Cari Post lain disini

Thursday, September 15, 2011

Perasmian Sasana Kijang

Sumber Gambar Facebook BNM : Sasana Kijang

Akhirnya..... Sasana Kijang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 14 September 2011, berita lanjut dan gambar bolehlah rujuk dibawah;


Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini merasmikan pembukaan Sasana Kijang. Sasana Kijang merupakan hasil daripada aspirasi Bank Negara Malaysia untuk menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan pembelajaran dalam perbankan pusat dan kewangan.

Sasana Kijang juga menempatkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam Antarabangsa (Islamic Financial Services Board, IFSB), sebuah organisasi antarabangsa yang menetapkan standard kehematan bagi Kewangan Islam serta pembangunan globalnya. Pusat SEACEN (South East Asian Central Banks Centre), iaitu Pusat pembelajaran dan penyelidikan serantau bagi Bank-bank Pusat di Asia juga ditempatkan di Sasana Kijang. Pusat SEACEN melambangkan komitmen negara terhadap latihan dalam pelbagai bidang termasuk perbankan pusat, penyeliaan perbankan, kewangan Islam, pembelajaran eksekutif serta penyelidikan dan pembangunan.

Sasana Kijang, yang direka khusus untuk menjadi pusat bagi kepimpinan berwawasan dan kerjasama dalam perbankan pusat, merupakan pusat pembelajaran yang dilengkapi dengan kemudahan yang serba canggih dan moden bagi menyokong program yang tersusun dan seminar peringkat tinggi untuk peserta tempatan dan asing. Di samping itu, Sasana Kijang juga memberi peluang untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam usaha membina keupayaan perbankan pusat supaya lebih bersedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

Selain kemudahan latihan, pejabat dan dewan persidangan, Sasana Kijang juga menempatkan Pusat Pengurusan Pengetahuan dan Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang dibuka kepada orang ramai. Bangunan Sasana Kijang mempunyai keluasan binaan 1.09 juta kaki persegi.

Perkataan 'Sasana' diambil daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tapak, pusat, bangunan atau arena, iaitu tempat masyarakat berhimpun untuk bersidang, manakala Kijang ialah logo Bank Negara Malaysia. Konsep seni bina Sasana Kijang diilhamkan daripada bentuk siput gerus, iaitu bentuk wang yang popular di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-3. Reka bentuk muka bangunan ini diambil daripada corak geometri motif songket tradisi Malaysia, iaitu sejenis kain tenunan tangan yang halus dengan sulaman benang.

Bank Negara Malaysia
14 September 2011

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute