Pada 14 Disember 2017, BNM telah mengumumkan Pengeluaran Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, mykoleksi sememangnya sudah lama menanti kemunculan wang kertas peringatan tersebut untuk disunting sebagai bahan koleksi terkini.
mykoleksi ketika itu difahamkan, wang kertas peringatan RM600 tersebut telah 'sailang' rekod wang kertas terbesar 'yang sah diperlakukan' di dunia yang sebelum ini di pegang oleh Wang Kertas Peringatan Sempena 100 Tahun Kemerdekaan Filipina bernilai muka 100,000pesos.
Kalau tak percaya, anda boleh lihat sendiri perbezaan saiz bagi kedua-dua wang kertas peringatan Malaysia dan Filipina, mykoleksi lebih suka menggunakan unit ukuran millimeter (mm) sama seperti yang digunakan oleh BNM.
Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan 100 Tahun Kemerdekaan Filipina
Fakta menarik yang anda perlu tahu berkaitan Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan 100 Tahun Kemerdekaan Filipina yang mykoleksi telah sediakan untuk bacaan anda.
- Wang kertas peringatan terbesar Filipina 100,000pesos telah dikeluarkan oleh Bangko Sentral ng Pilipinas (Bank Pusat Filipina) pada 22 May 1998.
- Sudah hampir 20 tahun usianya dan selama itulah juga ianya memegang tahta atau dinobatkan sebagai wang kertas terbesar 'YANG SAH DIPERLAKUKAN' (Largest Legal Banknote) di dunia menurut Guinness World Records (GWR) bersaiz 33cm x 22cm (330mm x 220mm).
- Semasa ia di keluarkan, wang kertas tersebut dijual dengan harga 180,000pesos sekeping (dianggarkan RM17,712 pada tahun 1998) dan hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 keping sahaja.
- Wang kertas tersebut dicetak di German (Munich) oleh syarikat pencetakkan Giesecke Devrient GMBH dan dilengkapi dengan 21 ciri keselamatan untuk menjadikannya sukar untuk dipalsukan ketika itu, salah satu ciri keselamatannya ialah hologram pada wang kertas.
Untuk makluman anda, anggaran harga jualan pada tahun 1998 atau lebih tepat lagi 22 May 1998 mykoleksi perolehi daripada data berikut:
1 Pesos = RM0.0984, jadi 180,000 x RM0.0984 = RM17,712
Note: kalau ada kesilapan tolong bantu :D
Pendapat mykoleksi, berkemungkinan harga wang kertas peringatan ini lebih mahal pada tahun 2018 bukan disebabkan kadar tukaran wang asing (Peso kepada RM) tetapi nilai Numismatik dan jumlah keluaran terhad (1,000keping) serta gred yang dibawa oleh wang kertas tersebut pada masa ini.
Rasanya untuk mendapat gred yang baik bagi wang kertas yang sudah berusia 20 tahun keluarannya agak sukar kerana wang kertas yang tidak dijaga dengan baik mudah terdedah kepada simpton penyakit 'kuning'.
Penerangan serta gambar bahagian hadapan dan belakang wang kertas peringatan Filipina 100,000pesos
XE Currency Table: PHP - Philippine Piso
Note: kalau ada kesilapan tolong bantu :D
Pendapat mykoleksi, berkemungkinan harga wang kertas peringatan ini lebih mahal pada tahun 2018 bukan disebabkan kadar tukaran wang asing (Peso kepada RM) tetapi nilai Numismatik dan jumlah keluaran terhad (1,000keping) serta gred yang dibawa oleh wang kertas tersebut pada masa ini.
Rasanya untuk mendapat gred yang baik bagi wang kertas yang sudah berusia 20 tahun keluarannya agak sukar kerana wang kertas yang tidak dijaga dengan baik mudah terdedah kepada simpton penyakit 'kuning'.
Penerangan serta gambar bahagian hadapan dan belakang wang kertas peringatan Filipina 100,000pesos
Bahagian Hadapan
Features "Sigaw ng Himagsikan", a scene that brings to mind the struggle for independence and the cry of defiance against Spanish tyranny by Andres Bonifacio and his Katipunero on 24 August 1896. (sumber: www.bsp.gov.ph)
Features the glorious and triumphant scene of the Proclamation of the Philippine Independence by Gen. Emilio Aguinaldo on 12 June 1898 in Kawit, Cavite. It was on this occasion that the Philippine flag, made by Marcela Agoncillo, was unfurled while the national anthem, composed by Julian Felipe, was played. (sumber: www.bsp.gov.ph)
Selain maklumat yang mykoleksi telah kongsi tadi, anda juga boleh baca maklumat dibawah:
2. BSP Announces the Demonetization of 100,000-Piso and 2,000-Piso Centennial Commemorative Notes, 08.01.2017 (www.bsp.gov.ph)
3. 'website' rasmi 'Guinness World Records'
1. 100,000-piso Centennial Commemorative Notes (www.bsp.gov.ph)
Sekarang ni, jom kita main tukar-tukar unit ukuran matrik, kita ambil ukuran Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan 100 Tahun Kemerdekaan Filipina seperti yang ditulis dalam GWR sebagai rujukan.
Mula-mula mykoleksi tukar dulu 'cm kepada in (inci)' dan 'in (inci) kepada cm'
22 x 33cm (8 1/2 x 11in)
mykoleksi cuba tukarkan pula ukuran 'cm kepada mm' dan 'in kepada mm' mengikut unit yang diguna pakai oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
Adakah anda nampak kesalahan disitu?
Sekian,
Yang menulis dan berkongsi bukan kerna nama,
mykoleksi
Sumber rujukan lain:
1 comment:
soon kita pulak largest legal tender banknote :-)
huhuhu! bangga jap, walaupun aku tak dapek..
Post a Comment