Cari Post lain disini

Sunday, November 4, 2018

Mesin Teller Automatik (ATM) Bank Si Kijang Dengan Wang Kertas $10, $20 dan $50 Khas

ATM Bank Si Kijang

Mungkin ramai diantara kita yang belum tahu kewujudan Mesin Teller Automatik (ATM) di Bank Si Kijang, ATM tersebut ditempatkan di dalam Galeri Kanak-kanak, Sanana Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) yang terletak bersebelahan dengan Kedai Muzium BNM.

ATM tersebut merupakan salah satu daya penarik baru yang diusahakan oleh pihak Muzium dan Galeri Seni BNM untuk menarik pengunjung terutama sekali kanak-kanak. Jadi, ibubapa yang berkelapangan boleh membawa anak-anak untuk berkunjung pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu.

Jom baca penerangan ringkas yang mykoleksi sediakan dibawah;

Penerangan Ringkas ATM Bank Si Kijang oleh BNM


Tujuan pihak BNM menyediakan ATM tersebut adalah sebagai pengenalan bagi mendidik kanak-kanak tentang fungsi sebuah ATM, walaupun  ATM yang berada di Galeri Kanak-kanak tersebut hanya simulasi tetapi ianya hampir sama dengan fungsi ATM sebenar.

Dengan adanya ATM ini, kanak-kanak dapat menerokai dan belajar beberapa fungsi ATM dengan mengunakan ATM Bank Si Kijang;
  1. Pengeluaran Tunai - untuk mengeluarkan wang dari akaun simpanan anda.
  2. Pemindahan Wang Tunai -  untuk memindahkan wang dari akaun anda ke akaun yang lain
  3. Pembayaran Bil - Untuk membayar bil air, telefon dan elektrik anda.
Sekiranya anak-anak atau anda ingin mencuba menggunakan ATM Bank Si Kijang. Sila dapatkan kad ATM Bank Sri Kijang di Kaunter Perkhidmatan Pelawat, Muzium dan Galeri Seni. Kad ATM tersebut diperbuat daripada kertas keras yang saiznya hampir sama dengan kad ATM sebenar, menarik juga rekabentuknya.

Kad ATM Bank Si Kijang

Cara mengunakan ATM Bank Si Kijang pun hampir sama dengan ATM yang sebenar, cuma bezanya kad ATM tersebut hanya boleh digunakan sekali sahaja. Nak tahu kenapa? nanti mykoleksi akan ceritakan tapi sebelum tu anda baca dulu perkongsian seterusnya.

Masukan kad ATM yang anda ambil tadi dan tunggu sehingga kad tersebut dikenalpasti sebelum anda boleh meneruskan proses yang seterusnya. Semasa mykoleksi mencubanya, ada diantara kad ATM yang diberi tidak boleh dikenalpasti oleh ATM. 

Sekiranya perkara ini berlaku anda jangan panik, anda hanya perlu pergi semula ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan tadi untuk minta tukar kad ATM baru. 

Note: tak perlu pun isi borang atau bayar denda, tukar saja 

Masukkan Kad ATM

Selepas kad anda dikenalpasti, menu pilihan bahasa akan dipaparkan dan anda diminta untuk membuat pilihan bahasa sama ada memilih 'Bahasa Melayu' atau 'English', mykoleksi sudah pasti pilih 'Bahasa Melayu'.

Menu Pilihan Bahasa

Langkah seterusnya, anda dikehendaki memasukkan 6 digit nombor pin ATM. Masa ni mykoleksi agak confius sikit, dah la akaun Bank Si Kijang pun tak ada tiba-tiba boleh pula minta nombor pin. Sebenarnya anda tak perlu pening atau confius pun, apa yang anda perlu buat adalah masukkan saja apa-apa nombor janji cukup 6 digit.

Selepas itu, anda akan dibawa ke 'Menu Utama', disini anda boleh memilih urusniaga apa yang anda ingin lakukan daripada 3 pilihan yang ada;
  1. Pengeluaran Wang Tunai
  2. Pemindahan Wang
  3. Pembayaran Bil
Jika anda ingin mencuba semua fungsi diatas tidak menjadi masalah, silakan. Cuma mykoleksi sarankan supaya anda mencuba fungsi 'Pengeluaran Wang Tunai" pada akhir sekali.

Masukkan 6 Digit Nombor Pin Dan Menu Utama

Proses Pengeluaran Wang di ATM Si Kijang


Pengalaman ini bagi mykoleksi sangat menarik untuk anak-anak termasuklah kita, setelah urusan pengeluaran selesai kad ATM Bank Si Kijang akan ditebuk seperti gambar dibawah. Ini menandakan yang kad ATM tersebut sudah digunakan.

Kad ATM Akan Ditebuk Setelah Digunakan

Terdapat 3 denominasi wang kertas yang anda boleh keluarkan menggunakan ATM Bank Si Kijang iaitu $10, $20 dan $50, comel pula mykoleksi tengok. Apa tunggu lagi, dapatkanlah koleksi wang kertas bank Si Kijang sementara stok masih ada.

Matawang Kertas Berdenominasi RM10, RM20 dan RM50

Pastikan juga anda menyimpan resit transaksi supaya boleh dijadikan rujukan dimasa akan datang, sayangnya masa mykoleksi keluarkan wang tarikh pada resit tidak menunjukkan tarikh sebenar (3 November 2018) tetapi tarikh 27 November 2018. Itu hanya masalah teknikal sahaja, apa yang penting mykoleksi masih simpan lagi ketiga-tiga resit tersebut.

Resit Mesin ATM Bank Si Kijang

Itulah cerita tentang Mesin Teller Automatik (ATM) Bank Si Kijang yang tersimpan wang kertas $10, $20 dan $50, bagi mereka yang belum pernah sampai ke Galeri Kanak-kanak di Sasana Kijang bolehlah mula merancang untuk ke sana dan mykoleksi pasti anak-anak anda mesti menyukainya.

Dengan perkongsian artikel ini, mykoleksi harap pihak BNM khasnya Polis Bantuan BNM perlu lebih berjaga-jaga dan membuat pemantauan dengan lebih kerap di Galeri Kanak-kanak kerana ATM Bank Si Kijang bakal menjadi sasaran ramai "pengunjung" yang berminat untuk membolot semua wang kertas yang terdapat didalam ATM tersebut dan sudah pasti bukan untuk dijadikan sebagai koleksi semata-mata tetapi kebanyakkan akan mengambil peluang menjual wang kertas Bank Si Kijang tersebut dengan harga yang tidak masuk akal. 

Walaupun bagi orang ramai beranggapan wang kertas denominasi $10, $20 dan $50 yang boleh dikeluarkan PERCUMA  di ATM tersebut hanyalah kertas biasa atau wang kertas mainan yang tidak mempunyai nilai tetapi bagi mereka yang berada dalam dunia hobi numismatik ianya adalah sesuatu yang amat bernilai dan mesti dimiliki sebagai koleksi.

Harap-harap lepas ni mykoleksi tak nak dengar cerita yang ada cubaan untuk melarikan ATM Bank Si Kijang pula, sila bertenang dan teruskan menumis seperti biasa. Benda ada banyak, buat apa nak kalut.

Yang ada wang kertas Bank Si Kijang,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute