Cari Post lain disini

Thursday, January 25, 2018

Redhakah Anda Dengan Keputusan Tempahan Wang/Syiling Peringatan BNM

Hari ini keputusan undian untuk ketiga-tiga jenis tempahan Wang Kertas dan Duit Syiling Peringatan keluaran BNM boleh disemak di pautan duit.bnm.gov.my. dengan hanya memasukkan nombor Kad Pengenalan/Passport dan berdesup keputusannya keluar nanti.

Semak Keputusan

mykoleksi rasa begitu berdebar-debar pula, rasa yang sama semasa mykoleksi semak keputusan SRP satu masa dulu. Harap-harap, dapatlah apa yang dihajati.....amin!!!

Dibawah adalah keputusan tempahan Wang Kertas dan Duit Syiling Peringatan BNM salah seorang sahabat, mykoleksi hanya kongsikan sebahagian saja keputusannya kerana tidak mahu mengganggu emosi beliau ketika ini. mykoleksi sudah cuba memberi kata-kata semangat supaya beliau redha dengan apa yang beliau dapat tetapi malangnya beliau tidak endahkan.

Ketika topik ini ditulis, beliau masih tidak keruan kerana memikirkan tentang soal ini sehinggakan beliau bertanya kepada mykoleksi 'pasai pa aku tak dapat yang tu, pasai pa aku dapat yang ini saja'. Tolonglah bantu mykoleksi, rasa sangat stress bercampur hiba bila mengenagkan keadaan beliau sekarang.


Sebahagian Keputusan Tempahan Beliau

Bagaimana dengan keputusan yang anda dapat pula? mykoleksi harap anda tidak beremosi seperti sahabat mykoleksi itu, mungkin ada juga yang anda rasa tak berpuas hati kerana ada 'barang' yang diidamkan tidak dapat bukan? Apa-apa keputusan yang kita dapat, terima saja walaupun terpaksa rela.

mykoleksi rasa ada perkara yang perlu diperbetulkan semasa proses pengundian dijalankan supaya ianya nampak lebih telus kerana ini melibatkan soal "WANG DAN HARAPAN" pembeli. Apa yang mykoleksi nampak, kurang ketelusan semasa proses undian dijalankan:
  1. BNM TIDAK maklumkan secara tepat perisian (software) apa yang digunakan untuk menjalankan undian. Persoalan yang timbul disini, adakah perisian tersebut mempunyai ketepatan yang tinggi dalam menjalankan proses undian?
  2. Selain isu perisian, mykoleksi rasa perlu ada penglibatan pihak ketiga (ke-3) iaitu bukan dikalangan pegawai BNM semasa proses undian dijalankan. BNM boleh menjemput wakil persatuan Numismatik, 'collector' tegar (beberapa orang yang boleh dipercayai dan tiada kepentingan/hubungan kerja dengan BNM) dan paling penting blogger kacak (mykoleksi) untuk turut serta semasa proses undian dijalankan sebagai PEMERHATI BEBAS. Jadi, ketelusan dan integriti BNM semasa menjalankan proses undian tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini juga dapat mengelakkan tanggapan negatif terhadap BNM yang boleh dilabelkan sebagai 'BUAT KERJA SYOK SENDIRI' kerana 'MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN'. Kalau BNM 'blur' sangat, BNM boleh rujuk cara undian yang dijalankan untuk Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) walaupun caranya sedikit berbeza.
  3. Sekiranya BNM rasa tiada keperluan untuk jemput PERMERHATI BEBAS. Jangan risau ada cara lain yang lebih JIMAT iaitu boleh jalankan proses undian secara langsung sebagai contoh 'FB live', ketika inilah peluang untuk pegawai BNM nak tunjuk bakat dan ke'comel'an masing-masing. 
Kenapa baru sekarang mykoleksi menulis tentang perkara ini? Kenapa tidak dahulu?

Jawapannya mudah, siapa dibayar gaji untuk menjalankan tanggungjawab ini? Jadi, orang yang diberi tanggungjawab tersebut mesti menjalankan tugas/kerja mereka dengan sebaik mungkin dan berkualiti. Berfikirlah dengan lebih cergas untuk melahirkan idea-idea yang inovatif.

Cadangan mykoleksi, sekiranya pegawai BNM yang berkenaan tidak dapat mengalas tangungjawab tersebut dengan sebaik mungkin, elok diberi peluang kepada pegawai lain di dalam BNM untuk menggalas tanggungjawab yang BERAT dan HEBAT ini supaya mendapat hasil yang lebih cemerlang.

Jika budak sekolah rendah ada KBAT, BNM pula ada staf HEBAT. Tidak mustahil sekiranya pegawai BNM yang berkenaan boleh melakukannya dengan lebih CEMERLANG, TERBILANG dan GEMILANG :D  

mykoleksi harap akan ada perubahan yang dilakukan oleh BNM dalam proses undian tempahan Wang Kertas atau Duit Syiling Peringatan di masa hadapan supaya perkara yang boleh dipertikaikan dapat dielakkan nanti.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tiga (3) keluaran Wang Kertas dan Duit Syiling Peringatan BNM tersebut, anda boleh rujuk dibawah:
  1. Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV
  2. Pengeluaran Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  3. Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia

Sekian,

Yang ikhlas menegur,
mykoleksi

1 comment:

Hans Hanis said...

tak redhaaaaaa
sokong cadangan my koleksi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute