Kalau ikutkan hati, malas nak letak tajuk macam ni dalam blog my-koleksi sebab kadang-kadang cerita yang dibuat tak masuk akal.
"TAK SEMUA SYILING LAMA BERNILAI TINGGI"
Sekiranya berita/cerita yang dipaparkan bertujuan untuk POPULAR kan seseorang.....aku boleh terima tetapi kalau bertujuan untuk mendidik atau berkongsi pengetahuan, aku rasa mungkin tak sesuai.
Note: Aku simpan kabanyakkan keratan akhbar berkaitan syiling dan wang kertas lama dan baru. Jadi, aku kongsi dalam blog my-koleksi untuk kita sama-sama baca dan menilainnya kualiti cerita yang dipaparkan.
_________________________________________________
MOHD RIZAL ABDULLAH
6 Julai 2012
Fakhruaddin menunjukkan koleksi syiling yang disimpannya.
BALING - Seorang penduduk Kampung Banggol Wan Mat, di sini, terkejut setelah mendapati wang syiling lama yang disimpannya kini mempunyai nilai tinggi di pasaran Amerika Syarikat (AS).
Sejak tersiarnya laporan Sinar Harian di mana seorang pesara tentera di Kota Bharu, Kelantan mendakwa memiliki syiling lama berusia 242 tahun yang bernilai RM16 juta, Fakhruaddin Abdullah Ariffin, 45, terpanggil untuk berkongsi mengenai wang syiling lama yang berada dalam simpanannya.
Menurutnya, dia tidak menyangka wang syiling Sepanyol yang disimpannya sejak 20 tahun lalu mempunyai nilai yang begitu tinggi di luar negara.
“Selain wang syiling Sepanyol, saya turut menyimpan kira-kira 50 syiling berusia lebih 250 tahun dari pelbagai negara antaranya Thailand, China, AS, termasuk syiling zaman pemerintahan James Brooke di Sarawak.
“Semua wang syiling ini merupakan tinggalan zaman nenek moyang saya dan koleksi saya sendiri,” katanya yang sering ke luar negara semata-mata untuk mencari koleksi barangan lama dan sanggup mengeluarkan ribuan ringgi untuk mendapatkan syiling lama itu.
Fakhruaddin berkata, koleksi barang lama mempunyai nilai tinggi bergantung kepada tahunnya dan setiap syiling itu menunjukkan zaman pemerintahan sesebuah negara.
Dia berkata, golongan muda amat tertarik dengan wang syiling lama ini kerana reka bentuknya amat berlainan dengan dengan wang syiling ketika ini.
“Disebabkan itu, saya gemar mengumpul wang syiling ini agar dapat menceritakan sesuatu kepada anak-anak mahu pun penduduk luar.
“Setiap syiling ini menceritakan sejarah zaman kerajaan itu sendiri contohnya syiling Straits Senttlements yang berwajahkan Queen Victoria dan King Edward,” katanya.
Katanya, secara tidak langsung, golongan remaja dapat mempelajari sejarah dunia menerusi benda yang unik dan menarik.
Dia lebih gemar menyimpan wang syiling itu daripada menjualnya kerana semua syiling dalam simpanannya mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi.
“Saya tidak bercadang untuk menjual syiling ini, tetapi saya amat mengalu- alukan sesiapa sahaja, terutama pengumpul syiling lama untuk bertukar- tukar pendapat dan pengalaman mengenai hobi ini,” katanya.
Sumber Asal: Sinar Harian, 06 Julai 2012
No comments:
Post a Comment