Cari Post lain disini

Wednesday, September 17, 2014

Mr. Steven Tan - International Stamps & Coin Sdn Bhd

Kali pertama my-koleksi berpeluang bertemu dengan Sifu Mr. Steven Tan, terima kasih diucapkan kepada blogger Lunaticg dan Mr. Dickson Niew kerana sudi mengajak my-koleksi. 

Siapakah Mr. Steven Tan?

Master Sifu Mr. Steven Tan

Mr. Steven Tan dilahirkan pada tahun 1938 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan beliau adalah “Managing Director” International Stamp & Coin Sdn. Bhd. Kepakaran beliau dalam Setem dan Matawang Malaysia, Singapore dan Brunei tidak boleh disangkal lagi sehingga diberi gelaran Master Sifu oleh "Collector" dan juga rakan-rakan. Perniagaan yang diusahakan oleh beliau bermula dengan menjual setem dan selepas lebih kurang 10 tahun (menurut apa yang ditulis oleh lunaticg) barulah matawang (syiling dan wang kertas) mula dijual.

Beliau merupakan penulis buku/katalog “Standard Catalogue Of Malaysia-Singapore-Brunei Coin & Paper Money” yang menjadi rujukan kebanyakkan “collector”, edisi pertama katalog tersebut mula dikeluarkan pada tahun 1976 (kulit berwana hijau muda). Setakat ini, buku tersebut masih boleh didapati lagi dikedai beliau.

Katalog Edisi Pertama

TERKINI, buku/katalog beliau edisi ke-21 telah dikeluarkan dan mula dijual pada Julai 2014 yang lalu. Ada banyak maklumat terkini didalam buku/katalog baru beliau mengikut perkembangan numismatik di Malaysia.

Katalog Edisi Ke-21

Sudahkah anda memiliki buku/katalog terbaru Mr. Steven Tan?, kalau belum.....sila dapatkannya dengan segera di kedai beliau - International Stamps & Coin Sdn. Bhd. Nanti, my-koleksi akan review dan tulis pula berkenaan buku tersebut didalam blog.

Tandatangan Mr. Steven Tan

Kalau anda ingin memiliki buku yang ditandatangani oleh Mr. Steven Tan seperti yang tertera dibahagian atas bolehlah mendapatkannya di kedai Dickson Niew (sekiranya masih ada lagi stok). Kalau anda nak dapatkan sendiri tandatangan beliau rasanya agak susah kerana beliau sangat sibuk dan jarang ada dikedai.

Bagaimana Mr. Steven Tan menghasilkan buku?

Bahagian inilah yang my-koleksi minat sangat nak tahu, berdasarkan apa yang diceritakan oleh blogger Lunaticg…….teknik yang digunakan oleh beliau sangat “oldskool”. Beliau masih menggunakan cara manual "cut and paste" atau dalam Bahasa Melayu potong dan tampal …….setelah selesai, hasil tersebut dipindahkan pula dalam bentuk plate untuk proses mencetak dijalankan. Itulah cara “oldskool” beliau yang my-koleksi tahu setakat ini. Walaupun sekarang ini teknik digital jauh lebih mudah, my-koleksi rasa beliau mungkin lebih selesa menggunakan cara tersebut. Tak kisahlah bagaimana cara yang digunakan oleh beliau, my-koleksi tetap RESPEK kerana dengan usaha beliau buku rujukan Matawang terhasil dan ilmu yang ada dikongsikan dengan orang lain/”Collector” supaya sama-sama mendapat manfaat. 

Lihatlah, dengan hanya menggunakan teknik “oldskool”. Beliau berjaya mengeluarkan "Standard Catalogue of Malaysia, Singapore, Brunei Coin & Paper Money" hingga edisi ke-21. Bayangkanlah sekiranya Master Sifu Mr. Steven Tan menggunakan teknik digital, my-koleksi pasti yang hasilnya lagi hebat....lagi banyak maklumat yang dapat disampaikan.

My-koleksi masih belum berkesempatan untuk melihat secara "live" bagaimana beliau menghasilkan buku tersebut, mungkin suatu hari nanti my-koleksi akan cuba dapatkkan satu sesi interview dengan beliau supaya dapat melihat proses yang dijalankan dalam menghasilkan buku/katalog yang boleh dikategorikan sebagai “RARE”

Dimanakah lokasi kedai Mr. Steven Tan?


Bukan susah pun nak cari kedai Mr. Steven Tan…..kalau anda tinggal disekitar Kuala Lumpur mesti tahu Pertama Complex. Kedai beliau terletak ditingkat 2, Pertama Shopping Complex bersebelahan dengan Sogo, walaupun kedai beliau boleh dikatakan agak tersorok tetapi ianya bukan alasan untuk anda tidak mahu berkunjung kesana. Bagi my-koleksi, tak susah pun nak cari…..rugi kalau anda terutamanya “collector” tidak berkunjung kekedai beliau.

Oklah, bagi mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur (Klang valey) atau yang tinggal di Kuala Lumpur dan tidak tahu dimana Pertama Compex, bolehlah rujuk panduan dibawah.

Macam mana nak pergi ke kedai Mr. Steven Tan?

Terdapat pelbagai cara dan alternatif untuk anda pergi ke kedai International Stamp & coin Sdn. Bhd. Cara yang paling mudah my-koleksi cadangkan.

1. Berkereta atau Bermotosikal

Sebenarnya my-koleksi tak tahu nak mula dari mana untuk bagi tunjuk arah kepada anda,……. fikir punya fikir my-koleksi mendapat idea, tujuk arah kita bermula di Dataran Merdeka kerana rasanya semua orang tahu dimana Dataran Merdeka kan? Tak tahu……..my-koleksi tak dapat nak tolonglah kalau macam tu.

Dataran Merdeka ke Pertama Complex

Sila rujuk peta yang diambil dari “GOOGLE maps”, kalau mengikut peta tersebut dari Dataran Merdeka ke kedai Mr. Steven Tan hanya mengambil masa 11 minit saja dengan jarak 3.2 km. Soal parkir anda jangan risau…..anda boleh memilih untuk parkir berbayar di bawah Pertama Complex untuk kereta dan motosikal atau di Sogo atau dikawasan sekitarnya.

2. Menaiki Train (LRT)

Stesen KL Sentral ke Bandaraya

Cara kedua untuk sampai kesana dengan lebih mudah adalah dengan menggunakan LRT (PUTRA dan STAR). Jadi, anda tidak perlu memikirkan lagi soal nak cari parkir atau kesesakan …..tapi ada mesti bersedia untuk berjalan kaki dari stesen STAR LRT Bandaraya ke Pertama Complex. Tak jauh mana pun, ianya hanya mengambil masa 4 minit sahaja dengan jarak 300 m merujuk kepada “GOOGLE Maps” di atas.

Laluan LRT ke Stesen Bandaraya

Panduan untuk ke sana dengan mengunakan perkhidmatan LRT, kita mula perjalanan dengan menaiki PUTRA LRT di KL Sentral. Anda boleh beli terus TOKEN untuk ke Stesen STAR LRT Bandaraya. Pastikan anda naik PUTRA LRT ke arah yang betul iaitu Stesen Gombak, setelah tiba di Stesen Masjid Jamek …….anda mesti turun dan berjalan kaki untuk naik pula STAR LRT kearah Stesen Sentul Timur dan turun di Stesen berikutnya – Stesen STAR LRT Bandaraya.

Mudah sajakan? kalau tak pergi lagi kedai Mr. Steven Tan lepas ni tak tahulah apa lagi nak dikata dan my-koleksi tak dapat nak membantu lagi........ :D

Master Sifu Mr. Wong Hom Sum sedang membelek sesuatu

Semasa di kedai beliau my-koleksi berkesempatan bertemu seorang lagi Master Sifu iaitu Mr. Wong Hom Sum, Buku “The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore) And Its Currency” diterbitkan oleh beliau.

Tak sempat pula nak bersembang dengan beliau kerana my-koleksi sibuk dengan misi lain. In Sha Allah, suatu hari nanti my-koleksi nak jumpa juga beliau untuk sesi interview secara eksklusif.

3 Master Sifu Sedang Beraksi

Gambar tiga sifu sedang beraksi, malas nak ganggu bila mereka berbincang dengan serius sekali. Mr. Dickson Niew tengah pegang apa tu?....hmmmm

Mesin Kanta Pembesar Antik milik Mr. Steven Tan
  
Inilah barang yang dipegang oleh Mr. Dickson Niew, mesin kanta pembesar antik yang dimilik oleh Mr. Steven Tan yang bagi aku amat sukar diperolehi sekarang. Mesin buatan Jerman tersebut mempunyai lampu yang kuasanya dijana oleh bateri. Sungguh bijak orang yang menghasilkannya, kecil dan mudah dibawa kemana saja.

Akhir sekali, gambar diambil sebagai kenangan.......tak tahulah bila lagi dapat bertemu Mr. Steven Tan dan Mr. Wong Hom Sum...Mr. Dickson Niew pun susah juga nak jumpa sekarang, kena buat appointment juga.... nantikan kemunculan Mr. Dickson Niew dalam "Time Capsule Malaysia" pada hari Ahad (14 September 2014), pukul 9 malam di Astro History Channel (Channel 555 & 575HD) berkenaan "1966 - Trial Pattern Coins". 

My-koleksi dan 3 Master Sifu

1 comment:

Unknown said...

i have to sell british postal covers and cards, empossed covers,
kindly suggest me



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute