Cari Post lain disini

Sunday, June 3, 2012

Suasana Di Hospital, bukannya di BNM pada 30 Mei 2012


30 Mei 2012 yang lalu seperti yang kita sedia maklum BNM telah mengeluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia


Kali ni aku minta maaf kerana tak dapat berkongsi suasana semasa membeli syiling tersebut kerana anak aku telah dimasukkan ke Wad pada 29 Mei 2012 pada pukul 10 malam akibat deman panas sampai "tarik"/kekejangan. Nasib baik aku bertindak cepat masa ianya berlaku, kalau tak….mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku. Apa yang aku buat adalah;
  1. Aku cepat-cepat tanggalkan baju anak aku
  2. Bawa ke bilik air dan mandikannya untuk turunkan panas badan. Aku mandikan sehinggakan anak aku sedar dan muntah-muntah.
  3. Selepas anak aku sedar, aku terus bawa anak aku ke Hospital untuk pemeriksaan dan tindakan selanjutnya….hospital pun tak jauh dari rumah aku......tak sampai 5 minit.
Alhamdulillah....doktor pakar yang memeriksa anak aku bagi tahu yang anak aku dalam keadaan baik dan normal.

Inilah gambar suasana yang aku dapat kongsi disini, suasana di Hospital bukannya di BNM. Anak ke-2 aku telah ditahan di wad sehingga 31 Mei 2012


Wife aku “full time” menjaga anak aku di Hospital sehinggalah dibenarkan pulang ke rumah, aku pula jaga anak perempuan aku dirumah. Nasib baiklah adik ipar aku ada di rumah, senang sikit aku nak berulang-alik ke Hospital.


Bagi aku anak dan keluarga lebih penting daripada segala-galanya, syiling peringatan yang dijual pada 30 Mei 2012 bila-bila masa aku boleh dapat….tak lari kemana, yang penting kita kena sabar dan bijak untuk mendapatkannya.....

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute