Cari Post lain disini

Monday, June 4, 2012

Boleh Guna Syiling Baru di Stesen LRT Julai ini



Kedua-dua gambar diatas aku ambil pada 03 Mei 2012 di LRT Kerinchi

KUALA LUMPUR 17 Mei - Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) menjangkakan masalah syiling baru yang tidak boleh digunakan di mesin tiket transit aliran ringan (LRT) akan selesai pada Julai ini.

Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, pihaknya kini dalam proses menguji sebuah perisian dari negara Sepanyol yang dikemaskini untuk membaca syiling baru tersebut.

"Kami sebenarnya sudah melaksanakan ujian di mesin tiket untuk membolehkan orang ramai menggunakan syiling baru ketika mendapatkan token perjalanan.

"Bagaimanapun, keputusan ujian masih belum 100 peratus sempurna dan kami terpaksa menunggu sehingga ia lengkap kerana tidak mahu menyusahkan pengguna pada kemudian hari," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan rungutan orang ramai yang berasa kecewa kerana syiling baru yang diperkenalkan sejak 16 Januari lalu itu masih tidak boleh digunakan untuk urusan di mesin-mesin yang memerlukan syiling.

Selain tidak boleh digunakan di mesin tiket LRT, orang ramai turut mengalami kesukaran ketika mahu membeli air melalui mesin layan diri, telefon awam dan meter letak kereta.

Tambah Azhar, untuk mengelakkan pengguna mengalami kesukaran ketika membeli tiket tren, mereka digalakkan untuk menggunakan Kad MyRapid yang lebih praktikal dan memudahkan.

"Dengan kad tersebut, pengguna hanya perlu mengimbas sekali lalu sahaja tanpa perlu berbaris panjang membeli tiket perjalanan. Malah, mereka juga boleh menggunakan kaunter yang disediakan untuk menukar duit," ujarnya.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute