Cari Post lain disini

Monday, January 14, 2013

"Duit Kroni" 10,000 dan 1,000??

Sempena cuti panjang ni, aku tak ada kerja nak buat....apa lagi aku browsing internet baca cerita-cerita yang aku rasakan menarik. Macam-macam berita aku baca sampailah ke berita Perhimpunan #KL112, aku memang tak terlibat dan tidak mahu terlibat langsung dengan perhimpunan sedemikian....aku hanya sekadar ingin tahu cerita berkaitan dengan perhimpunan tersebut.

Cerita dan berita perhimpunan tersebut langsung tidak menarik perhatian aku, cuma satu saya yang tiba-tiba buat aku nak update blog.... apabila aku terpandang gambar "DUIT KRONI"

"Duit Kroni"

Lawak betul la diorang sampaikan sanggup buat buat duit macam ni, aku tak mahu komen apa-apa berkenaan duit diatas. Aku letak disini pun cuma nak ingatkan dan berkongsi yang duit tersebut tidak dikeluarkan oleh Bank Negara malaysia (BNM) dan duit tersebut tidak "RARE".......tapi tak tahu lah pula kalau ianya dikeluarkan oleh Bank Negara Bunian/Mistik (BNB/M), duit ni kalau dapat dekat geng-geng mistik dan tahyol mesti diorang buat tarik duit.......boleh jadi jutawan. Nak baca pasal cerita duit mistik dan tahyol boleh ke link dibawah;

  1. Syiling 50 sen Tahun 1976 - Realiti atau Mistik
  2. Khadam Jaga Duit Syiling
  3. Kepercayaan Pada Ibu Duit

Sumber gambar tersebut aku dapat di nikzulkhairi.blogspot.com. Ada tak kawan "collector" yang ada duit tu, bagi la dekat aku 1 set untuk dijadiakan sebagai koleksi. 

Sayang sekali, cuma ada gambar bahagian depan sahaja......kalau ada gambar bahagian belakang pun ok.....nak juga aku tengok apa gambarnya pula.

Dah-dah....aku berhenti dulu sebab blog my-koleksi bukanlah blog politik tetapi blog untuk Pengumpul Matawang Lama dan Baru. Nanti tak pasal aku pula kena... :D

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute