Cari Post lain disini

Wednesday, November 7, 2018

Seri Kijang Bank Negara Malaysia

Rasanya ramai yang tidak pernah mendengar atau tahu tentang Seri Kijang, namanya unik dan sudah pasti ada yang menarik untuk kita ketahui.

Adakah Seri Kijang sejenis mata wang.

Jawapannya TIDAK, namun Seri Kijang tetap mempunyai nilai dan ceritanya yang tersendiri. Kebiasaannya, barangan yang bernilai tinggi akan dikawal dan dijaga dengan rapi. Anda boleh pegang dan rasa namun untuk memilikinya sebagai koleksi adalah mustahil......ya, mustahil.

Oklah, mykoleksi akan membongkar kisah Seri Kijang sedikit demi sedikit. Pada 17 November 1970 telah berlangsung satu majlis pengadilan/pemilihan pemenang bagi satu pertandingan peringakat kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Majlis Seni Malaysia. Majlis tersebut bertempat di dalam sebuah bilik persidangan, bangunan Starits Trading.

Syed Ahmad Jamal merupakan salah seorang peserta pertandingan tersebut dan kini tibalah giliran beliau untuk memberi penerangan berkenaan apa yang beliau hasilkan.

Peluang tersebut digunakan dengan sebaik mungkin dengan harapan karya hebat yang beliau hasilkan menjadi pilihan pengadil dan seterusnya dinobatkan sebagai pemenang seperti diidam-idamkan oleh semua peserta.

Bermulalah kisah mural yang diberi nama 'Seri Kijang'

Berikut adalah sedikit penerangan ringkas yang mykoleksi telah olah hasil rujukan pelbagai sumber.

Syed Ahmad Jamel Tekun Memberi Penerangan

Dari kiri:  Encik Choi Siew Hong (Timbalan Gabenor Bank Negara), Tan Sri Ismail Ali (Gabenor Bank Negara) dan Encik A. A. Geeraerts sedang mendengar penerangan dari Syed Ahmad Jamal.

Mural 'Miniature' diletakkan Pada Bangunan Bank Negara

Syed Ahmad Jamal sedang meletakkan muralnya pada model Bangunan Bank Negara, mural tersebut diletak dengan berhati-hati.

Syed Ahmad Jamal bersama-sama dengan En. Choi Siew Hong dan Tan Sri Ismail Ali 

Tan Sri Ismail Ali berbual dengan Syed Ahmad Jamal selepas pertandingan Mural di Bilik Persidangan, Bangunan Straits Trading, Kuala Lumpur sambil diperhatikan oleh En. Choi Siew Hong

Syed Ahmad Jamal telah dinobatkan sebagai pemenang pertadingan mural peringkat kebangsaan pada tahun 1970, gambar dibawah adalah replika mural yang diberi nama 'Seri Kijang'.

Replika Mural Seri Kijang yang dipamerkan di Sasana Kijang Semperna Pameran 'Tun Ismail Ali: Peneraju Amanah dan Integriti yang Berlangsung Oktober - Disember 2018'

Mari kita belajar sikit apa maksud disebalik mural Seri Kijang
  1. Rekabentuk mural ini bertujuan menyatakan fungsi dan aktiviti Bank Negara Malaysia yang menggambarkan aliran wang dan tukaran wang asing, perdagangan asing, pertumbuhan ekonomi, perkembangan industri termasuklah pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran komoditi utama negara antaranya menoreh getah, penanaman padi dan perlombongan bijih timah.
  2. Terdapat juga motif yang diolah seperti simbol matematik, graf kemajuan, check bernombor, penyata bank, ombak dan awan.
  3. Logo yang mendominasi ruang tengal mural diperbuat daripada piuter. Reka bentuk ini diilhamkan daripada motif duit syiling emas lama dipercayai wujud sejak abad ke-18M yang ditemui di Negeri Kelantan. Haiwan yang digambarkan itu adalah seekor 'kijang'. 
  4. Matahari dan bulan sabit dipilih untuk melambangkan kuasa dan agama Islam.
  5. Selebihnya mural ini diperbuat daripada aluminium semula jadi dan yang beranod emas dengan viner meranti didasarnya.
Menurut sumber, mural Seri Kijang yang sebenar anda boleh lihat di foyer Bank Negara Malaysia, harap ada yang sudi membantu mykoleksi nanti dengan memberi gambar mural yang sebenar untuk dikongsi didalam blog ini.

Ukurannya 33 kaki (10.06 meter) tinggi dan 24 kaki (7.32 meter) lebar.

Gambar mural tersebut juga turut dijadikan sebagai gambar muka hadapan buku keluaran BNM bertajuk 'Wang dan Urusan Bank di Malaysia'.

Buku Wang dan Urusan Bank di Malaysia (1959 - 1979)

Sekiranya anda pernah baca buku keluaran BNM yang bertajuk Bank Negara Malaysia, anda akan jumpa gambar mural Seri Kijang di mukasurat 2 buku tersebut dan ada sedikit penerangan ringkas.

Muka Hadapan Buku Bertajuk 'Bank Negara Malaysia'

Mukasurat 2 Buku Tersebut

mykoleksi masih lagi mencari maklumat lain berkaitan mural Seri Kijang bagi melengkapkan penulisan untuk tajuk ini kerana sumber maklumatnya sangat terhad.

Sumber rujukan terkini yang mykoleksi perolehi adalah semasa lawatan ke Sasana Kijang ('Tun Ismail Ali: Peneraju Amanah dan Integriti'), di sana ada dipaparkan sedikit maklumat berkenaan Seri Kijang.

Walaupun ada sedikit kekeliruan dan percanggahan maklumat yang diperolehi, namun mykoleksi cuba fahami dengan sebaik mungkin sebelum berkongsi dengan anda semua bagi mengelakkan ada kesilapan. Sekiranya ada maklumat yang silap, harap anda dapat dibetulkan segera. 

mykoleksi sangat mengalu-alukan sekiranya anda ada maklumat lain yang boleh ditambah berkenaan mural Seri Kijang supaya sama-sama kita mendapat manfaat, 

Anda boleh hubungi mykoleksi melalui email atau Facebook.

Sumber asal/rujukan
  1. Gambar dan penerangan: penerangan.gov.my
  2. Sasana Kijang BNM
  3. Buku 'Bank Negara Malaysia'
Yang masih mencari maklumat tentang mural Seri Kijang,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute