Cari Post lain disini

Wednesday, August 20, 2014

Variety/Keragaman Duit Syiling 1 Sen 2002

Maklumat yang dikongsikan pada kali ini aku ambil dalam senarai yang dibuat oleh Mr. Saran Singh berkenaan "Die Variety and Variety" duit syiling Malaysia, banyak juga yang beliau senaraikan tapi aku cerita dulu tentang variety/keragaman yang ada pada duit syiling 1 sen keluaran tahun 2002.

Setakat ini kita tidak tahu berapakah jumlah keseluruhan pengeluran/tempaan duit syiling 1 sen 2002 yang dalam edaran, untuk mengetahui lebih lanjut tentang duit syiling 1 sen dan denominasi lain (siri Bunga Raya) anda boleh rujuk artikel Duit Syiling Malaysia Siri Kedua - Bunga Raya

Sebelum kita pergi lebih jauh, anda perlu tahu terlebih dahulu maklumat asas duit syiling 1 sen siri kedua (Rebana Ubi), ringkasannya seperti dibawah;

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 1 Sen

Rebana Ubi adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal berlilitkan rotan dibahagian tepi dan kayu tebak dibahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Spesifikasi Teknikal:

Bahan/Kandungan: Keluli Bersalut Tembaga (Copper Clad Steel)
Garis Pusat (mm) : 17.78
Berat (g) : 1.74
Ketebalan (mm) : 1.26
Bahagian Sisi : Sisi Kosong (Plain Edge)
Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

Terdapat tiga (3) variety/keragaman duit syiling 1 sen 2002 yang pernah direkodkan dan terdapat empat (4) spot penting yang anda perlu lihat untuk membezakan ketiga-tiga variety tersebut.

Aku sarankan juga anda belajar mengenali dahulu komponen yang terdapat pada Bunga Raya, kalau tak nanti boleh keliru bila aku tulis tentang berbezaan yang melibatkan Bunga Raya.

Keratan Rentas Bunga Raya


1. Variety/Keragaman 1 (V1) 


1 Sen 2002 V1

  • [1] Rujuk pada Stamen Bunga Raya, Anter dan Filamen seolah-olah terputus terus dan hanya menampakan "dot" (Anter).
  • [2] Nilai muka 1 sen dengan angka "1" ditempa nipis tetapi jelas.
  • [3] Tulisan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" ditempa nipis tetapi jelas.
  • [4] Tempaan motif Bunga Raya ditempa baik dan jelas, urat pada Bunga Raya dan daun nampak jelas.

2. Variety/Keragaman 2 (V2) 

1 Sen 2002 V2

  • [1] Rujuk pada Stamen Bunga Raya, Anter dan Filamen ditempa agak kasar, besar tetapi nampak jelas.
  • [2] Nilai muka 1 sen dengan angka "1" ditempa nipis tetapi jelas sama seperti duit syiling 1 sen 2002 V1.
  • [3] Tulisan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" ditempa kasar dan tebal, berbeza jika dibandingkan dengan duit syiling 1 sen 2002 V1.
  • [4] Tempaan motif Bunga Raya ditempa kurang baik, urat pada Bunga Raya dan daun nampak kurang jelas. 

3. Variety/Keragaman 3 (V3) 

1 Sen 2002 V3


  • [1] Rujuk pada Stamen Bunga Raya, Anter dan Filamen ditempa agak kasar, besar tetapi nampak jelas sama seperti duit syiling 1 sen 2002 V2.
  • [2] Nilai muka 1 sen dengan angka "1" ditempa tebal ("bold").
  • [3] Tulisan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" ditempa kasar dan tebal sama seperti duit syiling 1 sen 2002 V2.
  • [4] Tempaan motif Bunga Raya ditempa kurang baik, urat pada Bunga Raya dan daun nampak kurang jelas sama seperti duit syiling 1 sen 2002 V2.

Bagi aku, variety/keragaman 2 (V2) agak susah untuk diperolehi buat masa ini. Boleh jadi pendapat anda berbeza kerana apa yang aku kongsikan disini adalah berdasarkan maklumat dan penelitian yang dibuat bagi duit syiling 1 sen 2002 yang ada dalam koleksi aku sahaja.

Sekiranya anda anda maklumat atau pendapat lain, dialu-alukan untuk sama-sama berkongsi. Anda boleh baca juga artikel Menara Popular Pada Duit Syiling 5 Sen 2007 dan 2009.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute