Cari Post lain disini

Tuesday, August 9, 2011

Timbalan Gabenor BNM Meninggal

Datuk Mohd Razif Abd Kadir

KUALA LUMPUR: Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohd Razif Abd Kadir kembali ke rahmatullah semalam, menurut satu kenyataan bank pusat itu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dan sahabat handai.
Allahyarham Razif menyertai BNM pada 1976 dan memegang beberapa jawatan kanan di bank pusat sepanjang kerjayanya, antaranya Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan BNM di London, Pengarah Jabatan Pengawalan Bank BNM dan Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) dari 1999.

Allahyarham pernah memegang jawatan Pengerusi pertama Jawatankuasa Teknikal Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB). Selain itu, Allahyarham juga menjadi ahli lembaga Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Lembaga Pengarah BNM.

“Sumbangan Allahyarham kepada perbankan pusat dan Malaysia amat besar dan kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas khidmat Allahyarham kepada bank dan juga negara. – BERNAMA

Sumber asal:

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute