Cari Post lain disini

Loading...

Wednesday, May 2, 2012

Syiling Baru Tidak Mesra Pengguna

Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 1 Mei 2012. 

Aku bersetuju dengan apa yang ditulis oleh en. "Pengguna Mesra", aku pun kadang-kadang tersilap bagi syiling semasa membeli barangan....nak bagi 10 sen terbagi 5 sen.....nak bagi 20 sen tapi terbagi pula 50 sen. Kena tengok betul-betul sebelum berikan pada orang lain, kalau tak nanti mesti ada pihak yang rugi. 

Satu lagi, ada satu hari tu aku pergi untuk bank-in syiling anak aku di sebuah bank di kawasan X dan dialog dibawah pun bermula;

Petunjuk:

PB = Pegawai Bank
MY = Akulah (my-koleksi)

Situasi - Bank X pada 23 April 2012, "masuk setelah lampu merah dipadamkan"..... bila aku tengok lampu merah dah padam, aku pun ketuk pintu dan masuk

MY: Assalamualaikum, encik...saya nak bank-in duit
PB: Waalaikumsalam, boleh (sambil senyum)....encik dah isi slip untuk simpanan duit (pegawai bank bertanya kepada aku)
MY: Dah, ini slip dan duitnya (aku dah isi slip simpanan sebab dah selalu datang untuk bank-in syiling)
PB: Encik dah asingkan syiling baru dengan yang lama?
MY: Kenapa encik? syiling baru tak boleh nak kira guna mesin tu ke? (sambil menunjuk ke arah mesin kira syiling) 
PB: ahaa....mesin tu boleh kira syiling lama saja, syiling baru kena kira manual
MY: Ooooo......macam tu rupanya, tak pa encik saya dah asingkan duit baru dengan duit lama.
PB: Ok, encik tulis nama dan no. telefon encik dekat slip simpanan tu...nanti bila duit encik saya dah siap kira dan bank- in saya akan call.
MY: Ok, dah (nasib baik aku dah asingkan duit baru dengan duit lama, kalau tak kesian Pegawai Bank tu kena kira manual **monolog aku seorang diri)
PB: Terima kasih encik....
MY: Sama-sama...... sambil berjalan keluar

Apa komen anda? adakah anda pernah lalui perkara yang sama?

6 comments:

kurosagi said...

hm~ ada silapnya BNM dalam hal ni~ tiada mana2 artikel yang dikeluarkan oleh BNM mengenai PERBEZAAN saiz wang syiling baru melalui perbandingan side-by-side dengan wang syiling lama~ yang ada cuma menyebut diamater dalam mm. Sebagai pengguna biasa, susah tentu ukuran diameter tepat dalam mm ni bukanlah sesuatu yang menjadi perhatian~

Nostalgia said...

salam tuan.sepatunya mesin penerimaan duit baru patut dikeluarkan sekali dgn syiling baru.baru tidak menyusahkan sesiapa.sudah pastinya ramai yg merungut.sy sendiri kadang2 terkeliru dgn saiz dan corak syiling tersebut.mungkin juga kita belum biasa denganya...

iaryylr said...

kat sini pekedai asingkan duit baru dan lama, nampak macam diorang suka duit lama, duit baru nie pun saya tak datang minat bangga lagi, rasa macam duit baru nie seperti tidak bernilai, atau tiada roh. Namun perlu juga kita lalui penerimaan dan penolakkan ini selagi keduanya masih ada dalam kitaran... :)

koleksidinee.blogspot.com said...

saya pernah jugak tersilap bagi duit dan pernah jugak tersilap terima duit..sebab mungkin kita tak biasa lagi dengan saiz syiling baru ni...lama nanti ok la kut

rezal said...

Sepatutnya pihak bank sudah menbuat pelarasan terhadap counting mesin tu... sama juga dgn RM50CN4(4 series) yg mana masa launching dahulu kebanyakan mesin CDM tidak boleh menerima notes ini.
Setuju dgn Nostalgia... kebiasaan akan hadir bila sudah biasa dgn pengunaan..:)

CikguShikin said...

saya pun selalu tersilap dalam urusan melibatkan syiling baru ni..

saya bersetuju dengan pengguna mesra..

itu belum lagi cerita jati diri syiling baru.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute