Cari Post lain disini

Saturday, July 2, 2011

Skandal Cetak Duit Malaysia - RM5 Polimer

Updates....

Ref No: 07/11/01

Embargo: Untuk Siaran Segera

Tuduhan Terhadap Mantan Penolong Gabenor

Bank Negara Malaysia tidak bertolak-ansur dengan sebarang salah laku oleh kakitangannya. Bank mendukung standard integriti dan profesionalisme yang paling tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dan fungsinya.

Bank Negara Malaysia telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan agensi berkaitan lain dalam siasatan mereka.

Bank Negara Malaysia
1 Julai 2011

© Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.

Last Updated Date: 04 July 2011

Sumber: Website BNM
_____________________________________

Bekas Penolong Gabenor BNM hadapi dua tuduhan rasuah RM100,000 Kes Cetak Wang Kertas

Keratan Akhbar Kosmo!, 2 Julai 2011

Bekas Penolong Gabenor BNM didakwa

Keratan Akhbar Kosmo!, 2 Julai 2011

KUALA LUMPUR – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 untuk membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, tertuduh didakwa menerima rasuah wang tunai masing-masing RM50,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui orang tengah dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam Restoran Dome beralamat G7 Ground Floor, Bangsar Shopping Centre di sini pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.



Ahli Perniagaan dituduh Beri Rasuah

Keratan Akhbar Kosmo!, 2 Julai 2011

2 Firma Cetak Wang, 6 Pegawai Turut didakwa ke Mahkamah

Keratan Akhbar Kosmo!, 2 Julai 2011

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute