Cari Post lain disini

Friday, June 22, 2018

TAHNIAH!!! diatas Perlantikan Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus Sebagai Gabenor BNM ke-9

Ucapan tahniah kepada Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia Dari 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2023

No Ruj :  22 Jun 2018 Embargo : Untuk Siaran Segera 

Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (Gabenor BNM Ke-9)

Kementerian Kewangan telah diarahkan untuk mengumumkan bahawa Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 19 Jun 2018 telah memperkenan cadangan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melantik Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu.

YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah mengemukakan cadangannya pada 18 Jun 2018 kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa Datuk Nor Shamsiah dilantik sebagai Gabenor BNM selama tempoh lima tahun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2023.

Datuk Nor Shamsiah adalah Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dari 2010 hingga 2016. Baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Sebagai Timbalan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah bertanggungjawab ke atas penyeliaan perbankan, insurans dan Takaful, perisikan kewangan dan penguatkuasaan, pengurusan bakat, kewangan dan perkongsian perkhidmatan di BNM.

Datuk Nor Shamsiah merupakan seorang lepasan University of South Australia dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dan seorang Akauntan Bertauliah (CPA).

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Putrajaya
22 Jun 2018

Sumber asal: www.bnm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute