lanjut.

"Semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

"Mereka akan direman di Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan tempoh tahanan untuk siasatan lanjut," ujarnya.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute