Cari Post lain disini

Friday, July 14, 2017

Jualan Wang Kertas Sarawak Palsu, di laman Lelong eBay disiasat

Oleh Nur Shahirah Osman - July 13, 2017

KUCHING: Lebih 200 pelanggan membeli “wang kertas Sarawak” di eBay yang menampilkan foto Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Wang kertas bernilai 50 dolar itu memaparkan lambang Jata Sarawak serta tertulis Kerajaan Sarawak difahamkan sudah lama dijual di eBay.

Memetik laporan Sarawak Tibune pada Khamis, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata cetakan dan jualan wang kertas seperti itu salah dari segi undang-undang.


Menurut Hasidah pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) Sarawak di hotel terkemuka di Kuching pada Rabu, Kerajaan Negeri menyiasat kegiatan melelong wang kertas berkenaan yang disifatkan sebagai hina kerana menyalah guna gambar Yang di-Pertua Negeri.

“Ini tidak masuk akal, jahat dan tidak boleh diterima kerajaan kita,” ujar Hasidah menbambah, “saya sedih melihat perkara seperti ini berlaku sekarang dan kita akan melihat perkara ini dan membuat penyiasatan,” tegasnya.

Beliau kesal kerana duit olok-olok tersebut begitu mudah ditemui dalam aplikasi online seperti e-bay.

Perbuatan tersebut dianggap serius, tidak beretika dan salah dari segi undang-undang, menurut Hasidah yang mengaku baru melihat wang kertas berkenaan yang dianggap palsu dan tidak sah- Sarawakvoice




Sumber asal: sarawakvoice.com

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute