Cari Post lain disini

Thursday, November 27, 2014

JANGAN Beratur di Sasana Kijang, Ada Entiti Menunggu Anda

Apakah itu Entiti yang dimaksudkan

Tak payah susah-susah nak beratur, mykoleksi sudah kerahkan bala tentera untuk beratur. Berhati-hatilah dengan mereka, ada 9 entiti yang anda tidak kenal dan mereka bakal mengubahnya nanti dengan pelbagai skill yang anda tidak penah lihat dan terfikir.

Hanya mereka yang pakar dapat mengenali mereka.......tak payah nak pening-pening, kalau tak tahu macam mana nak beratur. Boleh layan video dibawah


Sudah tonton video tersebut sampai habis, kalau sudah....TAHNIAH mykoleksi ucapkan. Nampaknya tak ada masalah untuk beratur beramai-ramai di pusat jualan BNM bersempena Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Taman Negara ke-75

Sekiranya masih ada lagi mereka-mereka yang berperangai seperti yang ditulis dalam 27 Jun 2014 - Hari Itu Dalam Sejarah di Sasana Kijang, senang cakap....mereka TIDAK CERDIK SIVIK

Berdasarkan pemerhatian mykoleksi, memang belum ada lagi syiling tersebut "TERLEPAS" dan dijual melalui laman popular ebay, mudah dan Facebook. Nampaknya amanah yang diberi, dipegang dengan penuh integriti. Janji 28 November 2014 akan jual........28 November 2014 baru jual....... :D

Hampir 1 bulan awal pengumunan dibuat, terima kasih kepada BNM kali ini….senang sikit pembeli hendak “MERANCANG”.

MERANCANG? Apa yang dirancangkan? tak tahulah, apa yang mykoleksi rancang hanyalah untuk mengambil cuti pada tarikh tersebut. selain itu mykoleksi turut membuat tinjauan tentang:

1. Ramalan Cuaca 

Wilayah PersekutuanKuala Lumpur pada 28 November 2014, nampaknya waktu pagi diramalkan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Ramalan Cuaca, 28 November 2014

2. Payung atau baju kalis hujan

Payung dan Baju Kalis Hujan

Bila dah tengok ramalan cuaca pagi esok berkemungkinan hujan. Sebagai langkah berjaga-jaga, mykoleksi nasihatkan pembeli sediakan baju kalis hujan atau payung sebagai penyelamat. Kalau BNM prihatin dengan Ramalan Kaji Cuaca, mungkin pihak mereka akan merancang tempat beratur yang boleh berlindung sekiranya hujan turun. 

Maklumat penuh boleh rujuk www.met.gov.my. Tak guna juga kalau buat pengumuman awal tetapi langkah-langkah persediaan awal tidak dijalankan.

2. Kerusi
Kerusi Ajaib

Kerusi sangat penting, mykoleksi mencari kerusi yang kecil dan ringan yang bakal dibawa nanti, senang sikit nak duduk. Kalau tak ada kerusi boleh kematu tapak kaki mykoleksi berdiri lama-lama.

Itulah sedikit rancangan dan langkah awal mykoleksi itu esok, kita hanya merancang hanya Allah yang menentukan.

Apakah pula rancangan dan langkah yang diambil oleh BNM?

Sekiranya BNM prihatin dengan apa yang pernah ditulis oleh mykoleksi, sudah pasti proses jualan syiling peringatan akan bertambah baik dari masa ke semasa. Nampaknya, apa yang ditulis diabaikan sahaja tetapi mykoleksi tidak mudah mengalah......sekali lagi mykoleksi "paste" link untuk rujukan anda

Nombor Giliran Haram

1 comment:

Malaysia Coins said...

Kat sana ok lagi. Kat JB, ada orang parking kereta jam 7 malam. 7 pagi esok, terus beratur kat depan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute