Cari Post lain disini

Loading...

Monday, September 12, 2011

177,077 Wang Tak Dapat dikesan

KUALA LUMPUR 29 Jun – Sebanyak 177,077 wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta masih tidak dapat dikesan daripada pasaran sehingga 30 Januari lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, daripada jumlah itu, 150,259 keping atau 92.4 peratus adalah wang kertas RM500 yang bernilai RM75 juta, manakala 26,818 keping atau 99.4 peratus ialah wang kertas RM1,000 bernilai RM26 juta.

“Wang kertas ini (RM500 dan RM1,000) ini telah dinyahlakukan berkuat kuasa 1 Julai 1999, maknanya selepas daripada tarikh itu wang kertas tersebut tidak lagi bernilai. Tiada juga cetakan dibuat sejak tahun berkenaan.

“Jadi, tidak ada sesiapa yang boleh membawa beg-beg yang mengandungi wang kertas RM500 dan RM1,000 itu untuk ditukarkan di Bank Negara kerana tempoh laku wang itu sudah tamat,” katanya menggulung Rang Undang-Undang Perkhidmatan Wang 2011 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab persoalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang ingin tahu berapa wang kertas RM500 dan RM1,000 yang masih terapung di pasaran serta tidak dapat diimbangkan dengan jumlah cetakan.

Sementara itu, Awang Adek berkata, sejak 2002, sebanyak 93 kes telah dituduh di mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) melibatkan jumlah sebanyak RM2.34 bilion.

“Daripada jumlah itu, 18 kes telah disabitkan, 17 daripada membabitkan hukuman penjara, manakala sejumlah RM55.4 juta sudah dilucutkan haknya,” katanya menjawab soalan Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) mengenai berapa kes pengubahan wang haram berjaya diselesaikan.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute