Cari Post lain disini

Thursday, April 19, 2012

Lukisan Pertama Wang Kertas RM1 Tan Sri Dato’ Jaafar Hussein


Hasil Experimental aku dan “Ajib” yang pertama iaitu Lukisan Warna Wang Kertas RM1 Tan Sri Dato’ Jaafar Hussein

Experimental yang dihasilkan diatas adalah hasil gabungan Idea aku dan bakat melukis “Ajib”, idea ini tercetus apabila aku melihat gambar yang menunjukkan bagaimana wang kertas diukir dan dilukis. Teruja pula aku tengok orang tu lukis......


Melukis gambar wang kertas sememangnya bukan satu perkara mudah kerana ianya mengambil masa yang lama dan juga memerlukan motivasi diri yang tinggi terutama sekali bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba. Kalau dah otai seperti pelukis dalam gambar diatas, aku rasa tak menjadi masalah, pejam sebelah mata pun boleh buat.

Bagi melialisasikan experimental ini, aku mula memikirkan ciri-ciri wang kertas yang bagaimana sepatutnya aku gunakan sebagai "model". Kalau boleh aku nak lukisan yang bakal  dihasilkan nanti benar-benar bermakna dan bernilai tinggi (bagi akulah).



Ciri-ciri Wang Kertas yang aku kenal pasti adalah;
  1. Corak yang digunakan mestilah “agak mudah” untuk dilukis. maklumlah "first time" nak cuba melukis
  2. Wang kertas tersebut mestilah mempunyai nombor siri dibahagian hadapan, ciri tersebut diperlukan kerana target aku adalah “satu wang kertas, satu lukisan dihasilkan”…… aku tak nak ada duplicate lukisan kerana lukisan tersebut aku akan frame sekali dengan wang kertas asal. Satu lagi sebab, aku nak lukis 1 bahagian sahaja (sama ada depan ataupun belakang).
  3. Pengunaan warna yang minimum kerana aku nak lihat dahulu hasilnya.... sama ada terbaik ataupun sebaliknya. Lagipun aku tak nak peningkan kepada pelukis aku tu sebab dia ada projek lain yang nak dibuat.
  4. Wang kertas yang digunakan mestilah “Replacement Note”, bertujuan untuk menjadikan lukisan tersebut unik dan terhad. Anda semua mesti sedia maklum yang “Replacement Note” sememangnya susah nak diperolehi.
Pada mulanya aku rancang untuk melukis "Replacement Note" RM1 Zeti Aziz (gabenor BNM sekarang) tapi bila dilihat pada ciri yang no. 2 ……terpaksalah aku batalkan kerana nombor sirinya ada pada bahagian belakang wang kertas. Kalau nak lukis kedua-dua bahagian (depan dan belakang), "Ajib" tak nak buat kerana terlalu rumit dan mengambil masa yang lama. Lagipun "Ajib" sibuk dengan projek di Istana Negara yang baru…..aku kena ikut dia , kalau tak.....confirm tak menjadi realiti experimental aku nanti.


Selepas tu, aku mencadangkan supaya "Ajib" melukis wang kertas “Replacement Note” RM1 Aziz Taha tetapi ditolak juga kerana coraknya terlalu rumit dan tona warnanya agak susah untuk dilukis dengan menggunakan pensil warna. Kalau ada kesilapan semasa melukis susah nak dibetulkan semula, sudah tentu akan meninggalkan kesan yang boleh mencacatkan lukisan tersebut. Jadi,  keputusan muktamat kami adalah melukis wang kertas “Replacement Note” RM 1 Jaafar Hussein, semua ciri-ciri yang aku senaraikan diatas ada pada wang kertas tersebut.



Setelah pemilihan wang kertas dibuat, ada masalah baru pula timbul iaitu bagaimana untuk aku besarkan wang kertas tersebut supaya boleh dilukis pada kertas lukisan bersaiz A3, jadi aku buat sikit kajian dan hasilnya aku gunakan peralatan dibawah;


1. Plastik graf “transparence”

Plastik graf “transparence” digunakan untuk membesarkan wang kertas yang hendak dilukis supaya boleh dilukis pada saiz A3 dengan nisbah dan skala yang betul. Selain itu, plastik graf ini juga digunakan untuk menentukan koordinat supaya lukisan yang dihasilkan sama dengan wang kertas asli walaupun saiznya dah berbeza. 


note: aku buat sendiri Plastik graf “transparence”.....hehehe

2. Pembaris “L”

Pembaris yang digunakan untuk melukis petak koordinat diatas kertas lukisan A3 sebelum proses melukis dijalankan, garisan halus dilukis dengan menggunakan pensil supaya senang dipadam apabila lukisan selesai dilukis.

3. Pensil warna 

Pensil warna Luna 24 Watercolour Pencils dari jenama STAEDTLER digunakan untuk melukis, hasilnya bagi aku sangat baik.

4. Pensil

Digunakan untuk draf dan melukis garisan halus pada kertas lukisan.

5. “Geremit”/pengasah pensil

Sudah tentulah digunakan untuk menajamkan semula pensil warna yang sudah tumpul...:D

6. Pemadam

Hehehe….apa lagi untuk memadam apa yang sepatutnya dipadam, baru cantik sikit.

7. klip 

Digunakan untuk klip wang kertas yang kendak dilukis dengan plastik graf, sila rujuk gambar dibawah;


Pada 02 Disember 2010, mr “Ajib” a.k.a pelukis bagi “green light” kepada aku untuk bawa wang kertas yang hendak dilukis. Maka experimental pun bermula……….

Hasil pada 9 Disember 2010

Hasil pada 18 Disember 2010

Hasil pada 14 Februari 2011

Hasil pada 12 April 2012

Experimental tamat pada 13 April 2012, sila lihat hasilnya

Kesimpulannya, aku amat berpuas hati dengan hasil kerja "Ajib".....ianya satu permulaan yang  sangat baik. Lukisan tersebut saja tidak dilukis dengan "detail" sebab ini baru permulaan bagi kami. Nantikan projek dan experimental my-koleksi yang akan datang.


Anda semua mesti terkejut bila melihat tempoh untuk meyiapkan lukisan wang kertas ini terlalu lama iaitu hampir 16 bulan (2 Disember 2010 - 13 April 2012). Sebenarnya Lukisan tersebut boleh siap dalam tempoh 2 - 4 minggu sahaja tetapi ada faktor lain yang menghalang "Ajib" untuk menyiapkan lukisan tersebut. tak perlulah aku ceritakan dengan panjang lebar disini tapi yang penting..... lukisan wang kertas pertama kami sudah pun siap dilukis.


Aku rasa inilah Lukisan Pertama Wang Kertas yang pernah dilukis dengan mengunakan pensil warna STAEDTLER (Luna 24 Watercolour Pencils). Anda rasa, layak tak lukisan ini dimasuk dalam Malaysia Book of Record (MBR)?. 


Lukisan ini aku rancang untuk frame bersama-sama dengan Wang kertas yang asal RM1 Tan Sri Dato’ Jaafar Hussein dan akan pamerkan dibahagian ruang tamu rumah aku nanti. Sekarang aku cuma perlu cari frame yang istimewa supaya ianya nampak mewah dan bergaya.


"Ini adalah sebuah karya seni yang my-koleksi hasilkan dengan mengunakan Wang Kertas RM1 Malaysia, jangan ada pula yang beranggapan negatif dengan apa yang dipaparkan." 


Kalau ada yang berminat untuk memiliki lukisan seperti ini, bolehlah tempah dengan kami sekarang. Lukisan ini mungkin sesuai diberikan sebagai hadiah hari jadi atau hadiah persaraan kepada bos-bos anda...... nak-nak lagi bagi mereka yang bekerja di institusi kewangan seperti BANK especially Bank Negara Malaysia (BNM) kerana wang kertas dan syiling sangat dekat dengan mereka sepanjang masa.....hehehe


Ada yang berminat nak beli Lukisan Wang Kertas aku ni??... menarik tak??...

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute