Cari Post lain disini

Loading...

Tuesday, August 12, 2014

Menara Popular Pada Syiling 5 Sen 2007 dan 2009

Ramai dah tahu terdapat "error" pada syiling 5 sen 2009 dan 2007, bagi yang belum tahu bolehlah terus membacanya. Saja aku tulis dalam blog my-koleksi sebagai sumber rujukan kepada "collector" atau mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan hobi ini.

Pendapat aku, agak sukar untuk kita mememui "error" yang dikenali sebagai DDO (Doubled Die Obverse) yang membentuk KLCC pada syiling 5 sen 2009 berbanding The Oriental Pearl Tower (Shanghai Tower).  Kalau tak percaya anda boleh cuba mencarinya sendiri dalam simpanan syiling 5 sen, kebarangkalian untuk mendapat "KLCC" adalah sedikit...... mungkin dengan nisbah 1:1000.

Apa itu DDO? kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah merujuk blog Tuan duacongkak dan Tuan depankanta jadi tak perlulah aku jelaskan sekali lagi disini.

Syiling 5 sen 2009

"Error" yang terhasil seakan-akan sama dengan KLCC

5 Sen 2007

"Error" yang terhasil seakan-akan sama dengan The Oriental Pearl Tower

Aku ada terdengar cerita yang error "Shanghai Tower" sengaja diwujudkan iaitu dengan cara mengukir semula "die" untuk syiling 5 sen 2007 supaya terdapat "error". Setelah ianya dikesan, "die" tersebut telah digantikan dengan yang baru. Sejauh mana kebenaran, aku tak dapat nak pastikan.....disebabkan itulah "error" Shanghai Tower mudah diperolehi berbanding "error" KLCC.

Pagi ni saja, tak sampai 5 minit aku dapat cari 3 keping syiling 5 sen 2007 "Shanghai Tower".....5 sen 2009 "KLCC" tak jumpa langsung.


Carian aku hanya dalam "celepa" "LOVE" akak dekat opis aku, belum lagi aku korek tabung ayam dia yang ada dalam laci. :D. Aku tak ambil pun 3 keping syiling tu, aku suruh dia simpan.....sekarang aku tengah mencari 5 sen "Penang Bridge" dan "9/11"....macam-macam pula nama "error" diberi. 

Kalau anda ada maklumat lain berkenaan syiling 5 sen bolehlah PM atau email aku.... :D

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute