Cari Post lain disini

Friday, July 28, 2017

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia Ke-100

No Ruj : 07/17/11 27 Jul 2017 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 pada tahun 2017. Malaysia adalah antara negara yang terkenal sebagai pengeluar dan pengeksport minyak sawit terbesar di dunia. Sektor minyak sawit telah memberikan sumbangan yang besar kepada perolehan eksport negara secara kumulatif melalui eksport komoditi dan pelbagai produk nilai tambah kepada pasaran dunia. Sektor ini juga telah mewujudkan lebih banyak pekerjaan serta meningkatkan kebajikan dan taraf hidup sebahagian besar masyarakat luar bandar di seluruh negara.

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada hari ini di Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang, Kuala Lumpur.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM230 sekeping. Sebanyak 700 keping sahaja ditempa.
Nota: Harga tertakluk kepada 6% GST.

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 13,000 keping sahaja ditempa.
Nota: Harga tertakluk kepada 6% GST.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu. Set ini mengandungi duit syiling pruf perak berwarna dan pruf emas nordic. Set ini akan dijual pada harga RM280 setiap set (harga tertakluk kepada 6% GST) dan hanya 1,300 set sahaja disediakan. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.


Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:

1. Bahagian Hadapan

Logo rasmi sambutan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 yang melambangkan kemajuan industri minyak sawit di Malaysia dipaparkan di tengah-tengah duit syiling. Perkataan "MINYAK SAWIT MALAYSIA, KEBANGGAAN DAN PENCAPAIAN KITA" tertera pada sekeliling duit syiling.

2. Bahagian Belakang 

Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka tertera pada bahagian bawah duit syiling ini. Bahagian tengah duit syiling memaparkan ilustrasi imej pokok sawit, yang melambangkan pertumbuhan dan perkembangan industri minyak sawit ke arah pencapaian cemerlang bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-100.

Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini ditunjukkan pada Lampiran II


Pameran untuk Orang Ramai dan Tarikh Jualan

Duit syiling peringatan ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Contoh duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Isnin, 31 Julai 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan di pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Jualan duit syiling ini akan bermula pada Rabu, 9 Ogos 2017 di lokasi yang sama.



Bank Negara Malaysia
27 Jul 2017

Sumber asal: www.bnm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute