Cari Post lain disini

Loading...

Monday, August 10, 2015

Rahsia Sebatang Pen dan Tandatangan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz Pada Wang Kertas Malaysia


Kita semua tahu tandatangan diatas dimiliki oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) ke-7, anda boleh baca Kenali Gabenor BNM dan Tandatangan dan juga Tandatangan Tan Sri William Howard Wilcock untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Disebalik tandatangan itu tersimpan satu rahsia yang perlu mykoleksi rungkaikan kerana di Galeri Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang jawapannya "TIADA". Apakah rahsia itu? 

Jeng...Jeng...Jeng.......Rahsia Jenama Sebatang "PEN DAKWAT CAIR"

Pen Dakwat Cair yang dipamerkan di Galeri Bank Negara Malaysia, 
Sasana Kijang

Sila baca apa yang ditulis dengan teliti, adakah anda jumpa jenama pen tersebut? sudah tentu tidak....hehehe, nasib baik lah ada satu "klue" (tu pun kalau boleh dianggap "klue") yang membantu mykoleksi untuk meneruskan pencarian.

"Tandatangan beliau asalnya ditandatangani dengan pen dakwat cair ini"

Nilai Disebalik Sebatang Pen
(macam tak kena saja)

Mari kita cari lagi, mesti ada ditulis di tempat lain.....mungkin pada bahagian "badan", "bontot" atau "tudung" pen. Zoom sikit, kot-kot boleh nampak jenama pen.......kilometrico rasanya.  "Takkan lah pihak yang bertanggungjawab tak tahu jenama pen tu". Berkerut juga dahi mykoleksi masa ni, rasa nak garu kepala pun ada juga.

Pen Dakwat Cair, Jenama Tidak diketahui

Tak nampak juga, SANGAT BERINFORMASI betul maklumat yang diberi sehingga Jenama Pen pun tidak dinyatakan.

Pandangan mykoleksi, penggunaan perkataan "mungkin" tidak sesuai digunakan kerana ini memberi gambaran yang "mereka" tidak pasti dengan apa yang ditulis. Betul tak? kalau tak pasti, elok jangan tulis....memadai dengan meletak gambar tandatangan dan sebatang pen. Senang kan? Jadi, tak perlulah nak berteka-teki dengan pengunjung yang datang untuk melawat Sasana Kijang.

mykoleksi pun tak mahu berteka-teki lagi, Pen Dakwat Cair tersebut berjenama "LAMY"

Pen Dakwat Cair  Jenama LAMY Safari dan LAMY AL-star

Pada awalnya mykoleksi ingatkan pen yang dipamerkan itu adalah pen dakwat cair "LAMY AL-star", bila diperhatikan betul-betul sebenarnya "LAMY Safari Black". mykoleksi hampir tertipu dan keliru dengan rekabentuk yang hampir sama,  anda boleh rujuk gambar diatas untuk melihat perbezaan kedua-dua pen tersebut.

"LAMY Safari Black Fountain Pen"

Siapakah pereka pen  "LAMY Safari Black"?

Wolfgang Fabian
Pereka LAMY Safari

Wolfgang Fabian, who was born in 1943, was a qualified goldsmith before he studied industrial design.

With his team "Fabian Industrie-Design" he has been developing formal and technical solutions for utility goods and items of capital expenditure since 1981.

Products designed by Fabian Industrie-Design have been awarded with many international prizes.

Mr. Fabian is the responsible designer for the following Lamy ranges:
  1. LAMY agenda
  2. LAMY AL-star
  3. LAMY logo
  4. LAMY pickup
  5. LAMY safari
  6. LAMY spirit
  7. LAMY swift
  8. LAMY tipo
Sumber asal: Lamy Designer

mykoleksi berharap maklumat ini dapat membantu kita semua, kalau terjumpa perkataan "MUNGKIN" dalam blog mykoleksi, minta tolong abaikan dan buat-buat tak nampak......hehehehe

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute