Cari Post lain disini

Sunday, May 29, 2016

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Ke-100

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Ke-100. PPPM adalah komited untuk melahirkan golongan wanita yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai Pandu Puteri selari dengan visi PPPM untuk "menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan."

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)

Duit syiling berwarna pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM212 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic 

Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10.60 sekeping. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu, yang mengandungi duit syiling pruf perak berwarna dan pruf emas Nordic. Sebanyak 2,000 set akan dijual pada harga RM265 setiap set.

Nota: Harga jualan yang dinyatakan termasuk 6% GST

Butiran terperinci mengenai spesifikasi duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.


Reka Bentuk Duit Syiling

Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Bahagian Hadapan Duit Syiling 

Bahagian tengah duit syiling peringatan ini memaparkan imej simpul buku sila (reef knot) yang melambangkan persahabatan yang berkekalan dalam kalangan ahli Pandu Puteri di dalam dan luar negara, dan juga logo perayaan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun PPPM Ke-100. Imej tali yang mengelilingi bahagian tengah duit syiling ini melambangkan kekukuhan dan hubungan yang erat dalam organisasi ini. Perkataan PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tempoh tahun '1916-2016' diletakkan di bahagian bawah duit syiling ini.

2. Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian tengah duit syiling peringatan ini memaparkan logo rasmi PPPM. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA pula dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling tertera di bahagian bawah duit syiling ini.

Reka bentuk penuh duit syiling peringatan ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran II.


Lokasi Jualan

Duit syiling ini akan mula dijual pada 6 Jun 2016 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG), pejabat wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta cawangan di Kuala Terengganu.

Bank Negara Malaysia
28 Mei 2016

Sumber asal: www.bnm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute