Cari Post lain disini

Wednesday, May 7, 2014

Syiling Pulau Nangka adalah Koin Semar?

Hari ni ada sedikit masa terluang.....jadi dengan bantuan daripada pakcik "GOOGLE" aku pun mencarilah info berkenaan harta peninggalan Zaman Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka. Aku tertarik dengan cerita 2 keping syiling emas yang telah ditemui pada 30 April 2014 pada pukul 11.15pm dan 11.30pm. Rasanya, tak pelulah aku nak ulang cerita berkenaan Pulau Nangka dan aktiviti yang telah dijalankan disana. kalau nak tahu bolehlah berkunjung ke Blog saudara Lunatigc (malaysian coin) untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Antara tajuk yang boleh dibaca adalah:

  1. Tiada Harta Karun dipulau Nangka
  2. Syiling Emas Sultan Melaka ditemui di Pulau Nangka
  3. Cerita Harta Karun Pulau Nangka
Rupabentuk 2 keping syiling yang telah dijumpai di Pulau Nangka

Dibawah aku berkongsi pula penemuan aku pada hari ini (7 Mei 2014) pada pukul 3.33pm. macam hampir sama ukiran yang terdapat pada syiling dengan gambar yang aku temui dengan bantuan Pakcik "GOOGLE"


Sekali pandang, memang nampak ada persamaan gambar tersebut dengan ukiran pada syiling tetapi aku tidak mahu buat sebarang spekulasi, aku mengambil pendekatan "tunggu dan lihat". Aku rasa itulah yang terbaik, lepas keputusan ujian/analisa keatas syiling diperolehi barulah kita tahu kebenarannya. Betul tak??

Dimana aku dapat gambar tersebut? OK, gambar sebelah kiri (hitam) aku perolehi dari Blog caritawayang dan gambar yang sebelah kanan pula (kelabu) aku perolehi dari Gambar lukisan Semar gaya Surakarta. Gambar semar gaya Surakarta tersebut aku dah buat "Flip Horizontal" untuk mendapatkan posisi yang sama macam ukiran gambar pada syiling. 

Jadi, adakah Syiling Pulau Nangka tersebut sebenarnya adalah Koin Semar? Jawapannya kita kena tunggu.....aku sekadar berkongsi apa yang aku jumpa sahaja.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute