Aku nak berkongsi pada kali ini satu artikel berkenaan duit syiling 50 Sen 2002 dengan variety/keragaman unik yang dikenali sebagai "50 Sen Big "0" (kosong)" oleh peminat dunia hobi numismatik, berdasarkan pengamatan aku ianya tidak boleh dipanggil sebagai Big "0" kerana saiz angka kosong tersebut hampir sama dengan saiz "0" yang terdapat duit syiling 50 sen biasa/normal.
Bagi aku variety/keragaman tersebut sepatutnya dikenali sebagai Duit Syiling 50 Sen "0" Tebal/Bold (Bahasa Inggeris), walaupun bunyinya sedikit janggal tetapi itulah kakikatnya yang patut kita terima. Adakah anda setuju?
Aku tak kisahlah anda bersetuju atau tidak, aku lebih selesa dengan panggilan Duit Syiling 50 Sen "0" Tebal/"Bold" bagi duit syiling tersebut, aku ada sediakan penerangan ringkas bergambar untuk memudahkan anda untuk faham. Sebelum itu, marilah kita ambil tahu dahulu maklumat ringkas berkenaan duit syiling 50 Sen siri kedua bermotifkan Wau dan spesifikasi teknikal;

Duit Syiling 50 Sen 2002
Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia.
Spesifikasi Teknikal:
Bahan/Kandungan: Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)/Cu: 75, Ni: 25
Garis Pusat (mm) : 27.76
Berat (g) : 9.33
Ketebalan (mm) : 2.18
Bahagian Sisi : Sisi Kosong Berukir Tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA”
Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang duit syiling siri kedua denominasi lain, anda boleh rujuk artikel Duit Syiling Malaysia Siri Kedua - Bunga Raya
Perbezaan antara duit syiling 50 sen 2002 biasa dengan "0" tebal/"bold" anda boleh rujuk pada gambar, keadaan fizikal bagi kedua-dua variety/keragaman duit syiling ini hampir sama dan boleh dikatakan tiada perbezaan langsung.