Cari Post lain disini

Wednesday, January 16, 2013

Ciri-ciri Lain Wang Kertas Baru yang Anda Tidak Tahu

Sumber Gambar: Google

Berita pemalsuan wang kertas boleh dikatakan kerap kita dengar dari dahulu hinggalah sekarang, perkara tersebut masih berlaku walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh BNM untuk memastikan ciri-ciri keselamatan yang terbaik untuk wang kertas dan syiling yang bakal dikeluarkan. Namun dengan kebijaksanaan manusia dan teknologi yang ada, masalah pemalsuan matawang tidak dapat dielakkan tetapi cuma dapat dikawal dengan kerjasamama pihak polis, BNM dan pengguna (mungkin blogger pun boleh masuk sekali kot) untuk membenteras sendikit/individu yang menjalankan aktiviti pemalsuan matawang.

Tiba-tiba teringat kata sifu masa kerja dulu "kalau kita nak tangkap/jejak HACKER, kita kena belajar macam mana jadi HACKER (White Hat) dan mesti lagi bijak daripada mereka"

Paling terbaru kes pemalsuan matawang adalah Wang Kertas RM100 seperti yang disiarkan oleh  Bernama Online dan Utusan Malaysia, sila baca Polis Nasihati Orang Ramai Berhati-hati Terima Wang Kertas RM100. Berita sebelum-sebelum ini pun ada juga;
  1. Peniaga Makanan Terima Wang Palsu RM100
  2. Berbelanja Guna Wang Palsu - RM10
  3. Wang Palsu RM10,000 dirampas

Wang Kertas Siri Baru Malaysia mula diedarkan pada 16 Julai 2012 lalu bagi menggantikan Wang kertas yang sedia ada secara berperingkat-peringkat dan ciri-ciri keselamatannya turut dipertingkatkan dengan teknologi yang terkini. Kalau nak tahu ciri-ciri keselamatan Wang Kertas tersebut anda boleh rujuk Security Features (BNM)

tik....tok...tik...tok...tik...tok...

Dah baca semua link yang diberi tadi? Ok, sekarang kita berbalik kepada cerita yang aku nak sampaikan iaitu Ciri-ciri Lain Wang Kertas Baru yang tidak dinyatakan oleh BNM, ini adalah cuma penambahan kepada "Security Features" yang BNM telah keluarkan (versi update dari blog my-koleksi). Memang ada "Collector" dah tahu.....yang dah tahu tu kalau nak lagi faham pun tak salah kalu baca.

Kita mula dengan Wang Kertas Siri Baru RM1 dulu dan penamatnya adalah RM100


Wang Kertas RM1


RM1-Hadapan

RM1-Belakang
  1. Nama Agong pertama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad berdekatan dengan bintang 11 bucu  pada bahagian atas tengkolok/destar. Ianya ditulis "SERIPADUKABAGINDAYANGDIPERTUANAGONGPERTAMAALMARHUMTUANKUABDULRAHMANIBNIALMARHUMTUANKUMUHAMMAD"
  2. Perkataan Mikro "NBRM"
  3. Terdapat angka mikro "1" yang ditulis dalam angka "1" besar diatas tandatangan Gabenor
  4. Perkataan mikro "BNMRM1B"
  5. Perkataan mikro "BNMRM1B"
  6. Perkataan mikro "NMRM1
Note:
  • Bagi  no. 2, 4, 5 dan 6.....perkataan mikro yang ada secara menegak mungkin akan berubah kerana ianya bergantung kepada proses memotong Wang Kertas/Polimer.
  • Mungkin juga perkataan mikro penuh untuk RM1 ada 2 iaitu "BNMRM1BNMRM1" dan "BNMRM1BNMRM"
Wang Kertas RM5

RM5-Hadapan

RM5-Belakang
  1. Nama Agong pertama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad berdekatan dengan bintang 11 bucu  pada bahagian atas tengkolok/destar. Ianya ditulis "SERIPADUKABAGINDAYANGDIPERTUANAGONGPERTAMAALMARHUMTUANKUABDULRAHMANIBNIALMARHUMTUANKUMUHAMMAD"
  2. Perkataan Mikro "NBRM"
  3. Terdapat angka mikro "5" yang ditulis dalam angka "5" besar diatas tandatangan Gabenor
  4. Perkataan mikro "BNMRM5B"
  5. Perkataan mikro "BNMRM5B"
  6. Perkataan mikro "NMRM"
Note:
  • Bagi  no. 2, 4, 5 dan 6.....perkataan mikro yang ada secara menegak mungkin akan berubah kerana ianya bergantung kepada proses memotong Wang Kertas/Polimer
  • Mungkin juga perkataan mikro penuh untuk RM5 ada 2 iaitu "BNMRM5BNMRM5" dan "BNMRM5BNMRM"

Wang Kertas RM10

RM10-Hadapan

RM10-Belakang

  1. Nama Agong pertama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad berdekatan dengan bintang 11 bucu  pada bahagian atas tengkolok/destar. Ianya ditulis "SERIPADUKABAGINDAYANGDIPERTUANAGONGPERTAMAALMARHUMTUANKUABDULRAHMANIBNIALMARHUMTUANKUMUHAMMAD"
  2. Perkataan Mikro "10BNMRM".
  3. Terdapat angka mikro "10"  yang ditulis dalam angka "10" besar diatas tandatangan Gabenor
  4. Perkataan mikro "BNMRM".
  5. Perkataan mikro "BNMRM
  6. Perkataan mikro "NMRM

Note:
  • Bagi  no. 2, 4, 5 dan 6.....perkataan mikro yang ada secara menegak mungkin akan berubah kerana ianya bergantung kepada proses memotong Wang Kertas/Polimer.
  • Mungkin juga perkataan mikro penuh untuk RM10 ada 2 iaitu "BNMRM10BNMRM10" dan "BNMRM10BNMRM"
Wang Kertas RM20

RM20-Hadapan

RM20-Belakang

  1. Nama Agong pertama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad berdekatan dengan bintang 11 bucu  pada bahagian atas tengkolok/destar. Ianya ditulis "SERIPADUKABAGINDAYANGDIPERTUANAGONGPERTAMAALMARHUMTUANKUABDULRAHMANIBNIALMARHUMTUANKUMUHAMMAD"
  2. Perkataan Mikro "RM"
  3. Terdapat angka "20" mikro yang ditulis dalam angka "20" besar diatas tandatangan Gabenor
  4. Perkataan mikro "BNMRM20BNM".
  5. Perkataan mikro "BNMRM20BNM"
  6. Perkataan mikro "RM

Note:
  • Bagi  no. 2, 4, 5 dan 6.....perkataan mikro yang ada secara menegak mungkin akan berubah kerana ianya bergantung kepada proses memotong Wang Kertas/Polimer. 
  • Mungkin juga perkataan mikro penuh untuk RM20 ada 2 iaitu "BNMRM20BNMRM20" dan "BNMRM20BNMRM"

Wang Kertas RM50


RM50-Hadapan

RM50-Belakang
  1. TIADA NAMA AGONG PERTAMA Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad berdekatan dengan bintang 11 bucu  pada bahagian atas tengkolok/destar.
  2. Perkataan Mikro "BNMRM50B".
  3. Terdapat angka "50" mikro yang ditulis dalam angka "50" besar diatas tandatangan Gabenor
  4. Perkataan mikro "MRM"
  5. Perkataan mikro "BNMRM50BN
  6. Perkataan mikro "RM
Note:
  • Bagi  no. 2, 4, 5 dan 6.....perkataan mikro yang ada secara menegak mungkin akan berubah kerana ianya bergantung kepada proses memotong Wang Kertas/Polimer.
  • Mungkin juga perkataan mikro penuh untuk RM50 ada 2 iaitu "BNMRM50BNMRM50" dan "BNMRM50BNMRM"

Wang Kertas RM100

RM100-Hadapan

RM100-Belakang

  1. Nama Agong pertama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad berdekatan dengan bintang 11 bucu  pada bahagian atas tengkolok/destar. Ianya ditulis "1STYANGDIPERTUANAGONGALMARHUMTUANKUABDULRAHMANIBNIALMARHUMTUANKUMUHAMMAD"
  2. Perkataan Mikro "BNMRM100".
  3. Terdapat angka "100" mikro yang ditulis dalam angka "100" besar diatas tandatangan Gabenor
  4. Perkataan mikro "BNMRM100".
  5. Perkataan mikro "BNMRM100
  6. Perkataan mikro "BNMRM100

Note:
  • Bagi  no. 2, 4, 5 dan 6, perkataan mikro yang ada secara menegak mungkin akan berubah kerana ianya bergantung kepada proses memotong Wang Kertas/Polimer.
  • Mungkin juga perkataan mikro penuh untuk RM100 ada 2 iaitu "BNMRM100BNMRM100" dan "BNMRM100BNMRM" 

.......ada lagi nak sambung dan update, berhenti kejap sebab tangan dah lenguh...almaklumlah tangan kiri aku injured :D

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute